ad ld

Pages

Tuesday, October 30, 2012

Fida Ibrahim Mengaku Berkawan Rapat Dgn Zalif Sidek

Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat (Sepah) dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.


Fida, 26, berkata, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, sejak dua bulan lalu kerana kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.

Sunday, October 21, 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012, Juara Treble

Kelantan melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini. Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.


Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48. Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.

Saturday, October 20, 2012

Rozita Che Wan Ada Gambar Bogel?

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet adalah dirinya.


Gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya. Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.

Friday, October 19, 2012

Sumptuous Erotica Gambar Bogel Adalah Seni Kata Vivian Lee

Vivian Lee, wanita yang memuat naik gambar bogel dan erotik dirinya dan teman lelakinya di blog mereka mengaku tidak menyesal mendedahkan kehidupan seksual mereka secara terbuka. "Saya tidak melihat apa yang salah apabila meletakkan gambar-gambar bogel dan video hubungan seksual kami di internet. Ia bertujuan untuk dunia melihat betapa kami mencintai antara satu sama lain. Saya tidak faham mengapa orang perlu kecoh tentang perkara ini. Ia adalah urusan peribadi kami, "katanya.


Lee, 23, dan teman lelakinya, Alvin Tan JYE Yee, 24, mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura. "Bagi kami gambar-gambar di blog ini adalah karya seni. Kami adalah orang-orang yang berfikiran terbuka dan kita hanya mahu berkongsi dengan dunia. Kami mahu mereka melihatnya," katanya.

Thursday, October 18, 2012

Bayi Mati Didera Kekasih Ibu, Nur Irisyafida Balkis

Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.


Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu.

Tuesday, October 16, 2012

Felix Baumgartner Lebih Laju Dari Bunyi

Pelagak ngeri Austria, Felix Baumgartner menjadi manusia pertama bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi di luar sebuah kapsul kelmarin. Dia terjun dari kapsul tersebut yang berada setinggi 39 kilometer (km) dari Bumi.


Kapsul tersebut bergerak ke udara dengan menggunakan belon helium. Ia mengambil masa lebih dua jam untuk tiba pada ketinggian 39km dari Bumi. Kelajuannya mencecah 1,342 kilometer sejam (km/j). Lelaki itu 265km/j lebih pantas daripada bunyi.

Thursday, October 11, 2012

Ada Pelabur Genneva Malaysia Cuba Bunuh Diri

Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).


Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan. kosmo

- Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Lagi Slps Genneva
- Masterchef Malaysia 2 Telson Tersingkir 10.10.12