ad ld

Pages

Sunday, October 31, 2010

Diana Amir Tak Kisah Hilang ‘Ayu’

Pelakon drama bersiri Impian 2, Diana Amir, 24, tidak kisah hilang keayuan setelah memotong rambut pendek. Menurut pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, dia terpaksa memotong rambut pendek demi menjayakan watak Sam, seorang tomboi untuk filem 321 Cinta.

Ekoran memotong rambut pendek, ramai peminat yang mengkritik penampilan terbaru pelakon yang baru meningkat naik dan menempa populariti dalam industri seni ini. “Saya tak kisah kerana memang hilang ayu pun. Apabila memotong rambut pendek, penampilan saya terus berubah. “Memang itu yang saya dan Abang Azhari Zain, pengarah filem 321 Cinta mahukan untuk watak saya dalam filem itu. Pengarah nak tengok bagaimana saya yang feminin sebelum ini berubah menjadi tomboi. “Rambut boleh panjang lagi, yang penting hati kena baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Sam yang membesar dengan keluarga tiri setelah kehilangan ibu dan bapa tersayang. Disebabkan faktor itu, Sam menjadi seorang tomboi, garang, kaki pukul dan banyak kali dibuang kolej pengajiannya. Namun akhirnya dia dimasukkan ke sebuah kolej yang turut menempatkan rakan baiknya sebelum ini iaitu Fariz (Pierre Andre).

“Ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama. Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Aku Masih Dara yang akan ditayangkan pada 16 Disember ini serta filem Keramat dan Senario Ops Pocot yang turut akan ditayangkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Setelah selesai menjalani penggambaran filem 321 Cinta pada Khamis lalu, Diana sedang menunggu tawaran berlakon sebuah drama. Tetapi setakat ini, perkara itu masih dalam perbincangan. - mstar

Rina (Gadis Melayu) Mahu Bantu Wanita Melalui Perniagaan

SHAH ALAM: Juara Gadis Melayu musim ketiga (GM3), Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, berjanji akan membantu golongan wanita melalui bidang perniagaan yang diusahakan. Rina berkata, sekarang ini dia sedang mengusahakan perniagaan pakaian bersama-sama keluarganya yang dibuat secara kecil-kecilan melalui dalam talian.

Gadis berasal dari Subang Jaya, Selangor ini akan menjadikan kemenangannya ini sebagai platform untuk merealisasikan cita-citanya untuk membantu keluarga dan wanita di luar sana dengan mendapatkan sokongan pihak badan bukan kerajaan (NGO).

“Alhamdulillah, saya mempunyai latar belakang perniagaan. Jadi, saya akan memberikan peluang kepada suri rumah dan remaja wanita untuk menyertai perniagaan dengan bantuan NGO. “Dengan adanya peluang seperti ini, saya juga akan menggunakannya untuk membantu keluarga,” katanya semasa sidang media selepas malam kemuncak GM3 melabuhkan tirainya pada Jumaat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Melalui kemenangan itu juga, ia secara automatik memberikan gelaran selebriti kepada Rina. Dia yang mengakui masih solo itu tidak teragak-agak untuk menceburi bidang seni sekiranya mendapat tawaran pada suatu masa nanti. “Bidang penyiaran masih baru buat saya. Banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari untuk fahami proses penyiaran dan sebagainya. “Jika berpeluang menjadi pengacara, saya mahu menyebarkan kebaikan kepada masyarakat seperti Majalah 3. Saya juga tidak menolak jika ditawarkan peluang sebagai pembaca berita. Semuanya bergantung kepada pihak TV9 yang lebih layak menentukan,” kata graduan Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Rina akui minatnya kepada aktiviti kemasyarakatan telah lama ada dalam dirinya memandangkan dia lebih banyak terdedah dengan aktiviti seperti itu di universiti dahulu. Selepas menamatkan pengajian, dia pernah bekerja sebagai juru ukur bahan. Kini, dia telah meninggalkan pekerjaan tersebut dan menumpukan kepada perniagaan keluarganya.

Antara hadiah yang dimenangi oleh Rina berupa wang tunai berjumlah RM30,000. Dia berkata hadiah tersebut akan dikongsikan dengan ahli keluarganya kerana akui datang dari keluarga yang susah. Selain itu, dia berhasrat untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan umrah.

Pasti ramai yang ingin tahu rahsia kejayaan Rina memandangkan dia kelihatan tenang dan bersahaja ketika menjawab soalan daripada salah seorang juri iaitu angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie.

“Walaupun penonton nampak saya tenang tetapi sebenarnya saya menggeletar juga ketika di atas pentas. Pada saya, mungkin secara kebetulan soalan yang ditanya itu berkaitan dengan isu semasa dan saya ada membaca tentang persidangan Asean yang merancang untuk membantu masyarakat. “Jadi, pembacaan juga sebenarnya banyak membantu saya untuk berjaya,” ujarnya yang turut terkejut dengan kemenangan itu.

Pada jangkaan Rina, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang layak mendapat tempat ketiga dalam pertandingan realiti di TV9 itu akan bergelar juara. - mstar

Saturday, October 30, 2010

Juara Gadis Melayu Musim Ke-3 Rina Salleh

Juara Gadis Melayu Musim Ke-3, Rina Salleh.

Kemenangan tersebut melayakkan beliau memenangi hadiah berjumlah:

RM160,000 iaitu wang tunai RM30,000, set mutiara bernilai RM120,000, barangan elektrik bernilai RM10,000 serta trofi.

Tahniah.

Friday, October 29, 2010

Penentuan Juara Gadis Melayu TV9

Penerbit Eksekutif Gadis Melayu, Wan Sabariah Shikh Ali, berkata peningkatan dari segi penampilan, komunikasi dan kemahiran dapat dilihat pada setiap individu biarpun ada dikalangan mereka masih di bangku sekolah disebabkan persaingan untuk membuktikan ketokohan.

“Berbanding musim sebelum ini, kita mempunyai peserta muda seawal 18 tahun manakala calon lain sudah bekerja dan masih di peringkat universiti, tetapi perkara ini tidak menjadi isu sebaliknya merangsang setiap individu bekerja lebih keras daripada segi mental serta fizikal.

“Dalam tempoh singkat mereka cepat ‘menangkap’ segala yang didedahkan, malah boleh dianggap program realiti ini sebagai proses pembelajaran untuk mereka mengenali persekitaran, masyarakat serta dunia penyiaran dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan hadiah kemenangan untuk Gadis Melayu musim ketiga. Juara kali ini menerima ganjaran berjumlah RM160,000 iaitu wang tunai RM30,000, set mutiara bernilai RM120,000, barangan elektrik bernilai RM10,000 serta trofi. Empat penerima hadiah sagu hati menerima wang tunai RM1,000 seorang, barangan elektrik (bernilai RM7,000 untuk pemarkahan kedua tertinggi dan RM5,000 ketiga tertinggi), manakala empat calon lain bakal meraih wang tunai RM500 selain barangan elektrik bernilai RM700.

Gadis Melayu musim kali ini menyaksikan persaingan antara Afiqah Hazwani Mohd Nordin, 18, Nur Diana Zainuddin, 19, Siti Nurzakiah Abdul Aziz, 21, Nor Shamimi Ernida Mansor, 20; Siti Nur Afiqah Abdullah, 21; Norhidayah Samsudin, 21; Siti Mastura Mohamad Saleh, 24; Fatheen Nabila Ghazali, 24 dan Norazrina Mohd Salleh, 25 tahun.

Malam penentuan ini diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menyaksikan kelainan apabila semua peserta beraksi dalam teater muzikal arahan Norzizi Zulkifli yang menyentuh tiga isu iaitu bencana alam di Pakistan, Gaza serta pembuangan bayi. Setiap peserta akan diuji melontarkan vokal, menari, menyanyi dan berlakon di bawah bimbingan pengarah berpengalaman.

Wan Sabariah berkata, sedari awal mereka didedahkan dengan kerja berkumpulan tetapi pemarkahan masih berdasarkan penyertaan individu malah konsep sama masih diteruskan pada ujian terakhir malam kemuncak nanti yang mewakili 20 peratus pemarkahan.

“Sebanyak 50 peratus pemarkahan diberikan untuk tugasan setiap minggu dan baki 50 peratus akan diadili lima juri profesional pada malam itu namun seperti ditegaskan, Gadis Melayu tidak hanya tertumpu kepada bakat seni, sebaliknya kecergasan dan kecerdasan calon. “Jika 20 peratus direbut menerusi pementasan, kita menampilkan segmen terpenting yang menawarkan 30 peratus markah kepada mereka yang layak untuk dinobatkan sebagai Juara Ikon Gadis Melayu iaitu menerusi sesi Soal Jawab berkaitan pengetahuan am,” katanya.

Sementara itu, bagi Afiqah Hazwani, persediaan dilakukan sejak memulakan cabaran namun untuk malam kemuncak, pembacaan mengenai isu semasa dijadikan ‘senjata’ tambahan, begitu juga dengan pesaing lain seperti Nur Diana dan Siti Nurzakiah yang menganggap semua calon mempunyai peluang sama rata. - bharian

Badan Berisi, Raja Farah Salahkan Baju Di FFM23

PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah23, yang dikatakan semakin “comel” ketika muncul dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Ahad lalu menyalahkan pakaian yang dipakai apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi diperkatakan orang. Katanya, pakaian rekaan Ezuwan Ismail yang berwarna merah jambu itu tidak begitu sesuai dengannya sehingga perkara tersebut menjadi perbualan ramai.

“Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

“Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat,” ujarnya.

Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa. Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan. Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.

"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai,” katanya.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.

Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu. Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah. "Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut. "Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.

Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini. - mstar

A.C Mizal Terselamat Hukuman Penjara 25 Hari, Bayar Nafkah RM9800, Denda RM1500

KAJANG: Pengacara popular AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini,39, terselamat daripada hukuman penjara 25 hari selepas dia menjelaskan tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.

Dia juga turut membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada bekas isteri, Shafnie Zainudin, 35.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001. - mstar

Thursday, October 28, 2010

Saya Terkejut, Keliru: Rita Rudaini

KUALA LUMPUR: “Saya menjadi keliru dan terkejut apabila Aidil dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh sedangkan sewaktu pulang untuk memulihkan kembali hubungan baru-baru ini, Aidil menyatakan dia menyayangi saya dan anak. “Bukan itu saja, dia turut berjanji akan menjaga rumah tangga kami dan memastikan kandungan saya yang baru berusia tiga bulan dalam keadaan baik,” kata dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang kini mengandung anak kedua pasangan itu.

Sewaktu dihubungi, Rita menjelaskan dia sangat sedih dengan tindakan Aidil, (pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23), kerana hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar, pagi semalam. “Saya sendiri sayangkan rumah tangga ini dan dia pun sayang. Cuma apabila tersiar berita ini, pada pandangan saya orang pergi ke mahkamah kerana sudah tiada lagi jalan penyelesaian. Perkara ini benar-benar menyebabkan saya keliru dan langsung tidak faham.

“Bukankah permohonan dibuat Aidil itu untuk pasangan yang sudah bercerai. Masalahnya kami masih lagi suami isteri. Setahu saya sebelum meminta kebenarannya untuk menetap di rumah adik saya di Taiping, Perak, buat sementara keadaan kami baik,” kata pelakon yang cukup terkenal menerusi drama bersiri Reflesia itu.

Menurut Rita, hubungan mereka sebelum ini tiada masalah. “Malah, sewaktu kami bertemu sebelum ini, Aidil memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Begitu juga dengan saya. Malah, dia sendiri datang menjemput saya pulang ke Kuala Lumpur dan mengambil anak di kampung (Perlis). “Hubungan kami baik seperti sebelum ini.

Namun pengakuan dibuat Aidil benar-benar membuatkan saya sedih dan kecewa,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan Aidil ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bersama seorang peguam bagi memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak.

Menjelaskan lebih lanjut, Rita berkata sejak berita itu disiarkan, Aidil langsung tidak menghubunginya bagi memberikan penjelasan atau menerangkan kedudukan sebenar apa yang telah berlaku. “Saya hanya mengetahui menerusi teman-teman wartawan bahawa Aidil meminta bantuan mereka bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Saya tak mampu untuk berkata apa lagi. Masalahnya saya sendiri tidak sihat kerana kandungan baru berusia tiga bulan. Saya tidak tahu apa sebenarnya motif suami berbuat begini,” katanya.

Rita menjelaskan sebelum ini Aidil pernah membuat aduan sama, namun selepas berbaik-baik dan berbincang, suaminya mengakui kesilapan yang dibuat. “Saya fikir tindakan itu diambil suami sewaktu sedang marah. Maklumlah waktu orang tengah marah mereka tidak boleh berfikir dengan matang. Bila sudah berbaik, dia cakap dia silap. Hendak diikutkan antara kami sudah tidak ada apa-apa masalah pun.

“Walaupun ada masalah, semuanya boleh dibawa berbincang antara kami. Apatah lagi sebelum ini apabila ada masalah berlaku kami tidak pernah berfikir sehingga hendak bercerai. Katanya, sebelum ini dia meminta kebenaran Aidil untuk pulang ke rumah adiknya berikutan suaminya kini sibuk kerana perlu menumpukan perhatian pada perlawanan bola sepak dan lebih banyak menghabiskan masa di Negeri Sembilan untuk persediaan menghadapi perlawanan. “Saya tak berapa sihat dan apabila tinggal di rumah adik, mereka boleh tengok-tengokkan saya dan Ryyan (anak),” katanya.

Menurutnya, dia masih sayangkan Aidil, apatah lagi suaminya benar-benar menunjukkan kesungguhan mahu memulihkan hubungan mereka selepas perbincangan, baru-baru ini.

“Saya hairan apabila perkara ini berlaku selepas Aidil pulang bertemu keluarganya. Saya tidak mampu hendak berkata apa lagi, kini terpulanglah kepada Aidil untuk membuat keputusan. Sebagai isteri saya tidak mampu berkata apa. Lagipun pada fikiran saya kami tidak berhadapan dengan apa-apa masalah. Hubungan kami baik,” katanya. - hmetro

Pegang Tangan Di Moto GP Sepang: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah mencipta satu lagi kontroversi baru apabila dia tidak mengaku memegang tangan aktor Remy Ishak sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian. Mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang, Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beritahu Remy, walaupun dia dan Tiz berpegangan tangan, ia tidak bermaksud kedua-dua mereka sedang bercinta sebaliknya mereka hanyalah kawan biasa sahaja.

"Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan. "Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri. "Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan penafian Tiz kononnya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak.
Tambah Remy, dia tidak sangka selepas gosip mengenai hubungannya dengan pelakon Maya Karin semakin senyap, muncul pula cerita baru mengenainya dengan wanita lain. "Bagi saya, orang suka gosipkan dengan macam-macam wanita itu dan ini," ujarnya dengan nada sedih.

Tidak cukup dengan itu, Remy turut dikatakan semakin sombong termasuklah menuntut bayaran puluhan ribu ringgit bagi sesebuah tawaran drama. Menurut pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih itu, dia tidak mungkin meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan hanya terima berdasarkan harga yang ditawarkan.

"Saya tidak pernah menuntut harga yang tidak relevan kepada pihak produksi yang menawarkan saya berlakon drama mereka. "Sebaliknya saya terima apa yang ditawarkan dan sebelum itu mestilah ada sedikit rundingan harga. Itu perkara biasa untuk mana-mana pelakon. "Alhamdulillah, setakat ini tiada pihak yang merungut. Cuma masalah saya ialah bila mereka terpaksa menyusun jadual saya yang padat. "Saya pelik, kenapa ada pihak yang suka bercakap negatif tentang diri saya. Kadang kala perkara itu membuatkan saya tertekan. "Walau apa pun, saya hanya berserah pada takdir dan cuba menguruskan karier saya sebaik mungkin," katanya yang sibuk dengan latihan teater Natrah 2.

Dalam pada itu, Remy melahirkan rasa kesal dan sedih dengan pelbagai kontroversi timbul kerana tempias turut terkena kepada keluarganya. Kata pelakon berusia 28 tahun itu, kehadirannya dalam industri hiburan bukan kerana mahu mencipta kontroversi atau pun mencari populariti, sebaliknya dia mahu melakar nama sebagai seorang pelakon berkaliber.

"Sebenarnya perasaan saya bercampur baur. Saya sedih, kelakar pun ada kerana benda-benda yang tidak wujud diceritakan. Cuma setiap khabar angin yang timbul, melibatkan ramai hati di luar sana. "Kalau saya tidak berkeluarga, saya memang tidak hairan dengan gosip-gosip yang timbul. Tapi bila orang bertanya saudara mara saya tentang gosip-gosip itu, sedikit sebanyak, ia mencalar nama mereka juga.

"Apa pun, kehadiran saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi seorang lagenda. Saya mahu dikenali melalui pencapaian karier, memberikan komitmen kerja 100 peratus dan menunjukkan persembahan lakonan yang bagus," tegasnya yang akan memulakan penggambaran filem arahan Osman Ali, berjudul Bera Jiwa, selepas pementasan teater Natrah 2 yang bermula pada 25 November ini. - mstar

Wednesday, October 27, 2010

Aleeza Kasim Dan Suami Sah Bercerai

KUALA LUMPUR: Peragawati terkenal, Aleeza Kasim dan suaminya, Datuk Mohd Fauzi Che Ros sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup. Perceraian pasangan yang telah melayari alam rumah tangga sejak empat tahun lalu itu direkodkan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi.

Aleeza, 40, dan Mohd Fauzi, 47, tiba bersama di mahkamah pada pukul 9.10 pagi dan berada di dalam kamar hakim selama 15 minit selepas masuk pada pukul 9.15 pagi. Mereka ditemani peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan daripada Nur Hafiz & Associates yang mewakili Mohd Fauzi.

Semasa keluar, Aleeza yang menubuhkan akademi peragaan Vogue @ Work dan pernah berlakon dalam filem Panas menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Mohd Fauzi, seorang ahli perniagaan. Mereka juga bergegas menuju ke tempat letak kereta di mana sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitshubishi sedia menanti Aleeza sementara Mohd Fauzi beredar dengan memandu kereta mewah Audi warna biru.

Sebelum itu, Mohd Fauzi turut menyerahkan beg tangan milik Aleeza yang berada di dalam keretanya.
Muhammad Nur Hafiz semasa ditemui mengesahkan bahawa Mohd Fauzi melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi komen mengenai jumlah talak.

“Aleeza dan Mohd Fauzi berpisah secara berhemah. Kahwin secara baik, bercerai juga secara baik dan mereka juga telah berbincang mengenai perceraian ini,” katanya yang merahsiakan sejak bila perbincangan mula dibuat. Tambah Muhammad Nur Hafiz, Aleeza dan Mohd Fauzi juga telah mencapai persetujuan dalam isu-isu yang timbul selepas perceraian, termasuklah tuntutan nafkah edah, mutaah dan juga harta sepencarian.
“Ini merupakan kali pertama dan terakhir kes mereka di mahkamah,” katanya lagi.

Aleeza dan Mohd Fauzi mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini dam Aleeza menerima wang hantaran RM50,000 dan sebuah kereta Mercedes SLK230 sebagai hantaran.

Perceraian itu berlaku lima bulan selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini mengesahkan pasangan itu masih bergelar suami isteri berikutan lafaz oleh Mohd Fauzi bukan bersifat lafaz cerai.

Hakim Syarie Fazil Che Hassan membuat keputusan itu pada 11 Mei lalu selepas Mohd Fauzi merujuk kepada mahkamah berhubung lafaz ‘kita cerai esok’ yang dilafazkan dalam satu pertengkaran berhubung isu balik kampung pada pukul 9 malam, 24 Januari lalu. - mstar

Lagi Gadis Lari Dari Rumah Hal Kahwin

BAGAN DATOH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan keluarga untuk tidak meneruskan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan, seorang gadis dikatakan lari dari rumah sejak 11 hari lalu.

Noor Kalsom Mohd. Ali, 22, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 13 November ini gagal dikesan selepas kali terakhir ditemui ahli keluarganya pada 16 Oktober lalu.

Menurut abangnya, Shodikul Ameen Mohd. Ali, 29, dia sendiri tidak menyangka adiknya sanggup bertindak sedemikian meskipun mengakui berlaku sedikit perselisihan dengan keluarga sebelum ini. "Kami sebelum ini dengan berat hati terpaksa batalkan pernikahan dengan tunangnya atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat kami nyatakan biarpun sebanyak 1,500 kad undangan telah siap dicetak.

"Noor Kalsom sendiri memahami tujuan dan alasan pembatalan perkahwinan itu namun secara tiba-tiba dia menghilangkan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit 11, Batu 16, Jalan Bagan Datoh dekat sini semalam. - kosmo

Aidil Zafuan Fail Permohonan Sulh, Hak Jaga Anak Di Mahkamah Tinggi Syariah

SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam. “Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai. “Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya. Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu. “Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa. “Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi. “Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan. - hmetro

-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah

Tuesday, October 26, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Remaja Bt Rayuan Sabitan, Hukuman Kes Lupus Bukti

SHAH ALAM, 26 Okt -- Seorang remaja yang dipenjara tujuh tahun selepas mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Selasa mengemukakan rayuan berhubung sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Bekas mekanik iaitu K Saravanan, 19, memfailkan rayuan itu melalui firma Tetuan A S Dhaliwal di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini. Pada 15 Okt lepas, Saravanan dan V Suresh, 26, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datuk, Banting selepas mengaku bersalah. Dalam notis rayuannya, Saravanan menyatakan dia tidak berpuas hati dengan keputusan Majistret Hurman Hussain.

Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang menerima arahan keluarga Saravanan untuk memfailkan rayuan itu, memberitahu Bernama bahawa Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh untuk mendengarnya.

Saravanan dan Suresh masing-masing menghadapi tujuh pertuduhan melupuskan bahan bukti mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap mereka bagi setiap kesalahan, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 Sept tahun ini.

Mereka adalah antara lapan yang ditahan polis antara 9 dan 12 Sept berhubung kes kehilangan Sosilawati dan tiga lelaki pada 30 Ogos lepas.

Saravanan didakwa melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44,

Mayat kesemua mangsa dibakar di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos.

Suresh pula didakwa melupuskan bahan bukti dengan membuang abu mayat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib-Banting, antara 8 pagi dan 10 pagi, pada 31 Ogos.

Pada 13 Okt lepas, peguam N Patmanabhan dan tiga pekerja ladang iaitu T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - Bernama

Amy Search & Ella Minta Maaf, Gagal Nyanyi Lagu P.Ramlee Di Auditorium DBKL

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock tersohor, Amy Search meminta maaf kepada penonton ekoran gagal menyanyikan lagu ‘Azizah’ dengan baik semasa rakaman Konsert Penghargaan P.Ramlee di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Ahad.

Setelah dua kali terpaksa mengulang semula nyanyian lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu, akhirnya Amy bersuara memohon maaf dan mengaku perkara tersebut berlaku disebabkan dia baru membuat latihan pada pagi hari konsert itu.

“Saya minta maaf kepada semua kerana tak dapat menyanyi dengan baik. Semalam saya sibuk dengan konsert di Esplanade, Singapura dan baru membuat latihan pada pagi tadi,” katanya di atas pentas.

Sambil diiringi band orkestra DBKL yang dipimpin oleh pengarah muzik Mirza Abdullah, selain lagu ‘Azizah’, Amy turut menyanyikan lagu ‘Jangan Tinggal Daku’.

Bagaimanapun, sebelum itu, seorang lagi penyanyi rock, Ella turut melakukan kesilapan sehingga terpaksa mengulang nyanyian sebanyak tiga kali ketika menyampaikan lagu ‘Bunga Melur’. Dia juga memohon maaf atas perkara yang berlaku kerana dia bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah turut menyebabkan waktu rakaman menjadi lebih panjang.

Berlainan dengan Amy, difahamkan Ella lebih banyak menghadiri latihan yang diaturkan. Mungkin benar seperti katanya, dia gagal melakukan yang terbaik disebabkan baru pertama kali menyanyikan lagu tersebut.
Selain Amy dan Ella, terdapat 17 artis terkenal yang turut mewarnai konsert sempena kempen ‘Di Mana Kan Kucari Ganti? Seniman Agung P.Ramlee’ itu.

Mereka adalah Misha Omar, Meet Uncle Hussain, Hujan, Haziq, Datuk Sharifah Aini, M. Nasir, Ning Baizura, Yuna, Altimet, Aizat, Vince, Jaclyn Victor, Najua Nadia Nasir (cucu P.Ramlee), Salih Yaacob, Rosnah Mat Aris, Nora Danish dan Rozita Che Wan.

Antara lagu-lagu yang turut dipersembahkan termasuklah Getaran Jiwa, Tunggu Sekejap, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Jeritan Batinku, Engkau Laksana Bulan, Maafkan Kami, dan Ali Baba.

Selain itu lagu-lagu lain seperti Dengar Ini Cerita, Bila Mama Pakai Celana, Yang Mana Satu, Pabila Larut Malam, Semerah Padi, Tari Tualang Tiga dan Di Mana Kan Kucari Ganti.
Konsert yang dibawakan oleh Astro dan DBKL itu akan disiarkan secara serentak di Astro Ria (saluran 104), HISTORY HD (saluran 575) dan PRAMLEE HD (saluran 188) pada 29 Oktober ini, pukul 9.30 malam.

Bagi yang ketinggalan, boleh menonton lagi ulangan konsert itu pada 30 Oktober ini, pukul 7 malam di HISTORY (saluran 555). Selain itu, paparan dokumentari tentang P.Ramlee yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba (Pesona Pictures), akan ditayangkan pada 31 Oktober, pukul 9 malam di saluran yang sama.

Sementara siaran ulangannya pada 1 November, pukul 10 malam, 6 November, pukul 7 malam dan 15 November, pukul 10 malam. - mstar

Pakaian Seksi FFM23 : Farah Asyikin Bukan Langgar Prinsip (Seksi/Ketat)

PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Asyikin memberitahu pakaian yang digayakan dalam persembahannya pada acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) tidak melanggar pendiriannya untuk tidak berpakaian seksi seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Katanya, dia masih teguh dengan pendirian tersebut namun ia perlu mengikut kesesuaian sesebuah majlis. "Ya, memang sebelum ini saya pernah memberitahu untuk tidak lagi seksi. Tapi ia bergantung kepada sesebuah majlis, saya perlu tampil bersesuaian dengan persembahan saya pada malam itu. "Bukan saya melanggar pendirian yang telah saya buat, pada saya pakaian tersebut tidak seksi. Sebelum persembahan lagi saya sudah beritahu kepada pereka fesyen baju tersebut iaitu Arif Shukur agar bawa baju yang sopan dan tidak menampakkan kulit," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Farah juga menafikan bahawa dia telah mengubah pendiriannya akibat putus tunang baru-baru ini. "Ia tiada kena mengena dengan putus tunang, semasa saya buat kenyataan tersebut juga saya sudah fikir masak-masak. Kalau boleh memang saya tidak mahu berpakaian seksi lagi. "Saya lebih selesa dan selamat bila tidak seksi. Cuma untuk persembahan sahaja saya berpakaian bersesuaian. Itu pun seboleh-bolehnya tidak mahu seksi," katanya yang pernah berhasrat untuk tampil dengan imej berbaju kurung.

Menurut Farah, persembahan tersebut juga memerlukan dia membawa perwatakan seperti dalam filem Pisau Cukur. "Lagu tersebut merupakan lagu tema kepada filem Pisau Cukur, jadi saya perlu bawa watak nakal sedikit. Apa pun saya sangat menjaga batasan agar tidak terlalu berlebihan.

"Saya hanya buat yang terbaik, malam itu saya bukan sahaja membawa lagu tersebut tetapi mewakili filem tersebut," katanya. - mstar

(Gambar) Kemalangan Maut Guru Tadika Di Jalan Felda Lui Selatan-Felda Tembangau

JEMPOL – Tindakan seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) menggunakan jalan pintas untuk ke tempat kerjanya mengundang padah apabila dia maut selepas kereta yang dinaiki bersama cucunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semalam.

Rahmah Md. Ali, 53, maut dalam kejadian pukul 7.30 pagi di Jalan Felda Lui Selatan-Felda Tembangau dekat sini manakala cucunya, Adriana Adila Ayu Teddi Nadianto, lima tahun, cedera di muka.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di tadika Kemas Sungai Lui selepas berpatah balik ke rumahnya di Felda Lui Selatan untuk mengambil beg tangan yang tertinggal. Jalan pintas itu dipercayai dapat mengurangkan masa yang perlu diambil kira-kira 20 minit ke tempat kerjanya.

Bagaimanapun permukaan jalannya tidak berapa elok dan bergaung. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kereta Proton Iswara mangsa telah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan. - kosmo

Anne Ngasri Slmt Bersalin Bayi Perempuan, Beri Nama Lps 7 Hari

PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 Oktober lalu di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Pelakon popular untuk drama bersiri Dunia Baru itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram itu secara normal.

Anne melahirkan anaknya 17 hari lebih awal yang sepatutnya pada 7 November depan. Dia bagaimanapun masih belum mempunyai nama untuk anak ketiganya itu.

“Saya belum mempunyai nama bayi ini lagi. Selepas tujuh hari baru saya akan memilih namanya. Alhamdulillah, saya dan anak berada dalam keadaan selamat. “Sekarang ini saya sedang berpantang di rumah sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Saya juga akan memberikan gambar bayi kepada pihak media selepas berpantang 44 hari nanti,” kata Anne kepada mStar Online.

Difahamkan, bekas suami Anne iaitu Abdul Wafi Hassan turut menemani Anne ke hospital dan mengiqamatkan bayi tersebut. Malah, emak Wafi juga turut hadir bersama-sama untuk melawat Anne di hospital. Anne sedang melalui tempoh edah setelah suaminya disahkan melafazkan cerai talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Jun lalu.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan. - mstar

Monday, October 25, 2010

Gelaran Datuk A.C Mizal Ditarik Balik?

PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Emylia diminta mengulas desas-desus kononnya darjah kebesaran terhadap A.C Mizal itu ditarik balik selepas nama pelakon tersebut tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, Ahad.

Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Kata Emylia isu penarikan itu timbul mungkin kerana nama suaminya tidak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan Ahad, tetapi dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar. - mstar

(Gambar) Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Nikah 20.01.2011

PETALING JAYA: Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila pasangan ini memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.

Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Pasangan ini dilaporkan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan. Ayu dan Zaquan telah menghadiri kursus perkahwinan pada awal Ramadan lalu.

Teka-teki tentang tarikh perkahwinan Ayu dan Zaquan mula tersebar sejak September lalu. - mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Sunday, October 24, 2010

Pengacara Nona TV3 Maya Karin Diganti

KUALA LUMPUR: Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan diambil setelah dijalankan kajian kumpulan fokus baru-baru ini.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan kami akan berbincang melalui kumpulan fokus terlebih dahulu. Jadi keputusan telah diambil untuk menggantikan Maya dengan seorang pengacara barui rancangan itu. "Lagi pula ketika kami mengambil Maya, dia mempunyai masa dan ruang. Tetapi kini komitmen dia semakin tinggi dan banyak tawaran lain," ujarnya pada sidang media Media Prima Screening 2011, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Farid memberitahu setiap penyampai diberi tempoh percubaan bagi mengendalikan sesebuah rancangan. "Bukan kita tidak melakukan kumpulan fokus terlebih dahulu sebelum mengambil Maya, tapi kami membuat percubaan," katanya.

Farid berkata, perbincangan masih dilakukan bagi menentukan calon yang sesuai sebagai penyampai Nona musim 2011. "Setakat ini ada beberapa nama yang tersenarai sebagai penyampai yang baru. Ia tidak semestinya seorang artis tetapi kami berfokus kepada wanita," ujarnya yang tidak menolak nama pelakon Vanida Imran yang turut tersenarai sebagai calon pengacara baru program tersebut. - mstar

(Gambar) Supermodel Adrina Lima Peraga Baju Dalam RM6.4juta

NEW YORK 22 Okt. - Kejelitaan Adriana Lima menjadi pujaan ramai lelaki dan supermodel itu menambah nilai pada dirinya apabila memperagakan pakaian dalam wanita bernilai AS$2 juta (RM6.4 juta).

 ADRIANA Lima memperagakan baju dalam bernilai RM6.4 juta di New York, kelmarin

Lima mengenakan gaun satin biru yang mendedahkan pakaian dalam bertatah berlian keluaran Victoria's Secret itu, yang diberi nama 'bra fantasi Bombshell' semalam. Dia berjaya menarik perhatian baik lelaki atau wanita ketika berdiri di atas karpet merah semasa pameran koleksi pakaian dalam terbaru di gedung Soho.

Direka dengan kerjasama tukang emas Itali, Damiani dengan bertatah lebih 3,000 butir berlian, pakaian dalam khas ini memerlukan enam tenaga pakar dengan tempoh masa 1,500 jam untuk disiapkan.

Malah Lima turut diiringi pasukan keselamatan ketika memperagakan pakaian dalam dengan berlian putih, manikam dan nilam seberat 142 karat tersebut. - utusan

Saturday, October 23, 2010

Farah Asyikin Mahu Ubah Imej Seksi

Penampilannya sebelum ini dilabel seksi hingga membuatkan dirinya serba salah dan akhirnya mengubah imej lebih sopan dengan berbaju kurung, berjubah mahupun baju labuh yang menutup bentuk tubuhnya.


Sejak awal tahun lalu, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, mengakui selesa dengan penampilan itu dan tidak patah semangat walaupun imej begitu lebih dulu dilabel dengan Ana Rafali.

Nyata bukan mudah laluan yang ditempuh janda muda ini untuk merealisasikan niat baiknya itu. Ada saja pihak yang memandang sinis penampilannya. Pernah berlaku dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang, dirinya tidak dibenarkan naik pentas dengan penampilan berbaju kurung kerana dikatakan tidak sesuai.

Ketika ditemui pada majlis anjuran Rafflesia The Pearl Centre sempena Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), baru-baru ini, Farah kelihatan tidak selesa dengan gaun merah jambu muda rekaan Rizman Ruzaini. Tangannya tidak lepas di dada seperti menutup sesuatu. Apabila ditanya perkara itu, Farah mengakui kurang selesa dengan pakaian itu kerana belahan pada dada agak luas. Katanya, pakaian itu memang cantik, tetapi dia kurang selesa kerana mendedahkan dada. Kalau silap gaya, boleh memalukan dirinya dan cuba menutupnya dengan tangan.

"Saya mahu memakai kerongsang dan meminta izin dengan perekanya, tetapi mereka keberatan kerana tidak mahu merosakkan rekaan baju ini. "Saya tidak selesa sepanjang majlis berlangsung apatah lagi ketika jurugambar merakamkan gambar saya. Sebenarnya, ini juga pakaian kedua saya selepas pilihan pertama, gaun hijau saya tolak kerana mendedahkan dada dan saya diberi pilihan ini. "Walaupun kurang selesa, saya tiada pilihan kerana tidak membawa baju sendiri kerana penganjur sediakan pakaian untuk digayakan sesuai dengan aksesori tajaan Rafflesia.

"Saya berharap tiada masalah untuk kemunculan saya di malam kemuncak FFM23 nanti (Ahad) apabila menyampaikan lagu ERT daripada filem Pisau Cukur," katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu Hello dan Kembali Di Sisimu berharap keputusannya untuk tampil lebih sopan dihormati kerana tidak mahu lagi dilanda kontroversi membabitkan pakaian sebagaimana sebelum ini. Pintanya, janganlah pandang sinis wanita berbaju kurung.

Dirinya pernah dikecam apabila berpakaian tidak sesuai ketika menjayakan satu program televisyen untuk hari raya. Penampilannya di pentas ketika menjayakan satu majlis anugerah juga mendapat kritikan kerana seksi sedangkan ketika itu Farah cuba menutup kakinya dengan memakai dua lapis 'legging'. Bagaimanapun, apabila dilihat di skrin televisyen, tetap seksi seolah-olah mendedahkan pahanya. - hmetro

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Nana AF1, X FM Dapat Anak Perempuan

PETALING JAYA: Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana,27, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.

Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.

Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah. "Saya gembira sangat. Siapa yang tak gembira bila mendapat seorang anak?" katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis. Bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu tidak dapat berbual panjang kerana perlu bertemu dengan doktor ketika dihubungi.

Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu. - mstar

Maizawati Hamil Anak Ke-7

PETALING JAYA: Model Maizawati Zainal mengesahkan sudah mengandung seperti mana dimaklumkan dalam laman sosial Facebook miliknya. Maizawati atau lebih mesra dengan panggilan Maiza, 35, dan pasangannya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak.

“Ya, lebih kurang begitulah nampaknya,” jawab Maiza ringkas menerusi mesej di Facebook ketika menjawab pertanyaan tentang khabaar gembira itu. Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan. - mstar

Friday, October 22, 2010

(Gambar) Ariel Peterpan Akan Dipindahkan Ke Penjara Bandung Utk Bicara

Fail siasatan video lucah Ariel dikhabarkan sudah lengkap dan Ariel akan dipindahkan ke penjara di Bandung serta dibicarakan di sana.

Ini berikutan tempat rakaman video lucah tersebut di rakamkan di Kota Bandung, maka perbicaraan juga harus dilakukan di Bandung. Menurut sumber, Ariel juga telah melantik peguam untuk membelanya sepanjang kes itu bersidang.

Sementara itu, kekasih Ariel yang juga terlibat dengan video lucah itu, Luna Maya, dikatakan sempat melawat Ariel di penjara setelah mengetahui Ariel akan dipindahkan ke Bandung.

Luna bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan bertemu Ariel hampir setengah jam. - sinarharian

Thursday, October 21, 2010

Raja Farah Kahwin Megat Bulan November 2010

PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah, 22, bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan depan (November) bersama kekasihnya, Megat Andika, 25.

Menurut Farah, dia dan Megat telah pun melangsungkan pertunangan mereka pada 9 Oktober lalu. "Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.

"Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan dia (Megat) merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran. "Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini. "Saya sendiri tidak sangka dengan perancangan ini. Kami baru bercinta pada 14 Februari lalu dan hubungan kami tidak sampai setahun pun. Tapi, mungkin dah sampai masanya untuk kami dijodohkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.

Tambah calon pelakon pembantu wanita terbaik bagi Festival Filem Malaysia yang ke-23 (FFM23) itu, dia kini mempersiapkan diri mempelajari tanggungjawab sebagai seorang isteri daripada ibunya.

Sementara itu, ketika menghubungi Megat, dia gembira kerana dirinya dan Farah sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri. "Saya pun tak sangka yang kami akan disatukan. Semua ini adalah jodoh. Saya harap segala perancangan kami berjalan dengan lancar," katanya. - mstar

(Gambar) Ikan Piranha Gergasi Ditangkap

Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'. Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.WADE berhati-hati ketika bergambar dengan ikan harimau gergasi yang ditangkapnya.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya. Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.

Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter. Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade. Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - hmetro

--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Wednesday, October 20, 2010

Nasha Aziz Tak Jadi Kahwin, Umrah

PETALING JAYA: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan. Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media. Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya. "Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman). "Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T. "Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya.

Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah. "Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan. "Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.

"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh. "Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa. "Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China. - mstar

(Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar

Cengkerang mutiara yang menghiasi kediaman ibu bapa pelakon jelita, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynas) menjadi tumpuan utama. Bukan sahaja kerana hiasannya yang cantik tetapi bayi kecil yang berada di dalamnya berjaya mencuri perhatian.

Diadakan sempena majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dres kecil labuh berwarna putih. Meriah dengan kedatangan sanak saudara serta sahabat handai, majlis tersebut sepatutnya berlangsung lebih awal.

Namun, disebabkan persediaan yang tidak dapat disiapkan, majlis itu hanya berlangsung pada Sabtu lalu. Kata Dynas: “Sebenarnya majlis ini dirancang pada saat-saat akhir. Jadi, banyak benda yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. Maka, ia ditunda sehingga minggu ini.”


Dilahirkan pada 24 April lalu, Fizy mengakui anaknya itu memiliki berat yang berlebihan berbanding bayi lain seusianya. Sudah menghampiri usia enam bulan, berat Khyra kini mencecah 6.9 kilogram. Menyukai perasaan menjadi seorang bapa, Fizy memberitahu dia sepatutnya menjadi ayah 10 tahun lalu.

“Kalau saya tahu menjadi ayah begitu menyeronokkan, 10 tahun lalu saya sudah mahu menjadi bapa. Selain belajar menukar lampin, saya juga kini kurang bekerja di luar Kuala Lumpur.  “Saya mahu memastikan saya berada di sisi Khyra sekurang-kurangnya sehingga dia berusia setahun. Lagipun, ibunya sudah mula bekerja sekarang. Jadi saya akan menemani Khyra semasa ibunya sedang bekerja,” kata Fizy.

Pernah keguguran pada tahun lalu, Dynas bagaimanapun menyatakan dia tidak akan memanjakan Khyra disebabkan pengalaman pahit itu. Bagi Dynas, dia seorang yang tegas dalam hal berkaitan kerja atau soal penjagaan keluarga. “Memang saya lebih berhati-hati kali ini tetapi bukannya dengan memanjakan dia. Ya, dia amat berharga bagi saya dan keluarga tetapi ini tidak bermaksud saya perlu manjakan dia. Saya akan memberikan sepenuh kasih sayang tetapi berpada-pada,” ungkap Dynas.

Sudah bersedia untuk melahirkan anak kedua, Dynas bagaimanapun ingin menunggu Khyra berusia setahun lebih sebelum memulakan perancangan. Mula bekerja selepas berpantang, Dynas sedang sibuk sebagai pengacara program Si Kecilku Chakk yang bersiaran pada setiap Selasa, pukul 11 pagi di TV3. Selain daripada itu, dia baru sahaja menghabiskan rakaman drama, Gia yang disiarkan di RTM. Turut terlibat dalam penggambaran siri Awan Dania musim baru, Dynas kini lebih selektif dalam memilih kerjanya.

“Dulu kalau saya bekerja, saya akan pulang sebelum pukul 12 tengah malam. Sekarang, selepas mempunyai anak, saya akan pulang sebelum pukul 10 malam. “Itu antara perjanjian dengan pihak produksi sebelum saya menerima mana-mana tawaran kerja. Saya juga tidak akan pergi ke luar negeri atau negara untuk penggambaran,” jelasnya lagi. - kosmo

-- (Gambar) Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Bersama
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
-- (Gambar) Majlis Hari Jadi Umie Aida Ke 38 Di Restoran Tony Romas Bukit Kiara KL 
-- (Gambar) Fasha Sandha Dan Jejai PUTUS CINTA, Bkn Krn Nora Danish 
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah

Tuesday, October 19, 2010

(Gambar) Remaja Maut Kereta Dirempuh Treler Di Km 252.6 Plaza Tol Senawang

Seorang remaja perempuan terbunuh manakala dua lagi rakannya cedera apabila kereta jenis Proton Saga yang dinaiki bersama dua lagi penumpang dirempuh sebuah treler di Kilometer 252.6, Lebuh Raya Utara-Selatan semalam. Kejadian pukul 6 pagi itu mengakibatkan Foo Hui Theng, 19, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan.

Anggota polis (foto) memeriksa mayat Hui Theng yang terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 252.6, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang di Seremban semalam.

Pemandu kereta itu, Liu Ah Gan, 55, pula cedera parah di kepala serta patah kedua-dua belah kaki. Isteri Liu, Tan Siew Neo, 49, serta anak lelaki mereka dan seorang lagi penumpang remaja perempuan hanya cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dipercayai rosak dan bergerak perlahan ketika berada di lorong ketiga lebuh raya dan ketika hendak memberhentikan kereta di lorong kecemasan, kereta mereka telah dirempuh sebuah treler dari belakang. - kosmo

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Gambar Kemalangan Maut Di Km 254 Lebuhraya PLUS Tol Senawang

Monday, October 18, 2010

(Gambar) Dinding Rumah Runtuh Dilanggar Viva Dipandu Budak 15tahun Di Jln Jelutong

GEORGETOWN: “Saya nampak kereta itu tiba-tiba melayang dari arah jalan bertentangan sebelum merempuh tiang pembahagi antara rumah saya dan jiran,” kata pemandu lori, Khoo Beng Aik, 58, yang terkejut selepas rumahnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Jelutong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang remaja berusia 15 tahun merempuh tiang rumah milik Khoo dan jirannya menyebabkan sebahagian dinding rumah mereka runtuh dan menghempap kereta dinaiki remaja berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana remaja berkenaan sempat keluar dari kereta sebelum dinding rumah runtuh dan keluarga Khoo serta jirannya juga terselamat dalam kejadian itu. Khoo berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen sebelum terkejut apabila kereta terbabit tiba-tiba merempuh dinding rumahnya menyebabkan gegaran kuat. Menurutnya, tidak lama kemudian, dinding tingkat atas rumah runtuh dan menghempap kereta berkenaan serta motosikal Khoo diletakkan di depan rumah berkenaan.

Kami bernasib baik kerana hanya dinding di bahagian depan runtuh dan pemandu kereta berkenaan yang masih di bawah umur juga terselamat, namun kami masih lagi trauma dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Menurutnya, remaja terbabit yang berpakaian seperti pelajar sekolah agama juga dalam keadaan terkejut sebaik keluar dari kereta. Dia dipercayai gagal mengawal kenderaan itu akibat keadaan jalan licin selepas hujan. Katanya, kereta berkenaan dipercayai dari Jelutong menghala ke pusat bandar raya dan selepas hilang kawalan, kereta berkenaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dinding rumahnya.

Sementara itu, jiran Khoo, seorang warga emas, Annie Lim, 72, berkata dia menyangka berlaku gempa bumi kerana gegarannya begitu kuat selepas kereta terbabit melanggar tiang rumah jiran sebelum keluar untuk meninjau. Menurutnya, dia melihat pemandu muda itu menunggu di tepi jalan berkenaan sebelum menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Nor Md Sirat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.09 petang dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian. - hmetro

Koleksi (Gambar) Majlis Perkahwinan Dato Sani Dan Fatimah Dalilah Di Masjid Kristal

Gambar majlis perkahwinan Dato Sani (Sani Ekspress) dan Fatimah Dalilah di Masjid Kristal, Terengganu pada 10.10.10 yg lalu. Pengantin menerima wang hantaran RM100,000 dan sebuah Mercedes berharga lebih kurang RM400,000.



Gambar kredit to joephoto.

Tahniah diucapkan utk mereka..

-- Klik utk:  -- Video, Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin 

--  (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah

Sunday, October 17, 2010

(Gambar) Kemalangan 3 Maut Di Kilometer 42.7 Jln Kuala Kangsar – Grik

LENGGONG: 16 Okt - “Saya sempat melihat seorang kanak-kanak meronta- ronta di atas riba neneknya di bahagian depan tempat duduk penumpang. Saya cuba mengangkatnya, namun gagal kerana kakinya tersepit,” kata Mohd Razli Ahmad, 56, saksi terawal nahas mengorbankan tiga sekeluarga dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42.7, Jalan Kuala Kangsar – Grik berdekatan Kampung Lahar, di sini, semalam.

Saturday, October 16, 2010

(Gambar) Kepala Bayi Ditimpa Siling Di Wad Bersalin Hospital

IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital. Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.

“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam. Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.

Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan. - kosmo

Friday, October 15, 2010

Ditangkap Khalwat, Pengacara "Bang Bang Boom" Sedia Terima Hukuman

PETALING JAYA: Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, bersedia menerima hukuman daripada Mahkamah Rendah Syariah Kajang berhubung kes khalwat melibatkan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu. Dia yang telah dipanggil untuk disoal siasat pada 4 Oktober lalu dan sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Saya mengaku saya berada di tempat kejadian dan ini merupakan satu kesilapan saya. “Kes tersebut dijangka akan dibicarakan pada tahun hadapan. Saya juga telah memberikan keterangan di mahkamah dan bersedia menerima apa sahaja hukuman dan denda yang dikenakan selepas ini,” katanya ketika sidang media program Bang Bang Boom! musim keenam di Sri Pentas TV3, di sini, Khamis. Ekoran daripada itu, Azahari turut memohon kepada penonton supaya sentiasa memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom! dan mengetepikan masalah yang di hadapinya itu. Malah dia juga mampu menghadapi kes tersebut dengan baik tanpa mempengaruhi karier seninya.

“Saya harap penonton dapat membezakan antara soal peribadi saya dan rancangan yang saya kendalikan, Bang Bang Boom!. Saya mahu penonton terus menonton dan memberikan sokongan kepada Bang Bang Boom!. “Saya akui pertama kali melalui saat seperti ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran serta lebih berhati-hati lagi selepas ini. Kes ini merupakan yang pertama dan pastinya yang terakhir dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit program tersebut, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim berkata pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari pada masa akan datang dan tiada tindakan yang diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya. “Saya akui apabila soal kerja, kita tidak akan campurkan hal peribadi dan fokuskan tentang kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan kami. Jadi, kami hormati setiap masalah yang berlaku melibatkan peribadinya,” jelasnya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu mengemas barang di rumah wanita itu yang mahu ke Kota Kinabalu, Sabah. - mstar

(Gambar ) 6 Maut Honda City Rempuh Pokok Dan Terbakar Di Kampar

KAMPAR: Enam orang, iaitu empat lelaki dan dua perempuan, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar di tepi jalan di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada jam 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18 (wanita), Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18. "Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar pada jam 4.50 pagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Honda City itu musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - hmetro

Thursday, October 14, 2010

Maher Zain Ingin Bulan Madu Di Langkawi

Biarpun sibuk dengan persiapan akhir menjelang showcase yang berlangsung dua hari lagi, namun penyanyi Maher Zain sempat meluangkan masa untuk melawat pejabat urusan Sinar Harian semalam. Penyanyi kelahiran Lubnan yang turut ditemani wakil daripada rumah perlindungan wanita Raudatul Sakinah, disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob dan kakitangan Sinar Harian. Maher Zain turut berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya sepanjang berada di Malaysia.

“Saya gembira dapat berkunjung ke Malaysia. Walaupun cuaca agak panas, tetapi saya suka dengan masyarakat di sini yang sangat peramah. “Saya tidak rasa janggal berada di sini. Jika boleh, saya mahu lebih lama lagi tinggal di Malaysia. Saya juga suka makanan di sini terutama sate,” katanya dalam sesi sidang akhbar yang di adakan. Menurutnya lagi, jika ada masa terluang, dia ingin sekali ke Pulau Langkawi kerana teruja dengan keindahan pulau itu serta membawa isterinya untuk berbulan madu di sana. “Saya rasa selamat tinggal di sini kerana Malaysia sebuah negara Islam yang aman. Saya senang dengan keadaan di sini,” katanya lagi yang berada di sini selama dua minggu.

Maher Zain yang popular dengan lagu InsyaAllah turut berbangga kerana album pertamanya Thank You Allah telah berjaya mendapat tempat di hati peminat di Malaysia.

Maher Zain yang akan menghiburkan peminatnya pada 14 dan 15 Oktober ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor bersempena dengan Showcase Save The Soul merupakan anjuran rumah perlindungan wanita Raudatul Sakinah adalah bagi mengutip dana untuk membantu rumah perlindungan tersebut. - sinarharian