Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai 2013 manakala tarikh Penamaan
Calon pada 12 Julai 2013. "Kita sudah tetapkan tarikh berikut, jadi kita jalankan PRK pada tarikh
tersebut," umum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar. Pada PRU13, allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN
mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti undi 2,434 undi. Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. sinarharian
-- Jenazah Adun Kuala Besut Selamat Dikebumi
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
No comments:
Post a Comment