ad ld

Pages

Friday, May 31, 2013

Khir Toyo Bekas Menteri Besar Selangor Dipenjara 12 Bulan (Gambar)

Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas. Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.


Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Tragedi Bot Ekspres Karam Di Sungai Rajang Mayat Tujok Lah Ditemui (Gambar)

Sebuah bot ekspres yang membawa kira-kira 200 penumpang, sebahagian besar daripadanya pulang ke kampung halaman untuk merayakan pesta menuai itu, karam di di Sungai Rajang, kira-kira 45 minit perjalanan dari pekan Belaga.


Sejumlah 192 terselamat namun 11 orang dilaporkan hilang. Mayat seorang penumpang, Tujok Lah, 44, ditemui hari ini ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan. Dua orang yang dilaporkan hilang sebelum ini didapati selamat dan telah pun pulang ke rumah.

Demam balik kampung semasa menyambut perayaan utama sememangnya menjadi kelaziman bagi masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, mereka tidak boleh dipersalahkan sama sekali berikutan wujudnya masalah pengangkutan.

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Mior Juara Kilauan Emas 3 Raih RM50 Ribu Dan Livina X Gear (Gambar)

Peserta dari Selangor iaitu Mior Yazid Ahmad menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas musim ketiga (KE3) yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Rabu. Mior mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama dan sebuah lagu baharu ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Sampai Di Sini berjaya disampaikan dengan baik sehingga menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus. Peserta berusia 44 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000. Mior turut memenangi Anugerah Khas Juri dan menerima wang tunai RM5,000.

Wednesday, May 29, 2013

Pahang vs JDT Ditunda Kerana Penonton Hari Ini Dalam Sejarah

Pahang vs JDT perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 yang sepatutnya berlangsung 28.5.13 di Stadium Darul Makmur terpaksa ditunda kerana kehadiran penonton yang terlalu ramai melebihi kapasiti stadium hingga ramai juga yg berada di trek sebelah padang.


Setelah tertunda hampir dua jam, Ketua Polis Daerah mengumumkan permainan selamat untuk diteruskan. Namun selepas itu penyokong JDT pula bergerak masuk ke trek dikatakan ada balingan objek dari luar. Hari ini dalam sejarah kerana akhirnya perlawanan terpaksa ditunda ke tarikh yang lain. Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah bolasepak Malaysia.

-- Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh (Gambar)
-- Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala FA Kelantan vs Terengganu, JDT vs Pahang
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Tuesday, May 28, 2013

Kelantan vs Terengganu 0-2 Separuh Masa Pertama Semi Final 2 Piala FA 2013

Terengganu merapatkan defisit gol 4-1 di Kota Bharu dengan dua jaringan gol di separuh masa pertama perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di Kuala Terengganu. Gol Terengganu dijaringkan Vincent Bikana minit ke 5 dan Puanesvaran minit ke 27.

Pasukan mana yang akan berjaya layak ke final Piala FA 2013 ini, Kelantan atau Terengganu? Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan ni nanti ye.

Monday, May 27, 2013

Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Dan Izyan Isteri Ketiga (Gambar)

Ustaz Azhar Idrus penceramah terkenal selamat melangsungkan perkahwinan ketiga dengan Izyan berusia 27 tahun gadis Johor yang menetap di Keramat dan merupakan anak saudara Ketua PAS cawangan Keramat Permai AU1 Omar Tahar di Hulu Klang Gombak 26.5.13.




Ustaz Azhar ditemani isteri pertamanya Rogayah Sulong 42 dan isteri kedua Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26.


Majlis turut dihadiri sanak saudara, rakan rakan dan juga penyanyi nasyid Hafiz Hamidun.

-- Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh (Gambar)
-- Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)
-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)

Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh (Gambar)

Ngeri tengok gambar ni gunting terpacak di kepala budak perempuan berusia dua tahun akibat pergaduhan ibu bapanya. Gunting tu tertikam 3 sentimeter di kepalanya. Ibunya yang mengambil gunting ketika bergaduh dengan bapanya cuba menyerang tapi tertikam kepala anaknya sendiri.


Kejadian berlaku di Jalan Tanjung Miri Sarawak. Memang kesian tengok keadaan anak kecil ni, mangsa masalah rumahtangga ibu bapanya sendiri.

-- Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Anak Ning Baizura Ryan Sky Dalton (Gambar)

Sunday, May 26, 2013

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala FA Kelantan vs Terengganu, JDT vs Pahang

Kelantan memperoleh bekalan selesa untuk ke separuh akhir kedua Piala FA dengan penuh bergaya selepas mempamerkan kebangkitan drastik dengan menundukkan Terengganu 4-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.


Meskipun ketinggalan satu gol menerusi Ashaari Shamsudin pada minit kedua, ia nyata tidak menghalang skuad The Red Warrios (TRW) untuk mempamerkan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Dickson Nwakame menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Skuad kendalian Bojan Hodak terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad Penyu apabila meledak lagi tiga gol menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (M-88), Obinna Nwaneri (M-90) sebelum  Zairo memastikan kemenangan milik Kelantan pada masa kecederaan.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 kepada Pahang pada satu lagi aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin. Kelebihan satu gol hasil Leonel Nunez pada minit ke-20 itu ternyata masih belum selamat buat pasukan Harimau Selatan yang akan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk separuh akhir kedua, Selasa ini.

--  Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Gajah Melenggang Di Tepi Jalan Di Tanah Merah Kelantan

Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)

Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, pada Sabtu. Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), tepat jam 3.30 petang Sabtu.


Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.  Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Friday, May 24, 2013

Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Selesai Masalah

Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48. Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.


"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri. "Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian. Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.

Plat Kenderaan Kuala Lumpur Bermula Dgn W1A Selepas WYY

Plat pendaftaran kenderaan yang baru bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan “W1A”. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan perkara itu pada Khamis berkata, siri baru berkenaan akan bermula sebaik sahaja siri “WYY” berakhir.

“Pada masa ini, siri nombor adalah “WYK6xxx” dan terdapat lebih 13 siri sebelum kita mencapai “WYY”. “Kami menjangkakan plat pendaftaran akhir bagi WYY9999 akan diambil pada Julai ini,” katanya selepas taklimat oleh para pegawai kanan kementerian itu, Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawai dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad. Hishammuddin berkata, siri “W1A” akan berakhir dengan “W9999A”.

Mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam taklimat tetapi beliau belum bersedia untuk mengulas lanjut. “Saya baru sahaja memasuki (kementerian) dan tidak akan menyegerakan kesemuanya. “Terdapat isu-isu lain yang perlu diselesaikan dengan beberapa tumpuan, keputusan Kabinet dan perbincangan dengan pihak ketiga,” katanya. mstar

-- Nombor WWW Terima 18243 Bidaan
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Calvin Thoo Masuk Islam Lepas Mimpi Bersyahadah

Calvin Thoo Masuk Islam Lepas Mimpi Bersyahadah

Pereka fesyen popular Calvin Thoo menyifatkan berita dia memeluk Islam tidak sepatutnya diperbesar-besarkan memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum. Calvin berkata, dia enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, namun mengesahkan dia sudahpun memeluk agama Islam.


"Ia terlalu peribadi untuk diceritakan tetapi memang saya sudah masuk Islam. "Dan keadaan saya masih lagi sama seperti dahulu. Saya enggan mengulas panjang," katanya.

Pada Isnin lalu, nama Calvin telah menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan telah memeluk agama Islam. Calvin telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Solihin Mokhyi.

Menerusi sebuah blog, Calvin dikatakan telah menerima hidayah selepas mendapat mimpi dia sedang bersyahadah. Calvin mula berkecimpung dalam industri rekaan seni fesyen sejak 17 tahun dan memiliki jenama sendiri dan butik di pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur. mstar

-- (Gambar) Daphne Kahwin, Peluk Islam Slps Melawat Taj Mahal
-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)

Thursday, May 23, 2013

Bunuh Sosilawati Bekas Peguam Dan Tiga Pekerja Dihukum Gantung Sampai Mati (Gambar)

Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya jutawan kosmetik telah menggemparkan Malaysia pada tahun 2010. Masyarakat telah didedahkan bagaimana jenayah itu diperlakukan dengan kejam hasil siasatan polis hingga membawa penemuan bahan bukti di sebuah ladang dan kawasan sekitarnya.


Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati suspek iaitu bekas peguam N Pathamanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pathamnabhan dan T Thilaiyalagan, R. Matan serta R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin 44 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Tuesday, May 21, 2013

Izan Suhaila Dan Bayinya Maryam Sofea Diterbangkan Dari Vietnam Dengan MAS

Malaysia Airlines System MAS menjelaskan pihaknya telah membawa pulang Izan Suhaila Mohd Ali dan bayinya Maryam Sofea Mohd Reza dari Vietnam ke Malaysia setelah mendapati bayi itu sihat dan boleh menaiki pesawat.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pihak MAS telah membawa bayi tersebut Maryam Sofea berumur 14 bulan ke klinik pada Ahad lepas dan bayi itu disahkan sihat.

Bayi berkenaan sudah sembuh dan parut di badan bayi itu hanyalah kuping kering dan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain.

"Sehubungan itu, kakitangan kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu ibu dan bayi berkenaan untuk pulang ke tanah air menerusi penerbangan MH759 yang berlepas dari bandar Ho Chi Minh pada pukul 4.40 petang kelmarin (Ahad),"katanya.

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei

Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)

Empat maut termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dipercayai berpunca daripada kegagalan brek berfungsi salah sebuah kereta, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam kejadian jam 5.30 petang membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal itu menyebabkan pemandu dan tiga penumpang kereta PERODUA Viva maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala sekurang-kurangnya tiga cedera.


Mangsa maut dikenal pasti sebagai pemandu PERODUA Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, yang duduk di bahagian penumpang depan, yang putus kepala akibat terkena kabel penghadang jalan.

Monday, May 20, 2013

Anak Ning Baizura Ryan Sky Dalton (Gambar)

Anak Ning Baizura bernama Ryan Sky Dalton dilahirkan beberapa bulan lepas. Bayi Ning Baizura dan Omar ini kelihatan sangat comel kan.


Ryan Sky Dalton pastinya makin menceriakan kehidupan rumahtangga Ning Baizura dan suaminya Omar. Tahniah buat Ning Baizura sekeluarga.

-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei

Sunday, May 19, 2013

Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)

Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini. Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.


Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan. Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha. Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon agar kesihatan Sharudin pulih. Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat. Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada PRU13 lalu.

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei
-- Bekas MB Kedah Jalani Pembedahan Potong Kaki

Saturday, May 18, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 18.5.13

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merampas takhta Liga Super daripada Lions XII  tidak kesampaian apabila dikecewakan Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Paroi, malam ini. Kegagalan pasukan bimbingan B.Sathianathan bukan sahaja membuatkan mereka kekal di tangga kedua dengan mengumpul 33 mata selepas 18 perlawanan.

Sebaliknya turut merealisasikan misi skuad Hoben Jang Hoben untuk meraih kemenangan sulung  selepas tujuh seri dan sembilan tewas dalam perlawanan sebelum ini. Dalam perlawanan itu, ATM dikejutkan pada minit kedua apabila Fauzi Nan menjaringkan gol pertama buat Negeri Sembilan.

Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)

Tahniah untuk Siti Sarah dan Shuib Sepah menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Siti Sarah telah selamat melahirkan anak kedua mereka bayi perempuan. Shuib berkongsi berita gembira tersebut dengan mengupload gambar di Instagram miliknya.


Kelahiran bayi perempuan ini tentunya makin menceriakan kehidupan mereka setelah mendapat anak sulung lelaki pada 2011 bernama Uwais Alqarni.


Comel kan.

-- Gambar Anak Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu
-- (Gambar) Cutenya Siti Sarah Mengandung
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Friday, May 17, 2013

Jais Sahkan Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.


Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei

Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu. "Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Semakan Keputusan Permohonan Ke Ipta Politeknik Premier 2013

Semakan keputusan kemasukan ke Ipta dan Politeknik Premier boleh dibuat mulai jam 12 tengahari 17 Mei 2013. Para lepasan SPM 2012 dan calon yang berkaitan boleh menyemak keputusan di laman web seperti berikut:

http://www.upu.mohe.gov.my
http://www.online.uitm.edu.my
htpp://www.jpt.uum.edu.my

Selamat berjaya dan tahniah untuk para calon yang mendapat tempat untuk meneruskan pengajian anda ke tahap yang lebih tinggi.

-- Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru Penggal 2013-2018

Thursday, May 16, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Baru Penggal 2013-2018

Berikut adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :


PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JPM:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik senator pada 5 Jun)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukry
7. Datuk Joseph Entulu Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Thursday, May 9, 2013

Bekas MB Kedah Jalani Pembedahan Potong Kaki

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang. Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.


Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan. "Pembedahan dijangka akan diadakan satu jam dari sekarang (4.45 petang)," katanya ketika dihubungi.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya. Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung. Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Idris Haron Ketua Menteri Melaka Baru Ganti Ali Rustam Tewas Pru 13

Tuesday, May 7, 2013

Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)

Azlan Man dilantik Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Adun Pauh yang menang dalam PRU 13 itu menewaskan calon Pas Idris Yaacob.


Beliau merupakan calon muka baru yang diketengahkan dlm pru13 dan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari University of Denver Amerika Syarikat.

Jawatan beliau sebelum ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)