ad ld

Pages

Thursday, May 9, 2013

Bekas MB Kedah Jalani Pembedahan Potong Kaki

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang. Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.


Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan. "Pembedahan dijangka akan diadakan satu jam dari sekarang (4.45 petang)," katanya ketika dihubungi.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya. Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung. Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Idris Haron Ketua Menteri Melaka Baru Ganti Ali Rustam Tewas Pru 13

No comments: