Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi isteri kepada Setiausaha
Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang diadakan
di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut semalam. Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas,
pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul
Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.
Mohd. Sumali, 40, yang telah menduda sejak tiga tahun lalu sebelum
ini sah bergelar suami kepada Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri,
26, dengan sekali lafaz sahaja. Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang
daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang
hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.
“Syukur Alhamdulillah kerana penantian saya selama tiga tahun
berakhir apabila saya ditemukan dengan lelaki yang terbaik iaitu Sumali
yang sudah sah menjadi suami saya," kata Anne.
Sebelum ini, selain
pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura,
Aliff Aziz, pelakon berkenaan juga pernah mendirikan rumah tangga dengan
Abdul Wafi Hassan pada 2006, namun kedua-duanya bercerai empat tahun
kemudian.
Sepanjang berkahwin mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhara Afroza, 1. kosmo
-- Kes India Tetak Melayu Di Sg Petani Terkini
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)
No comments:
Post a Comment