ad ld

Pages

Thursday, March 31, 2011

(Gambar) Intan Ladyana Nafi Bersekedudukan Dengan Kamal Adli

Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor. Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya. "Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa. Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

"Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula. "Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.

Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya. Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut. "Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya. mstar

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Sejadah Corak Babi
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki

Wednesday, March 30, 2011

Wang Ratusan Ribu Ringgit Ditemui Berselerakan Di Rumah Pegawai Kastam Bergelar Datuk

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara. Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin,” katanya pada sidang media di sini semalam. Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara. Katanya, siasatan membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai. "Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu,” katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini. Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun. Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

“Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman."katanya. bharian

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall

Pemanduan Kebanyakan Wanita Amat Berbahaya?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin diminta mengemukakan statistik kemalangan melibatkan pemandu wanita bagi membuktikan pemanduan golongan tersebut amat berbahaya seperti didakwanya. Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Datin Fauziah Ramly berkata, ahli politik itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian tanpa sebarang bukti.

"Tanpa bukti kukuh beliau tidak layak membuat dakwaan itu. Ia jelas menunjukkan beliau memperlekehkan keupayaan pemandu wanita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Bung Moktar pada sidang Dewan Rakyat semalam mendakwa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang kemalangan.

Fauziah menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan, wanita memandu dengan berhati-hati tanpa mengikut perasaan berbanding golongan lelaki. Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah pula menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang yang seksis berikutan kenyataannya itu.

"Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan diskriminasi terhadap wanita di Parlimen pada 2007 dan kini beliau mengeluarkan kenyataan sama. "Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati wanita. Ia juga menunjukkan beliau tidak peka dengan kajian pemanduan di Malaysia yang mengatakan pemandu lelaki sering melanggar peraturan di jalan raya," ujar beliau. utusan

-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Zizie Ezette Disahkan Hamil?

Perak Haramkan Tarian Poco Poco

Ipoh - Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya. kosmo

-- Dicekik, Ditendang Krn Nk Slmtkan Tom Raja Farah
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- (Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan
-- (Gambar) Sejadah Corak Babi

(Gambar) Rumah Lut Sinar Pelajar AF9 Di Jusco AEON AU2

Astro pada Isnin memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru. Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka). Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida - Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka - Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika - Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena - Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza - Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera - Sabah).


Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian). Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa. Diari AF9 akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat. Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar. Para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

“Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung. “Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas. “Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung,” ujar Azlin ketika sidang media AF9 di Restoran Sakura, Jusco AEON Setiawangsa, Isnin.

Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang akan diumumkan kemudian. Selain itu, musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Nawawi untuk mengendalikan Tirai AF, Kenangan Afnil, Diari AF dan Konsert AF. Pengumuman pengetua AF9 bakal diumumkan di Tirai AF pada 2 April ini, secara langsung pukul 9 malam dari Jusco AEON Setiawangsa, Konsert AF (setiap Sabtu, pukul 9 malam mulai 9 April) dan Kenangan Afnil (setiap Sabtu, pukul 8.30 malam bermula 2 April ini).

Kenangan Afnil merupakan gabungan antara akronim AF dan nama Aznil di mana Afnil akan mengimbas kembali detik-detik kenangan AF dari musim pertama hingga musim ke-8. mstar

-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Luna Maya - Ariel Berpelukan Di Penjara

Monday, March 28, 2011

(Gambar) Zul Huzaimy, Isteri Cerai Talak Dua

Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi. "Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut. Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.

"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak. "Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya. Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri. "Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja. Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.

Sementara itu, Zul gagal dihubungi mStar untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya tentang penceraiannya itu. Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan. mstar

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

(Gambar) Majlis Baby Shower Sazzy Falak

Sunday, March 27, 2011

Wanita Guna Dadah Syabu Utk Kurus?

Marang 25 Mac - Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid. Roslan berkata, golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

"Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu hari ini. Roslan berkata, sebahagian daripada kira-kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita.

"Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji," katanya. utusan

-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!

Juara Akademi Al Quran AQ 5 Milik Shahrianshah Apin

Peserta Mohd Shahrianshah Apin, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim kelima yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu. Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, Al-Quran bertinta emas berharga RM35,000 sumbangan Yayasan Restu, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej haji oleh Gemilang Travel Sdn Bhd, pakej umrah oleh Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd dan lawatan VIP ke Syria oleh Hiraq Marketing.

Selain itu, Syahrianshah turut menerima Songket oleh Wan Manang, barangan perabut jati bernilai RM20,000 dari Jatimas dan trofi tajaan TH Global. Beliau yang ditemui di sidang media menzahirkan rasa gembira dan terkejut atas kemenangan yang tidak diduga itu. "Saya rasa gementar sehinggakan saya tercicir satu ayat ketika membaca surah An-Nur, ayat 32 hingga 36. "Biasalah, bila di atas pentas macam-macam perkara boleh berlaku. "Sebab itu, bila diumumkan sebagai juara, saya terkejut. Bagaimanapun, saya bersyukur atas rezeki kemenangan ini," katanya. Tambah Shahrianshah, dengan kemenangan yang dimiliki, dia ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam ilmu Al-Quran.

Sementara itu, tiga peserta lain, Mohamad Husaini Makmur, 19, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21, dan Suhailah Zulkifly, 22, masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000, pengajian ke University Al-Madinah dan pakej haji sumbangan Gemilang Travel Sdn Bhd. Ketiga-tiga peserta tersebut turut menerima hadiah pakej umrah sumbangan Al-Fajr Travel & Tours Sdn Bhd, songket daripada Wan Manang dan trofi tajaan TH Global. Dalam pada itu, hadiah pengajian di Universiti Al-Madinah akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan universiti tersebut.

Tiga juri yang bertanggungjawab memberi markah kepada empat peserta tersebut adalah Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat), Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar yang menjaga tajwid dan fasohah. Pada malam itu, penyanyi nasyid Indonesia terkenal, Haddad Alwi turut menghiburkan penonton menerusi lagu Rinduku Muhammad.

Sementara itu, para peserta turut diberikan kejutan oleh pihak TV9 dengan melancong ke Banda Aceh baru-baru ini. Mereka diberi tugasan untuk menemubual mangsa-mangsa tsunami yang melanda pada bandar tersebut pada tahun 2004. mstar

(Gambar) Premis Urutan Gay Diserbu Di Pulau Pinang

George Town - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam. Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan. "Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu. "Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk. kosmo

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

(Gambar) Biri Biri Lahirkan Anak Anjing

Pelik dan ajaib. Biri biri lahirkan anak berupa anjing.

- Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam. Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain. "Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying. Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza. "Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. kosmo

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Etoile FC Di Singapura 26.3.11

Singapura - Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Etoile turut memiliki dua peluang terbaik pada babak pertama tetapi kedua-dua tandukan penyerangnya, Jonathan Toto pada minit ke-18 dan 39 sekadar menggegar palang gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat. Bermula babak kedua, Rajagobal membuat empat pertukaran dengan memasukkan Sharbinee Allawee Ramli, Fadhli Shas, Azidan Sarudin dan Ashari Samsudin menggantikan Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Amar Rohidan dan S. Kunanlan.

Namun Etoile pula yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil rembatan kencang pemain tengah, Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti setelah memperdaya kapten Malaysia, Safiq Rahim. Malaysia selepas itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Ashari (minit 72 dan 81) dan Norshahrul Idlan Talaha (88) berjaya diselamatkan Trilles tatkala Sharbinee di gawang Malaysia turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Etoile.

Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia mengambil risiko dengan membuat 10 pertukaran pemain sepanjang babak kedua bagi memberi peluang kepada ramai pemain mendapat pengalaman beraksi. “Secara keseluruhan, saya puji komitmen tinggi para pemain yang bertahan dengan baik pada 10 minit terakhir dan kita turut hampir mendapat gol menerusi serangan balas,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! Ahad selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Safee Sali yang tidak dipanggil Rajagobal kali ini berjaya meledak dua gol untuk kelabnya, Pelita Jaya menewaskan Bontang FC 2-1 pada aksi Liga Super Indonesia di tempat lawan petang semalam. kosmo

-- (Gambar) Mayat Wanita Separuh Bogel Dibunuh Ditemui Di Jln Lencongan Timur Dkt Smp Sg Pasir Sg Petani Kedah
-- Gambar Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Friday, March 25, 2011

(Gambar) M.Nasir, Ramli MS Dapat Anugerah Datuk

Tahniah utk M.Nasir dan Ramli MS.

- Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Turut menerima anugerah tersebut ialah pegawai kanan polis Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin Pitchay. Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang itu. kosmo

-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman
-- (Gambar) Mayat Wanita Separuh Bogel Dibunuh Ditemui Di Jln Lencongan Timur Dkt Smp Sg Pasir Sg Petani Kedah

(Video) Gadis Cuba Bunuh Diri Terjun Di KB Mall Kota Bharu Kelantan 24.3.11

Heboh kt youtube pasal video ni. Dikatakan seorang gadis cuba bunuh diri di pusat beli belah KB Mall Kota Bharu Kelantan ptg 24.3.11. Nape agaknya ye? Frust bercinta? Or mybe kecewa dgn result SPM?  Pepun, Lu pikir la sendiri.huhu. Klik sini utk Gambar Gadis Terjun KB Mall.



Alahai mcm2 daa... Suka hati dia je kan..

-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Shopping Dgn Duit Cek Nuffnang, I Like It
-- (Gambar) Mayat Mati Dlm Keadaan Sujud, Gunung Merapi, Mangsa Lahar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Thursday, March 24, 2011

(Gambar) Pertunangan, Kisah Cinta Danny X Factor Dan Zaidatul Pramugari Air Asia

Kali pertama bertemu sekitar setahun yang lalu, pasangan ini tidak pernah menyangka perkenalan melalui kenalan itu akan membawa mereka ke satu perhubungan yang lebih serius. Namun, suratan menentukan bahawa kedua-duanya sebenarnya mempunyai misi yang sama iaitu mencari pasangan serasi bagi menempuh alam baru. Tidak mahu berputih mata melihat si bunga dipetik kumbang lain, sang jejaka mula mengambil langkah berani dengan mendekati dan melamar si gadis.

Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya. Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya. Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25.

Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Tronoh Mines, Kampar, 20 Mac lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui mereka masih belajar mencintai antara satu sama lain. "Saya rasa macam tidak percaya sudah menjadi tunangan Lin. Rasa seperti saya sedang berada di set penggambaran dan melakonkan babak pertunangan. Rasa macam mimpi. "Namun saya bersyukur kerana ini memang hari yang saya nantikan. Lin wanita untuk saya dan saya gembira kerana hubungan kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Danny saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya dengan Lin.

Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku. Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon. Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan. Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu. "Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi. "Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling.

Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya. "Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu. utusan

-- Pengasas Produk Aveer, Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- Ibu Kahwin Lain Patah Tangan Kena Pasu Bunga Dihentak Anaknya

(Gambar) Suami Erra Fazira, Engku Emran Kahwin Lain???

Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.


Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.

(Gambar) Datuk T Adalah Tan Sri Rahim, Shazryl Eskay Dan Datuk Shuib Lazim

- Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga.

- Petaling Jaya: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi ketiga-tiga mereka.

Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media. Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM". bharian

-- (Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

(Gambar) Kemalangan Van, Viva Rempuh 2 Beranak Pejalan Kaki Di Semabok Melaka

Orang lain yang cuai, orang lain pula yang terpaksa menerima padah. Kata-kata itu sesuai untuk menggambarkan mengenai nasib yang menimpa dua beranak apabila mereka nyaris lemas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva ketika sedang berjalan pulang ke rumah di Semabok di sini semalam.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu menimpa Nurshamsiah Samawi, 6, dan ibunya, Misliyah Nafhan, 35, apabila mereka tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter. Ekoran itu, Misliyah patah kaki kanan manakala Nurshamsiah pula nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menghantar mereka ke Hospital Melaka.

Seorang saksi, Sazly Mak Lip, 32, berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van yang dipandu laju melanggar belakang Viva sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter ke kiri jalan.

"Pada masa sama, kereta Viva itu telah merempuh dua beranak tersebut mengakibatkan mereka tercampak ke dalam longkang. Kereta Viva dan van itu juga terperosok ke dalam longkang," ceritanya. kosmo

-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan
-- (Gambar) Majlis Ulang Tahun Tengku Ratu Haidar Anak Que Haidar, Linda Jasmine
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko

Cara Semak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS Mulai 23.3.11

Untuk pertama kalinya dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon-calonnya boleh memperolehi keputusan melalui sistem pesanan ringkas atau SMS. Untuk melakukannya, apa yang perlu dilakukan ialah menaip SPM SEMAK, kemudian diikuti oleh nombor kad pengenalan dan selepas itu nombor calon sebelum mengirimnya kepada 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan selepas jam 10 pagi Rabu sehingga tengah malam 30 Mac. Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, para calon juga boleh memperolehi keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Seramai 467,970 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu yang berlangsung dari 23 November sehingga 20 Disember. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cara menggunakan perkhidmatan SMS tersebut secara lebih lanjut, calon-calon bolehlah melayari http://apps2.moe.gov.my/.

-- (Gambar) Pelajar Maut H1N1, SMK Bandar Baru Sg Long Kajang Ditutup
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Sejadah Corak Babi

(Gambar) Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam. Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami. "Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula. "Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini. "Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan. "Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan. "Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat. "Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya. "Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu. Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun. mstar

-- (Gambar) Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Krn Renjatan Elektrik
-- (Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Rakaman Video Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang Kini Muncul

Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini. Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini. Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan. Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini. Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan. Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.

"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya. "Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci. "Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.

Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan. Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat. Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil. Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.

Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu. mstar

-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Reunion Clifford
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2

Monday, March 21, 2011

(Gambar) Majlis Pernikahan Kris Dayanti Raul Lemos

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD, 36, sah menjadi isteri kepada usahawan Timor Leste, Raul Dos Ries Lemos atau Raul Lemos, 40-an, pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan semalam.


Penyanyi lagu Menghitung Hari itu yang menerima sepersalinan kelengkapan solat sebagai mas kahwin dan sebentuk cincin jenama Bvlgari sebagai tanda pembatalan air sembahyang dinikahkan oleh bapanya, Trenggono dengan disaksikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Tri Sutrisno yang mewakili KD dan Arif Abdullah Saga mewakili Raul.

"Insya-Allah saya akan menjadi isteri yang solehah buat suami saya. Semoga kami akan mendapat keredhaan Allah," ujar KD pada sidang media selepas majlis akad nikah tersebut di Masjid Sahid Nurul Iman, Kompleks Grand Hotel Sahid. kosmo

-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Bayi 18 Bln Alami Pendarahan Otak Serius, Patah Kaki Disyaki Didera Pengasuh Di Mantin N9

(Gambar) Irma Hasmie Nekad Bertudung Slps Blk Umrah

Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat. “Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya. Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung. Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu. “Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. “Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama. “Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia. mstar

-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

Tagline Baru SimplySiti, Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo

Kota Bharu - Majlis promosi produk SimplySiti milik penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Kompleks Beli-Belah KB Mall di sini gamat semalam gara-gara tagline baru loghat Kelantan. Daripada tagline asal Rahsiaku Kini Milikmu, Siti Nurhaliza menarik perhatian ratusan yang hadir dengan menukarnya kepada Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo.

Anggun berkurung moden dan berselendang hijau, Siti Nurhaliza bangga kerana rangkaian produk kecantikannya itu sudah menarik perhatian semakin ramai pelanggan termasuk penduduk Kelantan.

"Sambutan yang diterima di sini memberangsangkan, malah sudah melangkaui sasaran awal kami sejak SimplySiti dilancarkan pada April tahun lalu,'' katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah kelmarin. kosmo

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska
-- (Gambar) Bas Terbabas Terbalik Di Km 214.4 Lebuhraya Utara Selatan Dkt Hentian Senawang
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

Sunday, March 20, 2011

(Gambar) Miera Liyana Tak Sedar Baju Terlampau Seksi, Nmpk Sisi Payudara????

Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. “Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. “Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- (Gambar) Kancil Putus Dua Terbabas Langgar Tiang Lampu Di Susur Keluar Dengkil Ke Cyberjaya
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3

(Gambar) Kris Dayanti Bertudung Dan Yuni Shara

Menjelang sehari sebelum majlis pernikahannya, penyanyi Kris Dayanti, 36, semalam tetap yakin lelaki pilihannya, Raul Dos Ries Lemos mampu menjadi suami yang terbaik untuknya. Perkahwinannya dengan Raul atau lebih dikenali Raul Lemos, seorang usahawan dari Timor Leste, adalah yang kedua buat Kris.

Dalam pertemuan bersama Kosmo! selepas majlis bacaan suci al-Quran dan tazkirah perkahwinan di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan semalam, Kris menyatakan dia kali ini sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri.

“Saya yakin Raul adalah pemimpin rumah tangga yang mampu mendidik saya dengan baik. Paling utama dia (Raul) menerima saya seadanya, bukan sebagai seorang artis tetapi sebagai wanita biasa,” katanya. Majlis pernikahan pasangan itu dijadualkan berlangsung di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 8 pagi ini.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan iaitu sehari selepas penyanyi terkenal itu menyambut ulang tahun ke- 36. kosmo.

-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Reunion Clifford
-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Arwah Faizal Pesan Kpd Anak Jgn Nakal, Jaga Mak - Siti Nordiana

Saturday, March 19, 2011

Tak Hormat Arwah Bapa, Punca Saida Mahu Cerai

Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini. Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya. "Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu. "Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga. Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa. "Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya. Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut. Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Wednesday, March 16, 2011

Baca Yassin Mengundur?

Tak tahu nak kata apa.. Orang putih kata clueless..huhu..

-Shah Alam : Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.

Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu. petikan hmetro

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Lagi Kes Bayi Mati Slps Jatuh Di Rumah Pengasuh Di Putrajaya

(Gambar) Foto Kate Middleton Kekasih Putera William Berbikini Jadi Perhatian

Jika sebelum ini wajah kekasih Putera William, Kate Middleton sering dipaparkan oleh media dengan gaya yang sopan, kini foto Kate berbikini pula disiarkan dan ia turut mendapat perhatian di laman-laman Internet.

Pada foto tersebut menampakkan Kate yang bertubuh seksi memakai bikini berwarna putih sambil berjemur di ruang hadapan bot persendirian William.

Seperti yang dimaklumkan oleh laman Aceshowbiz, foto-foto seksi Kate diambil oleh seorang jurukamera amatur di Ibiza, Sepanyol.

Pasangan tersebut tampak mesra dan saling bergurau senda pada ketika itu. Dalam pada itu, dikhabarkan, William dan Kate bakal mengadakan sebuah parti bujang tertutup di pantai selatan England sebelum hari perkahwinan mereka. Adik William, Harry, turut menyertai parti tersebut dengan kehadiran seramai 20 orang teman rapat William. mstar

-- Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- Kerajaan Haramkan Botol Susu Bayi Polikarbonat 'Bisphenol A'
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar

Keputusan Piala FA Suku Akhir Pertama: Kelantan vs Felda United, Selangor vs Johor

Selangor berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mudah menewaskan Johor 3-1 pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Selangor membuka tirai jaringan menerusi tolakan Hardi Jaafar yang mudah mengatasi tiga pertahanan Johor pada minit ke-49.

Hanya selang enam minit kemu- dian, Selangor menambah gol kedua menerusi penyudah kemas Rudie Ramli hasil hantaran Amirul- hadi Zainal dari sebelah kanan. Selangor terus selesa dengan gol ketiga hasil rembatan jarak dekat Amri Yahyah selepas memperdaya pertahanan Johor untuk menewaskan penjaga gol, Amirul Abu Seman pada minit ke-71.

Namun, kelalaian benteng pertahanan Selangor dihukum Johor yang memperoleh gol sagu hati pada minit ke-77 menerusi remba- tan kencang Alif Yusof yang gagal diselamatkan Iqbal Suhaimi. “Selepas 3-0, saya nampak seba- hagian pemain gagal menunjukkan kesungguhan seperti biasa tetapi yang penting kita dapat bekalan dua gol untuk ke Larkin, Sabtu ini,” kata jurulatih Selangor, K. Devan.

Jurulatih Johor, Azmi Mohamed pula berkata: “Kami hilang konsentrasi pada babak kedua ter- utama di bahagian kiri tetapi saya tetap yakin kami mampu bangkit pada aksi kedua nanti.”

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Felda United berjaya mengikat tuan rumah, Kelantan 2-2 hasil jaringan penyamaan Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-90. Felda United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-31 menerusi jaringan Zamri Chin sebelum berjaya disamakan kapten Kelantan, Badhri Radzi pada masa kecederaan babak pertama.

Kelantan terus garang dengan gol kedua menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-69 tetapi penalti Kit Kong memusnahkan hajat mereka untuk meraih kemenangan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah aksi pertama, tewas 1-2 kepada Pahang. Pahang mendahului pada minit ke-35 menerusi jaringan Famirul Asyraf Sayuti sebelum disamakan Kuala Lumpur hasil sepakan penalti Ahmad Azlan Zainal minit ke-53. Gol kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-65 menerusi Azamuddin Akil. kosmo

-- Keputusan Piala FA Suku Akhir Kedua: Kelantan vs Felda United, Terengganu vs Perak 19.3.11

-- Kerajaan Haramkan Botol Susu Bayi Polikarbonat 'Bisphenol A'
-- (Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Mangsa Mungkin Masih Hidup Ketika Mulut, Hidung Ditekup Pita Pelekat
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

(Gambar) Saida AF6 Tetap Mahu Bercerai

Penyanyi, Saida nekad untuk bercerai meskipun suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik yang difailkannya selepas 15 tahun hidup bersama. Peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Saida memberitahu, pihaknya memohon untuk meminda permohonan asal mereka kepada bercerai secara fasakh, jika Mohd Ghazali enggan memberi kata putus dalam perkara tersebut.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyannyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza pula memberitahu, dia telah cuba untuk berbincang dengan Mohd Ghazali, 40, bagi mencari jalan penyelesaian. “Kami masih tinggal serumah. Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman dan perbalahan kami tidak boleh dipulihkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi enggan membenarkan permohonan tersebut kerana beranggapan Mohd Ghazali seharusnya diberikan peluang untuk hadir di mahkamah dan menyelesaikan kes tersebut. “Mahkamah sentiasa mempunyai budi bicara. Saya mahu lihat kehadiran defendan (Mohd Ghazali). Jika mahu bercerai, mahkamah boleh teruskan. Jika tidak, mahkamah mahu mendengar alasannya,” tambahnya. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan kes itu disebut semula pada Jumaat ini untuk kehadiran pihak-pihak.

Beliau juga menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka. “Bincang sebagai seorang yang dewasa, sebagai ibu bapa. Ingat perceraian yang berlaku akan memberi kesan kepada anak. “Saya bercakap bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi untuk 10 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian Mohd Ghazali dalam permohonan itu, peguam syarie Amli Embong memberitahu, ahli perniagaan itu tidak mahu menceraikan Saida. “Mohd Ghazali mahu mempertahankan rumah tangganya,” kata Amli mewakili Mohd Ghazali yang tidak menghadiri prosiding mahkamah tersebut.

Persoalan mengenai ketidakhadiran Mohd Ghazali juga timbul apabila Amli dan Saida memberikan alasan yang berbeza mengenainya. Menurut Amli, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Mohd Ghazali pada pukul 9 pagi Isnin, memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan mempunyai sijil cuti sakit. Bagaimanapun, Saida memberitahu suaminya kini berada di kampung halaman, iaitu di Teluk Intan, Perak.

Sehubungan itu, Mohd Suhaily memberi peringatan keras bahawa beliau akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya Mohd Ghazali tidak menghadiri prosiding Jumaat. Secara keseluruhan, Mohd Ghazali telah gagal untuk menghadiri tiga prosiding mahkamah. Saida hadir di mahkamah dengan berpakaian serba hitam dan ditemani oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam memfailkan permohonan untuk bercerai pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi tersebut, Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. Mereka yang menetap di Alam Damai, Cheras, di sini tidak pernah bercerai sebelum ini. mstar

-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

Monday, March 14, 2011

PPIM Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Pihak Hina Azan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman 'youtube'. Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam.

"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan. "Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni," katanya dalam satu kenyataan, di sini Isnin.

Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. mstar

-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- (Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- (Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS Dkt Behrang Tanjung Malim 

All England 2011 Final: Chong Wei Juara All England, Kalahkan Lin Dan. Tahniah

Tahniah Datuk Lee Chong Wei! Berjaya ulangi kejayaan Juara Perseorangan Lelaki All England dgn kalahkan Lin Dan. Perhh.. Hebat tu.

Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England awal pagi Isnin. Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.

Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan. Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung di televisyen satelit.

Sementara itu beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark. Meskipun memiliki kelebihan setelah menang set pertama dan memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan, Koo dan Tan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu dengan pungutan mata 21-15, 18-21, 18-21.

Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18. Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen/Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9. mstar

-- (Gambar) Bayi 3 Bulan Mati Tersedak Susu Di Taska Di Presint 17 Putrajaya
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

(Gambar) Ratu Porno Maria Ozawa a.k.a Miyabi Selamat Dlm Gempa Bumi Jepun


Ratu filem lucah, Maria Ozawa atau dikenali sbg Miyabi di Indonesia telah mengesahkan keadaannya selamat slps kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun.


- Jakarta: Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin. Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat. "Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri"
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Agnes Nafi Gambar Bogel itu Miliknya

Sunday, March 13, 2011

All England 2011 Final: Chong Wei vs Lin Dan, Kien Keat Boon Heong vs Mathias Boe Carsten Mogensen

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham. Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit.

Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok. Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada pada kedudukan terbaik untuk merampas kembali kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir sebentar tadi selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir.

Pasangan No. 5 dunia dipaksa berhempas pulas sebelum menang 21-11, 23-21 untuk menempah pertemuan akhir dengan beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran esok. utusan

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai

Keputusan Liga Super Perlawanan 12.3.11, Kelantan 0-2 Pahang

Sedih beb, rekod tanpa kalah Kelantan a.k.a The Red Warriors lebur slps tewas 0-2 dgn Pahang di Stadium Darul Makmur 12.3.11..huhu.. Pepun, Kelate still lead kongsi 14 mata dgn Felda United, Selangor tp miliki kelebihan gol.

Gol Pahang dijaringkan oleh R.Surendran minit 43, Mohd Faizol Hussin minit 90.

Felda United vs Perlis 2-0. Selangor vs Negeri Sembilan 2-1. T-Team vs Perak 0-0. Kedah vs Terengganu 2-1.

X mao cer byk, sedih...sob sob..

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Bekas Suami Daphne Iking Tak Mengaku Isobel Anak Kandungnya
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh 

Saturday, March 12, 2011

(Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera

Lapan orang termasuk tiga beranak maut dalam dua kemalangan yang berlaku pada jarak kira-kira 40 kilometer dalam tempoh tidak sampai 24 jam di Lebuh Raya Gerik-Jeli kira-kira 220 kilometer dari sini. Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 53, Lebuh Raya Gerik-Jeli semalam, tiga beranak antara empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

Tiga sekeluarga yang terbunuh ialah Wan Sariwani Zainal, 35, dan dua anak lelakinya Mohamad Imran Haziq Zainuddin, 3, dan Mohamad Izuan Hanif, 9. Bagaimanapun, suami Sariwani, Zainuddin Omar, 35, yang memandu kereta Perodua Alza dan anak sulung mereka, Iqbal Hakim, 13, pula mengalami kecederaan parah.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, seorang warga emas, Khadijah Ahmad, 76, yang menaiki Toyata Wish. Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, tiga beranak itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku semasa keluarga yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan dalam perjalanan menghala arah Gerik. kosmo

-- Nahas Bas KM 38: Tgk Kepala Rakan Tercabut Di Depan Mata
-- Cek Nuffnang Dh Sampai.. Jom Gi Bank In Lah..
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS Dkt Behrang Tanjung Malim

(Gambar) Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter, Tsunami 10 Meter Landa Jepun

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi. Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun. "Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770. mstar

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Bayi 9 Bln Koma, Alami Pendarahan Dlm Otak Dibaling Bapa Krn Kerap Nangis Di Jasin Melaka