ad ld

Pages

Saturday, December 31, 2011

Tentang Dhia Episod Akhir Video Dan Sinopsis

Ending Tentang Dhia sgt sedih, Zakir dan Dhia mati bersama di hospital. Mulanya Dhia rahsiakan penyakit kanser dialaminya yg dh tahap 3.

Nenek Zikir beri pilihan pd Dhia nak bermadu or diceraikan. Dhia setuju Zikir kahwin dgn Rose.

Wednesday, December 28, 2011

Gaji Bawah RM5 Ribu Naik Caruman Ke 13 % Mulai Januari 2012

Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

Tuesday, December 27, 2011

Erra Fazira, Suami Tiada Masalah

Pelakon Erra Fazira, 37, menjelaskan, ketiadaan suaminya bersama dalam majlis-majlis tertentu bukanlah bererti mereka sedang menghadapi masalah rumah tangga seperti mana yang diperkatakan sesetengah pihak.


Kata Erra, dia tidak perlu menjadi seperti sesetengah selebriti lain yang sering membawa pasangan masing-masing untuk ke sesebuah acara sebaliknya dia perlu menjaga perasaan suami yang tidak gemar menjadi perhatian umum.

Friday, December 23, 2011

Chef Wan Enggan Bersemuka Dengan Adlin

Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

Tuesday, December 20, 2011

Gambar Ariff Kahwin Sejenis, Cium Mulut Di Dublin, Bekas Pelajar Tajaan Petronas

Ariff Alfian Rosli. Tengok berita semalam. Dilaporkan berkahwin sejenis di Dublin. Pelajar tajaan Petronas, mulanya disangka hilang dan ibu bapanya dh 8 kali ke Dublin berusaha cari dia. Tup2 kuar berita kahwin sejenis. Ironinya pakai baju melayu siap sampin cium mulut sama lelaki, APA HAL?



Tak tahu lah nape kan.

Monday, December 19, 2011

Pelajar Unisel Mati Tergantung Dlm Asrama

Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel).

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Ombak Rindu Cecah Kutipan RM10 Juta

Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.

Wednesday, December 14, 2011

Cinta Elysa Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

Berakhirnya Cinta Elysa TV3 dgn happy ending. Elysa ke rumah Aril di kg Mak Jah. Aril menyangka Elysa ingin minta cerai menyebabkan Aril tension di tmpt kerja. Rakannya menasihatkan Aril blk dan meluahkan perasaannya pada Elysa utk memulihkan perhubungan.



Smp di rumah didapati Elysa tiada dgn nota di cermin, Aril frust sambil menyatakan cinta sayangnya. Rupanya Elysa still ada dlm bilik dan dgr luahan rasa Aril, wujud kemesraan.

Tuesday, December 13, 2011

Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Ke KL

Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam.

Jurujual sebuah syarikat jualan langsung, N. Navindran, 25, dari Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat panggilan palsu tersebut kepada polis melalui telefon bimbitnya pada pukul 1.45 pagi, 1 Disember lalu.

Pulau Tioman Bebas Jangkitan Sarcocystis

Kementerian Kesihatan mengesahkan penduduk dan haiwan di Pulau Tioman, Pahang bebas daripada jangkitan sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan jangkitan parasit protozoa Sarcocystis.

Tinjauan klinikal, persekitaran dan haiwan dengan kerjasama Jabatan Veterinar telah dibuat dengan mengambil 28 sampel klinikal, 27 sampel air dan 84 sampel najis di situ dan semuanya didapati negatif parasit berkenaan.

Pernikahan Chef Riz Dan Ana Dahlia

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1001.

Monday, December 12, 2011

Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez

Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya. Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Friday, December 9, 2011

ND Lala Disamun Mat Rempit Di Stesen Minyak

Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.

Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.

Thursday, December 8, 2011

SBPA 2012 Atau SSM, Gaji Naik 7-13% Kakitangan Awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdulla berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

Wednesday, December 7, 2011

Skim Gaji Kakitangan Awam 2012, SBPA 2012

Tgk berita tv dh kuar pasal Skim Gaji Kakitangan Awam 2012, SBPA 2012. Mesti ramai yg seronok hati berbunga2 tunggu Januari 2012 kan. Rezeki tu, sambungan bonus 1/2 gaji or RM500 utk Disember 2011 ni. Durian runtuh utk kakitangan awam, masyukkk je la.

Gambar Anak Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu

Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu.


Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang.

Thursday, December 1, 2011

Ogy Mahu Saman Johan?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Norshahrul Pemain Plg Bernilai, Apek Penjaga Gol Terbaik Liga M 2011

Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.