ad ld

Pages

Tuesday, October 12, 2010

Aaron Aziz Dijangkiti Virus Kencing Tikus Leptospirosis

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis). Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini. "Sejak 30 September lalu, saya sibuk dengan penggambaran filem daripada produksi Akanga Films Asia yang memerlukan saya menjadi seorang lelaki yang memiliki semangat harimau.

"Kebanyakan babak memerlukan saya berguling serta merangkak di hutan sampai muka pun kotor-kotor. Saya perlu melalui cabaran itu selama seminggu pada setiap malam. "Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Aaron, ketika doktor memberitahu tentang penyakitnya itu, dia mula risau sekiranya keadaan kesihatan dia menjadi semakin serius. "Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk. "Bayangkan ketika penggambaran di Singapura, saya terloncat sana sini di dalam hutan walaupun hujan. Mungkin penyakit saya alami itu berpunca dari sana. Doktor menasihatkan saya untuk rehat selama beberapa hari dan saya diminta untuk mengurangkan apa-apa aktiviti di hutan kerana takut jika penyakit itu datang semula.

"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.

Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini. - mstar

3 comments:

Yuyu said...

kesian dia..tumpang simpati :(

Miracles Of Life said...

mujurlah dh sembuh.. :)

wan syamilah said...

alhamdulillah