ad ld

Pages

Friday, December 31, 2010

(Gambar) Cium Mulut Pengacara 8TV Julie Voon

Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Tgk sini.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Wednesday, December 29, 2010

(Gambar) Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dgn Nabil

Cantik kan Irma nih.. I like...hehe..

-- Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.

Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.

Katanya,' Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,". Tgk sini.

(Gambar) Sabrina Ali Temui Cinta Baru

Biarpun ikatan perkahwinannya bersama Shahrin Mohd Abdul Halim baru saja berakhir pada Jun lalu, namun jodoh Tuhan tiada siapa dapat menduga. 

Kini aktres Sabrina Ali sekali lagi diulit bahagia.

Menariknya lelaki yang setia menemaninya semasa pratonton Khurafat di Mid Valley baru-baru ini masih bujang dan kacak. 

Malah jejaka yang dikenali sebagai Amir, 28, adalah seorang ahli perniagaan. 

Tgk sini.

Monday, December 27, 2010

(Gambar) Bot Pelancong Terbalik Dkt Jeti Tanjung Leman Mersing Johor, 3 Maut 2 Hilang

Tiga maut, dua masih hilang apabila sebuah bot kayu yang membawa 29 pelancong terbalik dalam kejadian kira-kira 300 meter dari Jeti Tanjung Leman, di perairan Mersing, Ahad.

Mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita, Low Li Jun, 33, serta dua lelaki, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, yang kesemuanya warga Singapura. Dua lagi yang masih hilang adalah Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41, juga warga Singapura.

Siasatan mempercayai bot kayu berukuran 40 meter panjang dan 10 meter lebar terbabit membawa lebih muatan daripada yang dibenarkan iaitu hanya 12 penumpang pada satu masa. Kesemua penumpang juga tidak memakai jaket keselamatan. Tgk sini.

Sunday, December 26, 2010

(Gambar) Tom Raja Farah My Starz LG Bw Kes Pukul Ke Mahkamah

Masih igt kes Tom a.k.a Raja Farah My Starz LG dipukul sekumpulan lelaki depan restoran di Damansara 11 Julai lps?

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram akan menunggu 1 tarikh yg akan dimaklumkan utk kes itu dibawa ke mahkamah.

"Kejadian itu membuatkan saya trauma selama seminggu dan saya tidak berhasrat menarik balik keputsan saya membawa kes berkenaan ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Redha di Hard Rock Café, pada Selasa lalu. Tgk sini.

-- Klik sini utk: -- (Gambar) Tom Raja Farah Dipukul.
-- Wartawan Cerita Pengalaman Dicekik, Ditendang Krn Selamatkan Tom Raja Farah.
-- Tom Raja Farah My Starz LG Dakwa Diperangkap Melalui SMS.

Friday, December 24, 2010

Malaysia vs Indonesia Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2010, Tiket RM50 Habis Dijual

Perhhh.. 3,000 tiket berharga RM50 utk perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia vs Indonesia Ahad ni dh habis dijual.. Ramai yg pulang hampa coz kehabisan tiket..

FAM sediakan 70,000 kpg tiket berharga RM30 dan 2,5000 tiket RM50 utk penyokong Malaysia yg mula dijual di Stadium Nasional pg td.. Tgk sini..

Thursday, December 23, 2010

Lady Gaga Diraba Peminat Di Paris

Sape minat Lady Gaga? Hp guna ringtone Poker Face? Bad Romance or Telephone yg feat Beyonce tu? Ni ada cer pasal Lady Gaga diraba peminat wanita semasa nak tinggalkan hotel di Paris..


Semasa kejadian, Lady Gaga memakai baju berwarna cerah dan tidak memakai coli.. huhu..Tgk sini..

Wednesday, December 22, 2010

(Gambar) Maya Karin, Yusry KRU Tgk Wayang Bersama Di GSC Midvalley

Gambar Maya Karin n Yusry KRU tgk wayang bersama di GSC Midvalley. Dua dua soooo sweettttt kan..


Tgk sini..

BE a.k.a Buffered Earning Running On My Blog

Hari ni dapat BE.. Alhamdulillah, rezeki bulan ni dh dapat 4 BE, 1 kt blog ni, 3 lg kt my 1st blog, cintapertamakami.blogspot.com.

B.E = HAPPY? Of course la beb.. Apa lg, masyukkkk $$$$$$$$$...hehe..Uols nak tahu kriteria utk dpt BE? Ekceli i pun x tahu sgt..huhu.. But stakat yg i tahu lah, make sure update ur blog everyday, try to get at least 100UV per day.. Errr, UV tu bukan ultra violet ye uols.. More UV more chances to get BE.

How about the blog content to get BE? Hentam je lah labu.. Apa apa je tp dinasihatkan uols baca dlu details kt nuffnang.com.my ok.... The most important thing, be patient..

Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Jalin Hubungan Dengan GRO Sebulan

Bekas suami Daphne Iking, Ryan Chong Yiing Yih mengaku jalin hubungan dgn GRO di Shanghai China selama sebulan semasa isterinya itu sedang mengandung.


- Bekas suami kepada Daphne Iking mengakui bahawa beliau ada menjalin hubungan bersama seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Shanghai, China semasa model dan pengacara The Breakfast Show itu sedang mengandung.

Tuesday, December 21, 2010

(Gambar) Pernikahan Marion Rose Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin

Cantik btul baju pengantin Marion Rose Caunter yg dipakainya dlm majlis pernikahan dgn Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.


Hotel Mandarin menjadi lokasi majlis resepsi mereka, di mana Marion menggayakan pakaian rekaan Vera Wang. Pasti makin cantik menarik tertarik kan. murai.

-- Klik utk: -- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah

Saturday, December 18, 2010

Tan Sri Taib Mahmud Nikah Wanita Arab?

KUCHING 17 Dis. – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dari Lebanon berusia 30-an di sini hari ini.

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu. Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.

Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja. utusan.

-- Klik utk: --  (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Raqad Waleed Meriah

Wednesday, December 15, 2010

(Video) Mirip Elyana Menari Dlm Tandas

Masa layan blog2 yg ada kt my bloglist td, ada tgk n3 video yg dikatakan mirip penyanyi Elyana yg bru kawin tu.. Klip video menari dlm tandas.. Uols dh tgk? Nk tgk klik sini..


Pastu bt pendapat sndri lah ye..huhu..

Ida Nerina Dan Shahrin Bercerai Talak Satu

Pelakon Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Isnin lps.


Nak tahu lbh2, tgk SINI..

Monday, December 13, 2010

Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah

Betul, penyanyi popular Anuar Zain xde akaun Twitter or Facebook. Nape ekk? Mesti lah dia ada sebab2 tersendiri kan..

Nak tahu apa pendapat Anuar Zain mengenai Twitter dan Fcaebook? Uols baca kt SINI..

Sunday, December 12, 2010

Rabecca Nur Al-Islam Bakal Nikah Peguam Duda Anak 2, Nor Azam Datuk Sulaiman

Semalam ada baca berita Rabecca Nur Al-Islam bt sidang media umum perkahwinannya di butik Harrods KLCC.

Rabecca, 24 bakal berkahwin dgn peguam duda anak dua, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42.

Majlis berlangsung 3 hari iaitu 14 Januari (pernikahan), 15 dan 16 Januari (persandingan). Majlis resepsi 15hb di Hotel Flamingo Ampang, 16hb di Menara Kuala Lumpur.

Tgk kt SINI..

Thursday, December 9, 2010

Sein Ruffedge dan Nana Bercerai, Juara Sehati Berdansa 3

Adusss satu lg kes perceraian melibatkan artis yg pernah sertai rancangan realiti, Sehati Berdansa n kali ni plak adalah pasangan Juara Musim Ke 3 Sein Ruffedge dan Nana.

Mereka telah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mereka juga telah memiliki dua orang anak, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3 dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Nak tahu lbh lanjut? Uols baca lah sndri kt SINI ok..

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia Belasah Laos 5-1, Layak Ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2010 Di Indonesia, Tahniah!

Bravo bravo!!!! Squad Malaysia menang bergaya 5-1 ke atas Laos dlm perlawanan hidup mati utk mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Indonesia semlm. Kemaraan itu turut dibantu kemenangan Indonesia 2-1 ke atas Thailand.


Gol-gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah (4, 41), Amirul Hadi Zainal (74), Norshahrul Idlan Talaha (77), Mahali Jasuli (90). Tahniah Malaysia.

Tuesday, December 7, 2010

(Gambar) Pelajar UiTM Maut, 6 Cedera Nahas 5 Kenderaan di Km 46.8 Jln Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning Machang Kelantan

Lately byk berlaku kes kemalangan ngeri. Rasa sgt tersentuh tgk gambar, berita 5 sekeluarga maut di Port Dickson tu, tambah plak satu lg kes seorang pelajar UiTM maut nahas 5 kenderaan di Jln K Bharu - K Krai Kelantan. Bila tgk punca awal, kecuaian pemandu lain menyebabkan insan lain yg jd korban.


Baca sini utk detailnya..

- Rata2 kes nahas dilaporkan berpunca kecuaian manusia. Apakah masalah pemandu di Malaysia sebenarnya?

Monday, December 6, 2010

(Gambar) Kemalangan Ngeri 5 Maut Kereta Wira Bertembung Trak Tentera Di Km 19.6 Jln Pantai Kg Tembok Port Dickson N. Sembilan

Gambar kemalangan ngeri 5 maut libatkan kereta Proton Wira Aeroback dan trak tentera di Kilometer 19.6 Jalan Pantai di Kampung Tembok Port Dickson Negeri Sembilan.


--Tgk sini selanjutnya..

Saturday, December 4, 2010

(Gambar) Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh. “Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari. “Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan. “Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya. Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka. “Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai peminat mereka,” katanya. - mstar