Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin 
akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih 
berusia 27 tahun. Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman 
sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama 
kekasihnya semasa musim cuti sekolah.
Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya
 itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar. “Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia 
tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.
“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila
 telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 
kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya. Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis 
Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam 
kelmarin. sinarharian
--  Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
--  (Gambar) Pelajar Perubatan USM Risau 'Dibogelkan' Dlm Facebook
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar) 
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)  
No comments:
Post a Comment