ad ld

Pages

Tuesday, January 15, 2013

Lisa Surihani Hilang RM50 Ribu Dalam Akaun Bank

Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar. Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.


Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.

Saturday, January 12, 2013

Aaron Aziz Dukung Adira Di AJL 27 (Gambar)

Ombak Rindu jadi fenomena dalam dunia filem dan muzik tahun 2012 kan. Kutipan hasil dari filem kira2 RM10juta dan dari segi lagu nyanyian Adira dan Hafiz AF plak telah muncul juara carta lagu di kebanyakan stesen radio.


Aura yg begitu kuat dikatakan boleh membawa tuah kepada lagu Ombak Rindu tersebut dalam Anugerah Juara Lagu 27 yg lalu. Tapi ramai juga yang agak frust bila OR gagal raih sebarang anugerah dlm acara berprestij tu.


Kemunculan Aaron Aziz sebagai Haris turut menambah tarikan dalam persembahan nyanyian Hafiz dan Adira tu tapi nasib masih tidak menyebelahi lagu tersebut. Cuma agak menjadi bualan hangat ramai bila Aaron Aziz mendukung Adira di penghujung lagu tu. Jom layan gambar2 tersebut.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
-- Gambar Fauziah Ghouse Dan Iqram Kemalangan, Kereta Remuk

Wednesday, January 2, 2013

Rebat RM200 Beli Telefon Pintar Tiada Had Harga

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB)selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.