ad ld

Pages

Monday, February 14, 2011

(Gambar) Skuad Juara AFF Dpt Lg RM50,000 Setiap Seorang

Pakcik kayo!!!! Dpt RM50 ribu tu beb.. Murah rezeki btul dorg ni kan. Tahniah2..

PETALING JAYA - Skuad Harimau Malaya menerima habuan RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam sebagai insentif kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan pasukan jiran, Indonesia, Disember lalu.

Ganjaran itu disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kepada para pemain skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini.

Pada sidang akhbar, baginda bertitah, kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki setelah 14 tahun menanti, merupakan satu era baru dalam arena bola sepak negara. Titah baginda, kemenangan itu bukan sahaja cukup bermakna buat para pemain, tetapi ia juga menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia yang telah lama menantikan kejayaan besar seperti ini.

"Kita kini merupakan pasukan terbaik ASEAN, bukan saya seorang, malah seluruh rakyat amat bangga dengan kejayaan yang dilakar oleh para pemain kita. "Malah, saya yakin seluruh rakyat berada di belakang pasukan negara ketika mereka melakar kemenangan ke atas Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki," titah Sultan Ahmad Shah pada majlis menjunjung kasih kepada Presiden FAM di atas kejayaan pasukan kebangsaan di Wisma FAM di sini, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, ini merupakan satu permulaan buat skuad kebangsaan untuk terus konsisten melakar kejayaan besar pada masa akan datang. Jelas baginda lagi, bagi memastikan prestasi para pemain sentiasa berada pada tahap terbaik, FAM bersedia untuk memikirkan cadangan bagi membawa skuad Harimau Malaya menyertai perlawanan persahabatan di luar negara pula.

"Saya rasa tidak salah jika kita bawa pemain beraksi di luar bagi mendapat pendedahan yang sewajarnya," titah baginda. Sultan Ahmad Shah turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan. "Malah, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang sudi menyalurkan peruntukan bagi membantu membangunkan sukan bola sepak negara," titah baginda lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai masa depan skuad Harimau Muda, baginda bertitah, FAM bersedia untuk mencari haluan baru bagi membolehkan pemain-pemain muda negara menerima pendedahan sewajarnya. "Tidak semestinya kita perlu ke Slovakia lagi, mungkin kali ini kita boleh menimba pengalaman di tempat lain pula seperti di Korea, Jepun atau pun negara Asia Barat," jelas Sultan Ahmad Shah. utusan

No comments: