ad ld

Pages

Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Dan Elia Putus Tunang

Dh 3-4 hari tgk byk blog cer pasal status star Khairul Fahmi Che Mat n Elia. Hari ni tgk paper dh confirm KFCM declare putus tunang.


X sangka begitu pendek usia pertunangan mereka berdua. Pepun, all the best to both of u.

-- Gambar Perkahwinan Ahmad Fedtri TV3 Dan Nur Anati
-- Video Karma Faizal Tahir Yg Dikatakan Krg Sesuai, Jom Tengok

Ashraf @ Aleesha Meninggal Dunia

Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Wednesday, July 27, 2011

Video Karma Faizal Tahir Yg Dikatakan Krg Sesuai, Jom Tengok

Tgk sana sini ada je pasal video Karma Faizal Tahir ni lately. Mula2 tu heran gak nape ye, pastu bru sempat tgk sendiri. Uols tgk sini apa yg dikatakan timbulnya isu kurang sesuai.



Apa pendapat uols?

-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air
-- Gambar Pernikahan Nurul Syuhada TV3 Dan Raja Amir Di Binjai On The Park KLCC

Tuesday, July 26, 2011

(Gambar) Guru Maut Kemalangan Toyota Rush Dan Hilux Di Km 33.7 Jln Johor Bahru Kota Tinggi

Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak Kota Tinggi 24 Julai 2011.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Monday, July 25, 2011

Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Sunday, July 24, 2011

Malaysia 3-5 Singapura, Kelayakan Piala Dunia 2014 23 Julai 2011

Malaysia tewas 3-5 Singapura dlm perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 yg berlangsung di stadium Singapura 23 Julai 2011. Penyerang negara Safee Sali jaringkan 2 gol dan 1 gol jaringan Abdul Hadi. Walaupun kalah, Malaysia masih berpeluang krn kelebihan jaringan di tempat lawan utk bekalan dlm perlawanan kedua nanti.

Perlawanan kedua timbal balik diadakan di Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 ini dan Malaysia perlu menang utk layak seterusnya ke pusingan ketiga peringkat Asia. Semoga Malaysia akan beroleh kejayaan dlm kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 ini.

-- Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
-- Gambar Pernikahan Nurul Syuhada TV3 Dan Raja Amir Di Binjai On The Park KLCC

Friday, July 22, 2011

Persalinan Memey RM7.2juta, Tajaan Rafflesia Dan Rekaan Kasut Jimmy Choo

Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Malaysia 0-1 Chelsea, Kalah Bergaya Jaringan Drogba

Tahniah pasukan Malaysia berjaya mengekang barisan bintang Chelsea bolosi pintu gol dgn hanya benarkan 1 gol hasil free kick Didier Drogba pd separuh masa kedua. Walaupun kalah tipis 0-1, Malaysia tetap hebat bergaya krn Chelsea bukan calang-calang antara pasukan terkuat EPL.

Kehadiran pemain bintang yg bergaji mungkin lbh RM1juta seminggu spt Fernando Torres, Didier Drogba, Frank Lampard, Anelka dan John Terry tetap tidak gentarkan pemain Malaysia utk pamerkan aksi cemerlang berbanding prestasi semasa melawan Liverpool dan Arsenal minggu lepas.

Pemain senior spt Badri Radzi, Hairuddin turut membantu dlm perlawanan mlm ini. Pepun, tahniah Malaysia.

-- Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
-- Gambar Pernikahan Nurul Syuhada TV3 Dan Raja Amir Di Binjai On The Park KLCC

Wednesday, July 20, 2011

Sosej Babi Ada Logo Halal?

“Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."

Gambar Pernikahan Nurul Syuhada TV3 Dan Raja Amir Di Binjai On The Park KLCC

Tahniah utk Nurul Syuhada pengacara Majalah Tiga dan Raja Amir Shah Raja Azwa telah selamat diijabkabulkan di Binjai On The Park, KLCC 16 Julai 2011.


Mas kahwin sebyk RM777 dan wang hantaran pula RM20,111. Selamat pengantin baru diucapkan dan kekal bahagia selamanya. sumber: izyan


-- Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
-- Review JUVANA Episod Akhir 18 Julai 2011
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

Tuesday, July 19, 2011

Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya

Gambar perkahwinan Farah Diana Anuar a.k.a Farah AF2 dan Johan Johari yg berlangsung atas Cruise Tasik Putrajaya. Dua dua mempelai sama cantik sama padan kan.


Review JUVANA Episod Akhir 18 Julai 2011

Final episode JUVANA mmg best. Cerita x tergantung mcm skeptikal drama melayu kebiasaannya. Episod 13 ni masih kekalkan suspen spt Daim ditikam Botak slps selamatkan Cikgu Zakiah tp hero tak mati krn ditikam tepi perut.

Cikgu Arifin yg tidak sertai komplot Tuan Raja songlap duit para pelajar turut ditikam oleh seorg lg cikgu yg lupa ntah apa nama dia.huhu.




Cubaan pertama larikan diri sambungan episod 12 tak berjaya krn Tony telah mengugut terus memukul Ain, begitu juga usaha terhenti setelah Daim cedera ditikam dan Cikgu Zakiah pula ditangkap dlm bilik Tuan Raja ketika menelefon polis.

Monday, July 18, 2011

Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa Meninggal Dunia

Takziah utk keluarga arwah Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yg telah meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru pd 10.20mlm, Ahad di Hospital Selayang.


Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Thursday, July 14, 2011

Arsenal 4-0 Malaysia Hasil Jaringan Ramsey, Walcott, Vela Dan Rosicky

Skuad bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Tuesday, July 12, 2011

Kupon McDonalds BUY 1 FREE 1 Double Cheese Burger, Get It Now

Wahai peminat McD double cheese burger, dptkan kupon uols skang, BUY 1 FREE 1 dtg lagi nih. 11-13 July 2011. Perhhh mablesss.


Print je kupon tu n terjah McDonalds terdekat ye.hehe.

(Gambar) Kabel TNB Terbakar, Jambatan P Pinang Sesak Teruk 2 Jam

Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang semalam.

Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius ekoran kejadian kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada pukul 5.30 petang.

Bagaimanapun keadaan jalan beransur pulih pada 7 malam setelah kerja-kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan. kosmo

Semakan Calon PLKN Secara Online Dan SMS

Keinginan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk menyemak status kumpulan pelatih baru sesi 2012 bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ternyata hampa apabila pelayan laman web PLKN tergendala sejak kelmarin dan berlarutan hingga malam tadi.

Monday, July 11, 2011

(Gambar) Jari Bayi 6 Bulan Rosak Satu Demi Satu

Hati ibu bapa mana tidak luluh dan kecewa apabila jari tangan kiri anak kesayangan yang dilahirkan sempurna tiba-tiba mengalami kerosakan satu demi satu berpunca daripada kelalaian orang lain.


Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.

Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu. Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.
Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya. Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.

Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan. Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama. kosmo

-- Gambar Persandingan Bienda Dan Boy Di Ideal Convention Centre
-- (Gambar) Kemalangan Ngeri 4 Maut Proton Saga Terbabas Di Km 73 Jln Kuala Kangsar Gerik Perak
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu

Datuk Siti Mahu Sambung Belajar Di UiTM

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tidak lama lagi. Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Nurhaliza berkata, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih sepuluh tahun lepas.

Wednesday, July 6, 2011

Elecoldxhot Juara Showdown 2011, HMC Phlow Kedua

Elecoldxhot muncul Juara Showdown 2011 mengalahkan HMC Phlow di final td. Persembahan dimulakan dgn 4 finalist iaitu HMC Phlow, Elecoldxhot, Bounce Steppez n Rokustep.

Slps pusingan pertama, Rokustep tersingkir dgn undian terendah. Persaingan Top 3 antara HMC, ECX n BOS diteruskan di mana BOS a.k.a Bounce Steppez pula tersingkir.

Final battle between HMC Phlow vs Elecoldxhot sgt superb n boleh dikatakan the best battle of the season. Tahniah ECX!!!!

-- Nur Fathia Mengamuk Di Lokasi Stanza Cinta????
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini 

Kelantan Juara Liga Super 2011, Hadi Menang Kasut Emas

Tahniah Kelantan bergelar Juara Liga Super 2011. Kejayaan bersejarah bagi Kelantan krn kali pertama muncul juara liga super bolasepak Malaysia. Perlawanan terakhir musim ini menang 2-1 Sabah sekaligus menjulang The Red Warriors rangkul takhta liga ketepikan Selangor yg sekadar seri 0-0 Perak n Terengganu pula menang besar 6-2 atasi Felda United.

Abdul Hadi Yahya dri Terengganu muncul penjaring terbanyak liga super 2011 dan miliki Kasut Emas dgn 20 gol slps jaringkan 4 gol dlm game dgn Felda United mlm ini.

Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Matyo terpaksa berpuas hati dgn 19 gol walau jaringkan 2 gol dlm game lwn Sabah. Tahniah utk semua.

-- Kelantan vs Sabah, Perlawanan Akhir Liga Super 2011
-- Final Showdown 2011, Superb Showcase HMC Phlow, Elecoldxhot n Bounce Steppez
-- Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K Hadiri Perasmian Masjid Bersama Sultan Kedah Di Kg Permatang Pasir 

Kelantan vs Sabah, Perlawanan Akhir Liga Super 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011 dgn 54 mata slps atasi Sabah 2-1 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha. Terengganu kempunan gelaran juara walau menang besar 6-2 Felda United krn perbezaan jaringan gol dgn Kelantan. Selangor sekadar seri 0-0 Perak. Tahniah Kelantan. Go More Kelate Go More!!!!!

- Entry terdahulu : - Keputusan terkini: Kelantan 1-0 Sabah hasil jaringan Matyo a.k.a Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 6. Terengganu 4-1 Felda United, Selangor 0-0 Perak. - Separuh masa pertama.

- Juara Liga Super 2011 ditentukan mlm ni dgn berlangsungnya perlawanan terakhir melibatkan semua 3 pasukan teratas liga iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Astro Arena 801 akan menyiarkan Kelantan vs Sabah 8.45mlm. TV1 pula akan menyiarkan Selangor vs Perak 8.30mlm. Terengganu vs Felda United disiarkan Astro Arena 801 11.45mlm (siaran tertunda).

Adakah Kelantan akan melakar sejarah muncul kali pertama bergelar Juara Liga Super? Berjayakah Selangor menambah koleksi Juara sedia ada sblm ini? Bagaimana pula dgn Terengganu yg berhasrat muncul Juara Berganda? Sama sama kita saksikan kemuncak Liga Super 2011.

Final Showdown 2011, Superb Showcase HMC Phlow, Elecoldxhot n Bounce Steppez

Final Showdown 2011 mlm ni sgt superb dgn performance 4 finalist iaitu HMC Plow, Elecoldxhot, Bounce Steppez n Rokustep.

But Rokustep gagal ke pusingan top 3, slps persembahan pusingan pertama krn dpt undian terendah.

Persaingan top 3 antara HMC Phlow, Elecoldxhot dan Bounce Steppez pastinya makin hebat di final ini. Jom saksikan sambungan showcase kreatif mereka.

Sunday, July 3, 2011

Malaysia vs Taiwan Perlawanan Kedua 3 Julai 2011 Kelayakan Asia Piala Dunia 2014

- 94' - Tamat perlawanan dgn keputusan Taiwan 3-2 Malaysia tp kelebihan jaringan gol di tempat lawan melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya. Tahniah Malaysia.

- 75' - Taiwan mendahului 3-2 hasil penalti ketiga slps Sharbinee disalahkan menjatuhkan pemain lawan. 
- minit 62' - Sharbinee Ali beraksi hebat berjaya menyelamatkan sepakan penalti kedua Taiwan.
- 66' - Malaysia buat pertukaran Amirulhadi dgn kemasukan S.Chanturu.  

- Separuh masa pertama Malaysia 2-2 Taiwan. Permainan Malaysia bermula dgn baik bila mendapat gol awal minit ke 7 hasil free kick Aidil Zafuan. Taiwan kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke 32. Malaysia kembali mendahului melalui free kick melencong kapten pasukan Safiq Rahim minit 39, pun begitu juga tidak lama krn Taiwan mendapat sepakan penalti pd hujung separuh masa pertama.

Setakat 1st half, Malaysia masih mendahului agregat 4-3. Kita nantikan keputusan seterusnya separuh masa kedua pula.

Entry Terdahulu:

- Perlawanan kedua bola Malaysia vs Taiwan hari ini 3 Julai 2011 amat dinantikan ramai peminat bolasepak utk melihat kemampuan Harimau Malaya mara ke peringkat seterusnya dlm kelayakan Asia Piala Dunia 2014. Malaysia menang 2-1 dlm game pertama di Bukit Jalil Khamis lps tp bekalan belum cukup selesa bila bertandang ke tmpt lawan. Justeru Malaysia perlu mencari gol awal/semangat utk memacu permainan dan menang atasi Taiwan.

Kehadiran Norshahrul Idlan Talaha yg telah pulih dri kecederaan tentunya dpt menajamkan lg barisan serangan berganding dgn Hadi Yahya w/pn agak sedih Safee Sali maybe tdk diturunkan krn cedera. Apek a.k.a Khairul Fahmi juga kembali di posisi penjaga gol hari ni setelah berehat krn kecederaan bahu.

Semoga Malaysia dpt meraih kemenangan dlm perlawanan ini dan terus bersaing utk cabaran ke Piala Dunia 2014.

Friday, July 1, 2011

Gambar Ikan Pari Gergasi Berjaya Dirakam

Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.