ad ld

Pages

Showing posts with label Saida nekad mahu cerai di mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Saida nekad mahu cerai di mahkamah. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Tak Hormat Arwah Bapa, Punca Saida Mahu Cerai

Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini. Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya. "Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu. "Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga. Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa. "Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya. Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut. Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Tuesday, March 15, 2011

(Gambar) Saida AF6 Tetap Mahu Bercerai

Penyanyi, Saida nekad untuk bercerai meskipun suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik yang difailkannya selepas 15 tahun hidup bersama. Peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Saida memberitahu, pihaknya memohon untuk meminda permohonan asal mereka kepada bercerai secara fasakh, jika Mohd Ghazali enggan memberi kata putus dalam perkara tersebut.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyannyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza pula memberitahu, dia telah cuba untuk berbincang dengan Mohd Ghazali, 40, bagi mencari jalan penyelesaian. “Kami masih tinggal serumah. Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman dan perbalahan kami tidak boleh dipulihkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi enggan membenarkan permohonan tersebut kerana beranggapan Mohd Ghazali seharusnya diberikan peluang untuk hadir di mahkamah dan menyelesaikan kes tersebut. “Mahkamah sentiasa mempunyai budi bicara. Saya mahu lihat kehadiran defendan (Mohd Ghazali). Jika mahu bercerai, mahkamah boleh teruskan. Jika tidak, mahkamah mahu mendengar alasannya,” tambahnya. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan kes itu disebut semula pada Jumaat ini untuk kehadiran pihak-pihak.

Beliau juga menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka. “Bincang sebagai seorang yang dewasa, sebagai ibu bapa. Ingat perceraian yang berlaku akan memberi kesan kepada anak. “Saya bercakap bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi untuk 10 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian Mohd Ghazali dalam permohonan itu, peguam syarie Amli Embong memberitahu, ahli perniagaan itu tidak mahu menceraikan Saida. “Mohd Ghazali mahu mempertahankan rumah tangganya,” kata Amli mewakili Mohd Ghazali yang tidak menghadiri prosiding mahkamah tersebut.

Persoalan mengenai ketidakhadiran Mohd Ghazali juga timbul apabila Amli dan Saida memberikan alasan yang berbeza mengenainya. Menurut Amli, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Mohd Ghazali pada pukul 9 pagi Isnin, memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan mempunyai sijil cuti sakit. Bagaimanapun, Saida memberitahu suaminya kini berada di kampung halaman, iaitu di Teluk Intan, Perak.

Sehubungan itu, Mohd Suhaily memberi peringatan keras bahawa beliau akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya Mohd Ghazali tidak menghadiri prosiding Jumaat. Secara keseluruhan, Mohd Ghazali telah gagal untuk menghadiri tiga prosiding mahkamah. Saida hadir di mahkamah dengan berpakaian serba hitam dan ditemani oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam memfailkan permohonan untuk bercerai pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi tersebut, Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. Mereka yang menetap di Alam Damai, Cheras, di sini tidak pernah bercerai sebelum ini. mstar

-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman