ad ld

Pages

Tuesday, July 30, 2013

Shukri Yahaya Tertikam Diri Sendiri (Gambar)

Pelakon utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam. Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri. Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.


"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya. "Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini. Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan. Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz. sinarharian

-- Pengasas Ambank Group Mati Ditembak (Gambar)
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)
-- Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam 

Wednesday, July 24, 2013

Waktu Berbuka Puasa Bagi Bandar Utama Seluruh Negeri

Waktu berbuka puasa bagi bandar-bandar utama seluruh negeri hari ini 24.7.2013 15 Ramadhan adalah:


Menu berbuka puasa apa plak hari ni ye? Beli or masak sendiri? Pepun selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.

Bayi 6 Bulan Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan Taman Impian Murni Alma

Bedah siasat mayat bayi perempuan berusia enam bulan yang mati di pusat asuhan Taman Impian Murni, Alma Bukit Mertajam Pulau Pinang mengesahkan punca kematian bayi itu adalah akibat tersedak susu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata, Hospital Bukit Mertajam telah memaklumkan penemuan susu di dalam paru-paru bayi itu dan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Setakat ini kematian bayi berkenaan tiada mempunyai unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, Selasa. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu diasuh oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang juga kenalan ibu bapa mangsa. "Menurut pengasuhnya, dia memberi bayi itu minum susu sebelum menidurkannya di dalam buaian dan selang kira-kira setengah jam wanita itu mendapati mangsa sudah tidak bernafas," katanya.

Azman berkata, polis telah merekodkan keterangan wanita itu dan ibu bapa mangsa. Dalam kejadian itu Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa. mstar

-- Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)
-- Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam
-- (Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar) 

Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)

Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, Maran, semalam. Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.


Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan. Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Murid Makan Di Bilik Persalinan Di Sek Keb Seri Pristana (Gambar)

Beberapa keping gambar yang menunjukkan murid-murid sedang makan di bilik persalinan pada waktu rehat kini disiarkan di laman sosial Facebook. Gambar-gambar yang mencetuskan kontroversi itu dikatakan diambil di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh.


Seorang ibu, Gunesweri Kelly, yang berkongsikan gambar berkenaan di Facebook pada Selasa berkata, bahawa bilik persalinan itu berbau kerana ia terletak bersebelahan dengan tandas. "Sebagai ibu, saya sebak dan sedih. Saya perlu membantu anak saya daripada terseksa berada dalam bilik itu pada waktu rehat," katanya. Beliau menambah, pihak sekolah tidak mengendahkan aduannya.

Pengguna Internet mendakwa bahawa kantin sekolah berkenaan ditutup. Isu tersebut turut menjadi topik panas di Twitter, dengan mereka menggunakan 'hashtag' #makandalamtoilet bagi menyuarakan keprihatinan itu.

Cubaan untuk menghubungi guru besar Mohamad Nasir Mohamad Noor gagal berikutan nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi sejak pukul 2 petang, Selasa. Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata: “Kami akan melihat perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ia tidak berulang." mstar

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Friday, July 19, 2013

Abby Abadi Berkahwin Farhan Suami Barunya (Gambar)

Tahniah buat Abby Abadi yang telah berkahwin lagi 12 hari lalu seperti yang dinyatakan dalam Instagramnya. Abby memuat naik gambar dia bersama seorang lelaki beserta caption. Suami Abby dikenali sebagai Farhan dan berusia lebih muda daripada Abby.

Tahniah buat Abby dan selamat pengantin baru.

-- Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)

Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang melawat pegawai tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berkata beliau difahamkan pihak hospital terpaksa memotong kaki kanannya sehingga bawah lutut akibat kemalangan itu.


"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bermula pukul 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di HUSM, Khamis. Mohd Mahdi turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada isteri Farid Hasni, Nor Azwani Seme, 30.

Kerajaan negeri Terengganu juga akan mempertimbangkan sumbangan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa, katanya. "Kami tidak akan mensia-siakan pengorbanan Inspektor Farid Hasni dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan," katanya.

Farid Hasni yang sedang bertugas sempena kempen pilihan raya kecil Kuala Besut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi. Beliau dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah berkenaan. mstar

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)

Bapa mertua kepada pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim kecewa dengan tindakan pelakon itu yang membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan. 


Harian Metro melaporkan, Lokman Abdul Hamid, 54, yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikaikan tindakan Ashraf yang dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

"Kami sebenarnya kesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan. "Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman. Tambah Lokman, dia juga tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak. Lebih mengecewakan, apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana bahawa tujuannya ke Thailand adalah untuk bernikah.

Mengulas mengenai penerimaan Dayana, Lokman berkata anaknya tidak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Diyana selepas ini dan tidak masuk campur. “Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar,” katanya.

Menurutnya, Asyraf mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen televisyen dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana. Bercerita rentetan kes itu, Lokman memberitahu pada mulanya Dayana memohon mahkamah menangguhkan kes itu kerana dia tidak mempunyai peguam. Justeru mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi. mstar

-- Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Dayana Di Gombak

Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)

Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak hari ini. Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11, tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat dua dan tiga di bangunan berkenaan.


Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah menyebabkan kepalanya tersepit di pintu. "Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba tiba-tiba lif bergerak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian. Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baru pulang dari sekolah, katanya.

"Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif itu,"katanya. Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. sinarharian

-- Budak 5 Tahun Mati Tersepit Meja Lipat
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
-- Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand

Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand

Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu diberitahu pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada Ahad lalu.


Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada pagi Rabu selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita berkenaan. Pengesahan itu membuktikan khabar angin mengenai hubungan Ashraf dan Sakinah benar walaupun pelakon itu menafikannya sebelum ini.

Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman yang anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawangsa. Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011. Dengan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8000 kepada Noor Dayana. mstar

-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)

Tuesday, July 16, 2013

Bonus Raya Aidilfitri Kakitangan Awam

Bonus kakitangan awam memang ditunggu tunggu terutamanya menjelang Aidilfitri kan. Biasanya penjawat awam akan mendapat berita gembira itu di awal Ramadhan tapi agak berbeza skit tahun ni berdasarkan laporan akhbar ni.


Kerajaan belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan KGT sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu. sinarharian.

-- Alvin Vivian Ucap Selamat Berbuka Puasa Ketika Makan Bak Kut Teh (Gambar)
-- Bonus Raya Setengah Bulan Dapat 9 Ogos
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Makmal Sains UiTM Shah Alam Terbakar

Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) terbakar petang Isnin. Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota beserta lima jentera ke lokasi kejadian. Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi. Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal. Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

-- Alvin Vivian Ucap Selamat Berbuka Puasa Ketika Makan Bak Kut Teh (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Monday, July 15, 2013

Cermin Mercedes Dipecahkan Marah Dgn Pusat Servis (Gambar)

Seorang wanita berusia 52 tahun memecahkan cermin kereta mewahnya bernilai RM630,000 sebagai protes terhadap sebuah pusat servis yang dikatakan gagal menangani masalah bateri keretanya. Kang Lee Chuin mengambil keputusan memukul cermin hadapan kereta Mercedes Benz S300nya dengan tukul besar beberapa kali di pusat servis di Bukit Tengah kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.


Seorang pekerja pusat servis itu telah cuba untuk bercakap dengannya tetapi tidak berhasil. Suaminya, Oh Chwee Hoe, 61, turut berada di tempat kejadian tetapi tidak berkata apa-apa apabila isterinya mengayunkan tukul itu. Dia kemudian menghubungi sebuah operator trak tunda untuk mengambil keretanya. Kang, yang menjalankan perniagaan sebuah restoran makanan laut dengan suaminya, berkata dia hadir untuk mengambil kereta Mercedes Benz S300nya dari pusat perkhidmatan di mana ia telah dihantar ke situ sejak 18 Jun lalu.

"Mekanik itu memberitahu saya bahawa bateri masih mempunyai beberapa masalah. "Itu adalah cara terakhir saya melepaskan kemarahan kerana bukan kali pertama saya menghadapi masalah dengan kereta baru yang saya beli 18 bulan lalu. "Terdapat masalah dengan pencucuhan selepas tiga bulan dan sesuatu yang tidak kena dengan sistem penggera. "Pada 18 Jun, enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Jadi, saya tidak boleh menjemput emak mertua saya berusia 80 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas. "Dia terpaksa menunggu di lapangan terbang selama lebih tiga jam kerana saya terpaksa memanggil teksi untuk membawanya pulang ke rumahnya," katanya.

Kang berkata kereta Mercedes Benz itu adalah kereta kesembilannya, sambil menambah lapan keretanya sebelum ini yang merupakan kereta terpakai tidak memberi masalah begitu banyak. Kang juga berkata dia akan menghantar keretanya ke bengkel lain untuk menggantikan cermin yang pecah dan membaiki bateri.

Ketika ditemui pemberita, seorang kakitangan pusat perkhidmatan berkata pengurus tidak berada di situ dan tiada siapa yang diberi kuasa untuk mengulas mengenai perkara itu. Pegawai KOmunikasi Korporat Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd Emily Lek berkata dalam satu kenyataan bahawa pembuat kereta itu memandang serius perkara itu. "Kepuasan pelanggan adalah penting kepada kita dan kita akan bekerjasama dengan peniaga kami untuk memastikan perkara ini diselesaikan," katanya. mstar

-- Alvin Vivian Ucap Selamat Berbuka Puasa Ketika Makan Bak Kut Teh (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)

Saturday, July 13, 2013

Alvin Vivian Ucap Selamat Berbuka Puasa Ketika Makan Bak Kut Teh (Gambar)

Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar 'Selamat Berbuka Puasa' di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis. Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan 'bak kut teh' yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.


Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. "Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa." Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Seorang pelawat memberi ulasan: "Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.” Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, "belum lagi…" "Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. "Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini," katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.

Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’. Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing. mstar

-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
-- Future Hubby Seminggu Bercinta Awek Cun (Video)

Friday, July 12, 2013

Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)

Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.


Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos. Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan. Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku. mstar

-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)

Thursday, July 11, 2013

Askar Bunuh Diri Di Kem Kementah Jln Padang Tembak KL

Seorang askar berusia 24 tahun ditemui mati bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan lelaki itu menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.

"Kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah. Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Menurut kenyataan, askar itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini. Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. mstar

-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Future Hubby Seminggu Bercinta Awek Cun (Video)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Wednesday, July 10, 2013

Tengku Zaihan Calon BN Dun Kuala Besut (Gambar)

Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.


Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau akan berusaha membela nasib rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Dun itu nanti. Anak veteran Umno Kuala Besut itu dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS Daerah Besut.

Selepas lebih lima tahun berkhidmat di Kuala Besut sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dan kemudiannya 10 tahun di JPS Putrajaya, katanya beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. sinarharian

-- Guru Penolong Kanan Ditembak Mati Di Luar Pagar Sekolah (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM 

Tuesday, July 9, 2013

Future Hubby Seminggu Bercinta Awek Cun (Video)

Future Hubby Seminggu Kapel video ni hangat di facebook sejak semalam. Ramai facebookers yg share video ni sebab tertarik dengan isi kandungannya yang memang mampu buat kita ketawa tahap sakit perut. Banyak komen yang 'kreatif' diterima mengenai video luahan cinta seminggu awek cun terhadap kekasihnya itu. Uols dah tengok? Meh layan video ni..



Amacam, terharu tak? hehe.

-- Guru Penolong Kanan Ditembak Mati Di Luar Pagar Sekolah (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)

Guru Penolong Kanan Ditembak Mati Di Luar Pagar Sekolah (Gambar)

Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.

gambar sumber fb

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.

"Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek yang tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk. "Pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir anak peluru dipercayai .38 telah dijumpai di dalam kusyen pemandu," katanya dalam satu kenyataan.

Jalaluddin berkata siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 60, berkata ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat Zohor sebelum terdengar beberapa letupan dan dentuman kuat. "Saya kemudian keluar daripada rumah dan mendapati ada sebuah kereta melanggar tiang tangga dan kedengaran seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di dalam kenderaan itu," katanya menambah beliau kemudian memanggil jiran untuk membantu lelaki berkenaan.

Seorang lagi saksi, Mohamad Idris, 64, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang tidak jauh daripada situ dan mendengar beberapa das tembakan dilepaskan. "Saya bergegas ke bahagian depan rumah dan mendapati sebuah kereta telah melanggar tangga sebuah rumah. Saya hampiri kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki terbujur dekat gear, masih bernyawa. "Saya kemudian mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum melihat mangsa menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.

Rakan mangsa, Khaziman Osman @ Seman, 43, ketika ditemui di tempat kejadian berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa ialah pada pagi semalam. "Arwah mengajar subjek muzik. Semalam dia tak banyak cakap. Saya pun tak sempat nak cakap lama dengan arwah. Saya pulang awal semalam dan arwah pulang kemudian," katanya.

-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Monday, July 8, 2013

Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM

Tiga atlet Sukma bola baling ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia Sukma 2013.

Ketiga tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit ditahan reman seminggu bermula tangkapan. Sebuah akhbar melaporkan bahawa atlet bola baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia UPM Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan. Mangsa sedar kira kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel dan dihimpit seorang lelaki.

Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir gilir. Mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Kes Rogol Didakwa Di Mahkamah (Gambar)

Sunday, July 7, 2013

Elecoldxhot Juara Showdown 2013 Dpt RM75 Ribu (Gambar)

Elecoldxhot juara Showdown 2013 kategori All Star di Stadium Negara 6 Julai 2013. Kemenangan itu membolehkan Elecoldxhot meraih hadiah wang tunai RM75,000 dan dan wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa RM125,000.


Katoon Network naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000. Rejuvate Dance Crew pula di tempat ketiga.

5=1 juara kategori terbuka dan hadiah wang tunai RM50,000 di samping wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia RM50,000. Inversion naib juara dan meraih wang tunai RM20,000.


Walawei juara kategori Junior dan meraih hadiah RM10,000. Fresh Unity Crew naib juara mendapat RM5,000.

Saturday, July 6, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod Akhir Sinopsis

Episod akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia telah disiarkan 5 Julai 2013. Dalam episod akhir ni, Raimi abang tiri Firash mengaku pada Syafa bahawa dia dan Rania sebenarnya yg merancang kes khalwat menyebabkan Syafa dan Firash dikahwinkan. Untuk menebus kesalahannya, Raimi berusaha pulihkan kembali hubungan Firash dan Syafa Aqila.


Firash Arshad menemui Syafa dan meyakinkan Syafa dgn perasaan cintanya. Firash membawa Syafa menginap di hotel tempat yg sama dia merancang majlis perkahwinan kejutan buat Syafa. Rania pula mengandung anak penculik upahannya sendiri dan merancang bersama ibunya untuk mengugut Firash di majlis perkahwinannya. Rania gagal dlm rancangan jahatnya dan ditangkap polis kerana tidak menghadiri perbicaraan kes khalwatnya sebelum ini.

Firash membawa Syafa pulang ke kampung dan mengimbau kenangan semasa kanak kanak bahawa dialah Acab yg meminati kak Syafa sejak kecil dan menjejaki Syafa melalui Facebook.

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Teduhan Kasih Episod Akhir Sinopsis
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Mohamed Morsi Isa al Ayyat (Gambar)

Mohamed Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah. Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.


Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005). Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan.

Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. sinarharian

-- Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut 24 Julai Penamaan Calon 12 Julai 2013
-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)

Friday, July 5, 2013

Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut 24 Julai Penamaan Calon 12 Julai 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai 2013 manakala tarikh  Penamaan Calon pada 12 Julai 2013. "Kita sudah tetapkan tarikh berikut, jadi kita jalankan PRK pada tarikh tersebut," umum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


PRK Kuala Besut diadakan  berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar. Pada PRU13, allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti undi 2,434 undi. Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. sinarharian

-- Jenazah Adun Kuala Besut Selamat Dikebumi
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Thursday, July 4, 2013

Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)

Tengku Amalin Aishah Putri adinda Tuanku Sultan Muhammad V Sultan Kelantan selamat melangsungkan perkahwinan dengan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Wazir Pengiran Haji Mohamed Bolkiah pada minggu lepas di Istana Mahkota Kubang Kerian Kelantan.




Tahniah buat pasangan Pengantin Diraja Kelantan-Brunei ini. Selamat Pengantin Baru.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Wednesday, July 3, 2013

Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)

Farid Kamil berkongsi berita gembira isterinya Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki dengan memuat naik gambar bayi tersebut melalui Instagram miliknya. Gambar bayi dengan caption Welcome to the world my son dimuat naik Farid pada petang Selasa.


Farid juga menyatakan bayinya dilahirkan seberat 9.7paun (4.3kg). Tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle.

-- Irma Hasmie Bersalin Anak Lelaki 3.93kg (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
-- Teduhan Kasih Episod Akhir Sinopsis

Monday, July 1, 2013

Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis

Cinta Jangan Pergi drama TV9 episod akhir disiarkan dua jam mulai 8.30-10.30 malam 30.6.13. Drama yang mendapat rating tinggi penonton ini dibintangi pelakon hebat Tiz Zaqyah, Remy Ishak dibantu oleh Josiah Hogan, Nadia Anisa dan Ramona Zam Zam.


Episod Akhir Cinta Jangan Pergi bermula dengan Lea Soraya (Tiz Zaqyah) diminta ibunya supaya memutuskan hubungan dengan tunangnya Hud (Josiah Hogan) kerana tidak berterus terang tentang kemalangan yang menimpa Kalil (Remy Ishak) kekasih Soraya yang disangka mati dalam kemalangan kereta tersebut.

Hud dan Kalil sebenarnya berkawan dan terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu Hud. Kalil tersepit dan Hud keluar meninggalkan Kalil dalam kereta yang sedang terbakar. Kalil berjaya keluar dari kereta dan jatuh ke dalam gaung sejurus sebelum kereta itu meletup.

Hud merahsiakan kejadian itu kerana risau menjejaskan kerjanya sebagai doktor. Hud bertemu Soraya dan cuba menjalin hubungan dengannya. Kemunculan semula Kalil selepas beberapa lama membuatkan Soraya serba salah. Taktik Ramona menipu Kalil bahawa dia sedang mengandung anak Kalil berjaya memujuk Kalil setuju mengahwininya.

Hud muncul di hari pernikahan Kalil dan menunjukkan bukti penipuan maternity test Ramona. Pernikahan itu dibatalkan dan Kalil kembali bersama Soraya. Hud mati ditembak abang Ramona di rumahnya.

-- Ameera TV3 Episod Akhir Sinopsis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Teduhan Kasih Episod Akhir Sinopsis

Keputusan Sepanyol vs Brazil Final Piala Konfederasi (Gambar)

Brazil bergelar Juara Piala Konfederasi 2013 selepas mengalahkan Juara Dunia dan Juara Eropah Sepanyol 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 di Brazil. Dua gol hasil jaringan Fred dan satu gol hebat jaringan Neymar cukup menunjukkan bukti kehebatan Brazil telah kembali. Kemenangan 5 kali berturut turut dalam kempen piala konfederasi ini juga menyerlahkan aura hebat Fred dan Neymar.


Rekod 3 tahun tanpa kalah Sepanyol dalam 29 perlawanan antarabangsa lebur dibelasah Brazil. Fred mencipta gol seawal minit ke 2 dan Neymar menambah jaringan gol di minit ke 44. Fred sekali lagi menjaringkan gol awal permainan separuh masa kedua di minit ke 47.


Malam malang bagi Sepanyol apabila Sergio Ramos gagal menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua dan Gerard Pique pula dibuang padang kerana mengasari Neymar di minit 68.

-- Keputusan Sepanyol vs Itali Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)
-- Kelantan Juara Piala FA 2013 Piya Pemain Terbaik (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!