ad ld

Pages

Tuesday, July 31, 2012

Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut Bukan Menggantung Diri

Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas.


Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. kosmo

-- Syaleza Jaffar TV9 Ditemui Mati Di Rumahnya Apartmen Saujana
-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik

Inspektor Polis Dituduh Pukul Pekerja Hotel

Seremban - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.

Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.

Wednesday, July 25, 2012

Tersepit Dalam Bas 3 Jam (Gambar)

Seorang pemandu bas ekspres terpaksa menanggung azab hampir tiga jam sebelum dapat diselamatkan apabila kaki kirinya tersepit selepas merempuh belakang sebuah treler membawa muatan kelapa sawit kelmarin.


Kejadian pukul 4.50 petang di Kilometer 188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan bertentangan Hentian Sebelah Kampung Bemban arah utara di Jasin mengakibatkan Hamdan Mohd. Arif, 52, hanya mampu meraung kesakitan sebelum dia dapat dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba.

Monday, July 9, 2012

Lelaki Pedang Amuk Di JPM Putrajaya Mati Di Hospital (Gambar)

Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan. Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Sunday, July 8, 2012

Pernikahan Ella Dan Azhar Ghazali Pilot Firefly (Gambar)

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.


Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Friday, July 6, 2012

Uncle Seekers Ditangkap Polis Di Tol Senawang (Gambar)

Blogger Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditangkap di Plaza Tol Senawang sekitar pukul 9.45 malam Rabu.


Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor dalam blognya, http://uncleseekers.blogspot.com.

Thursday, July 5, 2012

Dem Lepak Boyz Juara Showdown 2012 8TV

Dem Lepak Boyz muncul juara Showdown 2012 yg disiarkan live di 8TV. Selepas harungi beberapa minggu yg mencabar, mereka berjaya mengungguli pentas final dgn gerak tari yg kreatif dan menghiburkan.


Tahniah utk mereka.

-- Gambar Siti Saerah Bersalin Anak Kedua
-- Amri Tumbuk Kelangkang Ghaddar (Video), Kelantan 1-0 Selangor Liga Super 2012
-- Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang

Monday, July 2, 2012

Anzalna Akur Syarat Dalam Surat Neelofa Sebelum Meminta Maaf

Pelakon Anzalna Nasir berkata dia akur dan menerima syarat-syarat dalam sepucuk surat perjanjian daripada Neelofa dengan hati terbuka sebelum melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap aktres itu.

Anzalna, 24, yang dihubungi berkata, dia bersetuju untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam surat tersebut selepas menerimanya daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang bertindak sebagai perantara dalam konflik mereka.



Sepanyol vs Itali Euro 2012 Final 4-0, Silva, Alba, Torres, Mata

Sepanyol pamer aksi hebat dahului Itali pada minit 14 hasil jaringan David Silva. Kawalan bola kemas dan hantaran cantik dikuasai Sepanyol berbanding Itali pada 1st half. Jordi Alba menambah gol utk Sepanyol pada minit ke 41 menjadikan agregat 2-0.

Mario Balotelli dikawal ketat membataskan pergerakannya sbg penyerang utama Itali. Pun begitu beberapa percubaan Itali dpt diselamatkan penjaga gol Sepanyol Iker Casillas.

Fernando Torres menjaringkan gol ke 3 Sepanyol pada minit ke 84. Juan Mata pula melengkapkan gemilang Sepanyol dgn gol ke 4 minit 88. Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro 2008 dan gah selaku juara Piala Dunia.

-- Amri Tumbuk Kelangkang Ghaddar (Video), Kelantan 1-0 Selangor Liga Super 2012
-- Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang