ad ld

Pages

Tuesday, January 21, 2014

Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini. Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.


"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua. "Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," katanya.

Monday, January 13, 2014

Juara Pencetus Ummah Hafiz Tetap Berdakwah Di Surau Dan Masjid

Juara Mimbar Pencetus Ummah iaitu Muhammad Hafiz Mohd Haneefa berjanji akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid tanpa meletakkan harga yang tinggi biarpun sudah memenangi program realiti bercorak agama yang menjadi fenomena ketika ini.


Hafiz, 32, berkata, dia memasuki pertandingan tersebut atas dasar untuk mengembangkan dakwah dengan skop yang lebih luas dan bukan untuk mengejar populariti. "Saya akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid seperti dahulu, biasanya terpulang kepada pihak mereka untuk beri seberapa sahaja yang mereka mampu. "Tujuan saya memasuki program ini pun bukan untuk meletakkan harga tinggi atau mengejar populariti, sebaliknya ingin mencari saluran yang lebih besar bagi menyebarkan dakwah," katanya.

Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)

Personaliti radio Aleya mengakui tertarik dengan sikap sabar dalam diri Mohammed Azam Abdullah, 29, sehingga meyakinkannya mendirikan rumah tangga semula. Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Leya, 31, berkata, dia pernah menguji kesabaran lelaki tersebut dengan pelbagai cara dalam tempoh perkenalan mereka.


"Saya mengenali dia (Mohammed Azam) tiga tahun lalu ketika kami sama-sama terlibat dalam teater Terima Kasih Cinta. "Sepanjang hubungan itu saya nampak dia seorang yang sangat penyabar, sebelum ini saya sering mengusik dan menguji kesabarannya, namun dia melepasi semua ujian tersebut," katanya.

Wednesday, January 8, 2014

Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)

Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Jalan Mahameru Sesak Teruk Tanah Runtuh (Gambar)

Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan ekoran tanah runtuh di Jalan Mahameru, Selasa. Kejadian berlaku di kawasan berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghala ke Parlimen termasuk jalan Istana lama.


Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul, Haji Othman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang Selasa. Satu lorong jalan tertimbus tetapi tiada pengguna yang cedera. "Seramai 13 anggota kami sedang berusaha untuk membersihkan laluan di kawasan itu dan ia memakan sedikit masa," katanya. mstar

--  Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang 
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)

Tuesday, January 7, 2014

Pertunangan Wan Zack Haikal Dan Syahifah (Gambar)

Wan Zack Haikal pemain bolasepak kebangsaan yang kini bermain untuk kelab Jepun telah melangsungkan pertunangan dengan Syahifah gadis Terengganu. Sebelum ini Wan Zack dikaitkan hubungan cinta dengan Zzati tapi telah putus.


Tahniah buat Wan Zack Haikal dan Syahifah. Semoga kerjaya Wan Zack terus berkembang dan semakin mantap dengan adanya sokongan daripada tunang tersayang kan.

--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah

Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun. Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar. “Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya. Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin. sinarharian

--  Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
--  (Gambar) Pelajar Perubatan USM Risau 'Dibogelkan' Dlm Facebook
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar) 
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

MB Kedah Jawab Isu Mercedes Benz KBV8 Dan KCX8 (Gambar)

Kereta Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV 8  yang menjadi kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, kini menjadi bualan ramai, gara-gara dakwaan beberapa laman sosial dan blog pro pembangkang bahawa kereta itu bertukar ‘wajah’ namun menggunakan nombor plat sama.


Berdasarkan dakwaan itu, kerajaan negeri dikatakan membeli Mercedes Benz S300 sekitar penghujung tahun lalu, namun menggunakan plat lama, KBV 8 pada kereta baharu berikutan nombor plat itu didaftarkan bawah kerajaan negeri sebagai kereta rasmi Menteri Besar Kedah.

60 Kedai Di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Terbakar

Dianggarkan lebih 60 kedai Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, musnah dalam kebakaran jam 11.25 malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Abd Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.30 dan anggota dari enam balai bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya,api berjaya dikawal dalam masa 20 minit dan pihaknya berjaya menyelamatkan dua deretan kedai daripada hangus. "Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. sinarharian

--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar) 
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Sunday, January 5, 2014

Budak 3 Tahun Mati Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta (Gambar)

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, Kuantan semalam. Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.


Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.

Saturday, January 4, 2014

Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam. Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak.


Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya. Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya. Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan. bh.

--  Bekas Sultanah Johor Fail Permohonan Ketepi Cerai Bekas Sultan (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Kekasih Abadi Lisa Dan Yusry, Tiada Istilah Ambil Kesempatan (Gambar)

Lisa Surihani menepis tanggapan, lagu duetnya bersama Yusry Abdul Halim berjudul Kekasih Abadi dihasilkan atas dasar mahu menumpang popularitinya sebagai pelakon popular. Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 28, berkata, tiada istilah mengambil kesempatan oleh keluarga sendiri kerana ia dihasilkan atas permintaan Yusry yang ingin mengabadikan lagu tersebut sebagai memori buat mereka berdua.


"Saya rasa perkara ini (ambil kesempatan) perlu ditanya sendiri kepada pihak KRU. Tetapi saya percaya, sesebuah keluarga tidak mungkin akan mengambil kesempatan terhadap keluarganya sendiri. "Saya menyanyi kerana Yusry. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah apabila menyanyi lagu tersebut bersama-sama.

Thursday, January 2, 2014

Najwa Latif Nafi Burukkan Peserta Himpunan Turun (Gambar)

Itu tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam. Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.


Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Bekas Sultanah Johor Fail Permohonan Ketepi Cerai Bekas Sultan (Gambar)

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad pada Rabu memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah di sini bagi mengenapikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.

http://cintapertamakami.blogspot.com/

Menerusi afidavid permohonannya itu, Tuanku Zanariah berkata keputusan mahkamah bahawa beliau diceraikan pada 23 Januari 2009 adalah tidak sah. Tuanku Zanariah selaku pemohon memfailkan afidavidnya melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi di sini. Beliau diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Wednesday, January 1, 2014

Guan Eng Guna Mercedes-Benz S300L Baru Sebagai Kenderaan Rasmi (Gambar)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Lim hanya menggunakan satu kenderaan.


Ketua Menteri itu mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli pada harga RM298,263.75 pada Isnin. Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218. “Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.