ad ld

Pages

Saturday, December 29, 2012

Tanah Runtuh Di Puncak Setiawangsa (Gambar)

Penduduk kawasan Puncak Setiawangsa gempar apabila sebahagian daripada tebing konkrit setinggi 43 meter di situ runtuh mengakibatkan Jalan Bukit Setiawangsa yang merupakan jalan hubungan utama ditutup kepada kenderaan malam tadi.


Kawasan yang terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan 15 hingga 20 buah rumah banglo di atas kawasan bukit Jalan Puncak Setiawangsa 2 di sini dengan tiga daripadanya berada pada tahap zon kritikal.

Sunday, December 23, 2012

Pernikahan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan Di Homestay Citra

Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi isteri kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang diadakan di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut semalam. Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.


Mohd. Sumali, 40, yang telah menduda sejak tiga tahun lalu sebelum ini sah bergelar suami kepada Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 26, dengan sekali lafaz sahaja. Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.