Penduduk kawasan Puncak Setiawangsa gempar apabila sebahagian
daripada tebing konkrit setinggi 43 meter di situ runtuh mengakibatkan
Jalan Bukit Setiawangsa yang merupakan jalan hubungan utama ditutup
kepada kenderaan malam tadi.
Kawasan yang terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu
melibatkan 15 hingga 20 buah rumah banglo di atas kawasan bukit Jalan
Puncak Setiawangsa 2 di sini dengan tiga daripadanya berada pada tahap
zon kritikal.
Difahamkan, antara rumah yang terjejas milik bekas Duta Besar
Malaysia ke Amerika Syarikat yang juga ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri
Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan
Rafique dan seorang warga asing dikenali sebagai Maulana.
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah
Jamaluddin berkata, penduduk di kawasan yang terjejas telah diarahkan
berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. “Keadaan sekarang sangat bahaya kerana masih berlaku pergerakan
tanah. Apa yang kita bimbang ialah lebih banyak rumah lain akan turut
terjejas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi. kosmo
-- Terkini Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim: 8 Mayat Dikeluarkan, 9 Ditemui Cedera, 7 Lg Tertimbus
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)
-- Perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey Di Pasir Pekan (Gambar)
No comments:
Post a Comment