ad ld

Pages

Monday, July 9, 2012

Lelaki Pedang Amuk Di JPM Putrajaya Mati Di Hospital (Gambar)

Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan. Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.


Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil. "Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya. sinarharian

-- Lelaki Mengamuk Di JPM Mati Ditembak (Gambar CCTV)

-- Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang
-- (Gambar) Kes Tetak Samurai: Tangan Kiri Anas Safian 3 Thn Mungkin Dipotong

No comments: