Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki
kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu kini
dilaporkan dalam keadaan stabil. Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang
melawat pegawai tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berkata beliau difahamkan pihak
hospital terpaksa memotong kaki kanannya sehingga bawah lutut akibat
kemalangan itu.
"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan yang mengambil masa selama
empat jam bermula pukul 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas
melawat mangsa di HUSM, Khamis. Mohd Mahdi turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada isteri Farid Hasni, Nor Azwani Seme, 30.
Kerajaan negeri Terengganu juga akan mempertimbangkan sumbangan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa, katanya. "Kami tidak akan mensia-siakan pengorbanan Inspektor Farid Hasni dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan," katanya.
Farid Hasni yang sedang bertugas sempena kempen pilihan raya kecil
Kuala Besut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal berkuasa tinggi
yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan
Alor Peroi.
Beliau dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah berkenaan. mstar
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
No comments:
Post a Comment