ad ld

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Nabila Mahu Cerai, Amy Search Terkejut

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.

Tuesday, August 23, 2011

Raja Azmi Dan Roslin Hashim Bebas Tuduhan Khalwat

Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim. Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Sunday, August 21, 2011

Bulan Kelilingi Kaabah?

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang menghebahkan dakwaan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang berlaku di Mekah malam kelmarin.

Fenomena yang kononnya berlaku sehingga semalam itu turut tersebar meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana tiada kejadian unik atau ganjil dari segi pergerakan atau kedudukan bulan pada malam tersebut. “Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.

Fairos menambah, dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat demikian. kosmo

-- (Gambar) Pemain Bola T-Team Putus 5 Jari
-- Gadis 17 Thn Rancang Culik Diri Sendiri Ditahan Polis Di Puchong

Friday, August 19, 2011

Tony, Kamarudin Beli Kelab Bola EPL Queens Park Rangers QPR

Tune Sport Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, semalam membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Syarikat Malaysia itu membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dalam kelab bola sepak itu pada harga yang tidak didedahkan.

Thursday, August 18, 2011

(Gambar) Pemain Bola T-Team Putus 5 Jari

Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Gadis 17 Thn Rancang Culik Diri Sendiri Ditahan Polis Di Puchong

Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Wednesday, August 17, 2011

Suspek Rompak Simbah Asid, No Plat WLC 1475, BEWARE!!!!

Seorang pemuda bukan sahaja kehilangan komputer riba malah muka dan belakang badannya turut melecur apabila disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Batu 9, Cheras di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 11 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di Taman Midah, Cheras di sini.

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Golden Churn HARAM - JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Friday, August 12, 2011

Seri Najwa Ferda Hilang Di Kampar, Ditemui Di Batu Pahat

Seri Najwa Ferda Hasan, pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar di sini pada Khamis lalu, ditemui di Batu Pahat, Johor yang terletak kira-kira 440 kilometer dari rumahnya.

Resipi Babi Dlm Ramadhan Delights The Star, Apa Hal?

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Wednesday, August 10, 2011

Isteri Mati Terlentang, Suami Tergantung Di Tanjung Tokong P Pinang

Seorang penyelia sebuah pusat hiburan ditemui mati tergantung selepas dipercayai mencekik mati isterinya di sebuah pangsapuri di Tanjung Tokong dekat sini malam kelmarin. Ooi Chong Seng, 29, ditemui tergantung dengan tali nilon di bingkai tingkap bilik tidur di tingkat tiga pangsapuri itu manakala isteri Chong Seng, Yang Xianhua, 20-an warga China pula ditemui terlentang di atas katil.

Monday, August 8, 2011

Manchester United 3-2 Manchester City Piala Perisai Komuniti

Manchester United mendiamkan 'jiran bising' mereka, Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

Sunday, August 7, 2011

Gambar Ikan Kerapu Gergasi RM7,560 Teluk Bahang P Pinang

Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.


Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. kosmo

-- Datuk Siti Jawap Isu Berus Bulu Babi Produk SimplySiti
-- Bayi Putus Kepala Ditemui 

Saturday, August 6, 2011

(Gambar) Mr Bean Kemalangan, Kereta F1 RM3.19j Terbakar

Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.


Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.

Nabila Atlet Menembak Kahwin Lari Janji Akan Pulang

Atlet menembak pelapis kebangsaan, Nabila Azhazra (gambar) yang menghilangkan diri setelah kahwin lari pada tahun lalu, berjanji akan pulang ke pangkuan keluarganya di Batu Berendam satu hari nanti.

Bapa atlet berkenaan, Azlan Maidin, 53, berkata, Nabila, 20, menghubungi kakaknya, Quraishah, 26, malam kelmarin dan meminta mereka sekeluarga agar tidak bimbang mengenai keselamatannya.

Kelantan, Selangor Diundi Laluan Mudah Piala Malaysia

Juara bertahan, Kelantan mendapat laluan mudah untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

Thursday, August 4, 2011

(Gambar) Guru Maut Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Di Km 54 Jln K Terengganu-Jerteh

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu.


Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang.

Wednesday, August 3, 2011

15 Motosikal, 3 Kereta Dibakar Di Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak Cheras

Ketenangan kira-kira 300 umat Islam bersahur pada hari kedua Ramadan bertukar kecoh apabila tiga buah kereta dan 15 motosikal milik penduduk di Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras semalam tiba-tiba terbakar angkara perbuatan khianat.

Kejadian pada pukul 4 pagi di tempat letak kenderaan di flat tersebut memusnahkan semua 15 buah motosikal dan masing-masing sebuah Proton Savvy, Perodua Kancil dan Proton Pesona. Proton Savvy dan 15 buah motosikal hangus seratus peratus. Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan lebih RM50,000.