ad ld

Pages

Saturday, May 18, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 18.5.13

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merampas takhta Liga Super daripada Lions XII  tidak kesampaian apabila dikecewakan Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Paroi, malam ini. Kegagalan pasukan bimbingan B.Sathianathan bukan sahaja membuatkan mereka kekal di tangga kedua dengan mengumpul 33 mata selepas 18 perlawanan.

Sebaliknya turut merealisasikan misi skuad Hoben Jang Hoben untuk meraih kemenangan sulung  selepas tujuh seri dan sembilan tewas dalam perlawanan sebelum ini. Dalam perlawanan itu, ATM dikejutkan pada minit kedua apabila Fauzi Nan menjaringkan gol pertama buat Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, ATM berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas Hai-O menjaringkan gol pada minit ke 14, tetapi ia tidak bertahan lama apabila Mohd Nazrin Mohd Nawi meledak gol kedua buat pasukan pelawat pada minit ke 20. Biarpun ATM berusaha mencari gol penyamaan, benteng pertahanan Negeri Sembilan kebal mempertahankan kelebihan dua gol itu untuk memastikan mereka mencuri tiga mata buat pertama kali.

Kelantan dan Selangor pula hanya berkongsi satu mata setelah seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV. Selangor membuka tirai jaringan awal menerusi Adam Griffiths pada  minit ke-55 sebelum  Zairo melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk gol penyamaan Kelantan pada minit ke-66.

Sementara itu, PKNS meraikan pesta gol dengan  menewaskan Felda United 5-0 di Stadium Shah Alam. Keputusan itu membolehkan PKNS melonjak naik satu anak tangga untuk memintas Terengganu di tangga ketujuh hasil 24 mata selepas 17 perlawanan setakat ini.

Berikut keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini:

ATM 1 2 Negeri Sembilan

Kelantan 1 1 Selangor

PKNS 5  0 Felda United

-- Zain Saidin Bertengkar Dgn Chef Jo Dlm Masterchef Selebriti Malaysia 2
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

No comments: