Kelantan memperoleh bekalan selesa untuk ke separuh akhir kedua Piala FA
dengan penuh bergaya selepas mempamerkan kebangkitan drastik dengan
menundukkan Terengganu 4-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad
IV.
Meskipun ketinggalan satu gol menerusi Ashaari Shamsudin pada minit
kedua, ia nyata tidak menghalang skuad The Red Warrios (TRW) untuk
mempamerkan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Dickson
Nwakame menyamakan kedudukan pada minit ke-79.
Skuad kendalian Bojan Hodak terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan
skuad Penyu apabila meledak lagi tiga gol menerusi jaringan Indra Putra
Mahayuddin (M-88), Obinna Nwaneri (M-90) sebelum Zairo memastikan
kemenangan milik Kelantan pada masa kecederaan.
Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) sekadar mencatat kemenangan
tipis 1-0 kepada Pahang pada satu lagi aksi perlawanan separuh akhir
pertama Piala FA di Stadium Larkin. Kelebihan satu gol hasil Leonel Nunez pada minit ke-20 itu ternyata
masih belum selamat buat pasukan Harimau Selatan yang akan bertandang ke
Stadium Darul Makmur untuk separuh akhir kedua, Selasa ini.
-- Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Gajah Melenggang Di Tepi Jalan Di Tanah Merah Kelantan
No comments:
Post a Comment