Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma 
Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang 
ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini. Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang 
ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu 
turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi 
pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara 
macam itu di hadapan mereka semua. "Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," katanya.
Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad
 lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas 
kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi 
mereka. Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi pada 
pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut 
kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke 
Malaysia.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada 
mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia 
hanya spekulasi. Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar 
tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
"Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka. "Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak 
kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar," ujarnya. mstar

No comments:
Post a Comment