ad ld

Pages

Sunday, December 28, 2014

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 93407 Orang (Gambar)

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.


Jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan. Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat). mstar

-- Pesawat AirAsia QZ 8501 Surabaya Ke Singapura Hilang
-- Letupan Di Gurun Berpunca Peluru Roket Anti Kereta Kebal 44 Rumah Rosak (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

Saturday, December 20, 2014

Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)

Bekas suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula dan bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.


Mohd Fadhly, 33, berkata, dia berharap Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak mereka yang sedang membesar.

Farah Asyikin Fail Cerai Zaahier Stanley (Gambar)

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga yang dibina Farah Asyikin sejak 2 tahun lalu bergolak selepas pasangan ini dilaporkan bakal bercerai.
Nama Farah Asyikin dan pasangannya, Zaahier Stanley dipapar di papan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Pun begitu, Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula. Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Thursday, December 18, 2014

Sari Yanti Cerai Tebus Talak RM10 Ribu (Gambar)

Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon Sari Yanti dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.


Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz pelakon itu.

Wednesday, November 19, 2014

Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)

Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.


Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sunday, November 9, 2014

Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)

Dengan dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein akhirnya bergelar isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta, 38, dalam satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah.


Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari. Ia turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Taman Putra Perdana, Ustaz Ahmad Baie Jaafar.

Saturday, November 8, 2014

Matahari Terbit Lagi Drama Terbaik ASK 2014 (Gambar)

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis. 

Sunday, November 2, 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014 Tewaskan JDT Melalui Penalti (Gambar)

Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.


Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.

Thursday, October 30, 2014

Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bercuti Di Eropah (Gambar)

Melalui akaun Instagram milik pasangan sama cantik sama padan ini, dilihat kedua-duanya berkongsi gambar saat-saat romantik mereka di sekitar bandaraya Eropah.


Ini adalah untuk penggambaran satu program televisyen terbitan Astro yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Beberapa foto menarik yang diambil daripada Instagram rasmi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk tatapan. mediahiburan

-- Bienda Bersalin Awal Anak Kedua Selepas Demam Panas (Gambar)
-- Pernikahan TMJ Dan Khaleeda Bustaman Di Istana Bukit Serene Jumaat Ini
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, October 28, 2014

Pernikahan Raffi Ahmad Dan Nagita Slavina Di Hotel The Ritz Charlton (Gambar)

Foto-foto sekitar majlis pernikahan pasangan pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina yang selamat diijabkabulkan, hujung minggu lalu.


Majlis yang berlangsung di Pacific Place Ballroom, Hotel The Ritz carlton, Jakarta ini mendapat hak penyiaran eksklusif Trans TV selama tiga hari berturut-turut. Tahniah Raffi dan Nagita.

--  Pernikahan TMJ Dan Khaleeda Bustaman Di Istana Bukit Serene Jumaat Ini
--  Kate Middleton Mengandung Anak Kembar
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
--  Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis 

Tuesday, October 21, 2014

Adel Tersingkir Akademi Fantasia 2014 Di Konsert Ketujuh (Gambar)

Konsert ketujuh Akademi Fantasia 2014 malam tadi menyaksikan Adel menjadi pelajar kelima yang tersingkir.


Namun, penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini menjadi kejutan ramai tatkala pelajar ini sering menunjukkan peningkatan dalam setiap kali persembahannya.

Dato Siti Nurhaliza Cipta Rekod Di Anugerah Planet Muzik 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 yang berlangsung di Singapura pada Jumaat lalu menyaksikan beberapa artis negara telah berjaya menggondol beberapa anugerah utama.


Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod baru di dalam karier pelantun lagu 'Jaga Dia Untukku' ini.

Kemalangan Terowong Menora 6 Kereta Dan Lori Saya Minta Maaf Mak (Gambar)

Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora.


Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Thursday, October 16, 2014

Toyota Panggil Balik 1.75juta Kenderaan Termasuk Lexus Dan Crown Majesta Seluruh Dunia (Gambar)

Pembuat kereta terbesar dunia, Toyota pada Rabu mengeluarkan notis global memanggil balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh dunia berhubung komplikasi brek dan beberapa isu termasuk risiko kebakaran.


Ini termasuklah jenama mewahnya, Lexus dan Crown Majesta. Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012 untuk edaran di Jepun dan China.

Monday, October 13, 2014

Letupan Bom Di Bukit Bintang Ah Hai Suspek Utama Diburu Polis

Polis sedang memburu 'Ah Hai' yang merupakan suspek utama dalam siasatan terhadap insiden letupan bom tangan di Kompleks Sun di Bukit Bintang pada Khamis lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, 'Ah Hai' didakwa terlibat dalam satu kes di Sentul pada Ogos lalu, dengan mengacukan pistol ke arah seorang anggota polis.

Saturday, October 11, 2014

Selangor Dan Kelantan Tersingkir Suku Akhir Piala Malaysia 2014, Kedah Dan Felda Ke Separuh Akhir

Wakil pasukan kelab Felda United FC (FUFC) dan Kedah menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2014 hasil keputusan agregat selepas berakhirnya saingan suku akhir kedua malam Jumaat.


Keputusan 3-3 yang dicatat FUFC ketika berdepan juara 32 kali Selangor pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang malam JUmaat menyaksikan mereka layak dengan kemenangan agregat 7-3.

Thursday, October 2, 2014

Cermin Gelap Peraturan Baru Mulai 1 Nov 2014 (Gambar)

Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.


Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.

Bomoh Didakwa Buat Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau Dan Cabul Gadis

Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.

Wednesday, October 1, 2014

Gambar Separuh Bogel Polis Wanita Buat Laporan

Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Friday, September 26, 2014

Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia (Gambar)

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, pukul 9.35 malam Khamis.


Anak Allahyarham, Dr Anwardi Jamil berkata, bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Katanya, Allahyarham dirawat kira-kira sebulan di sebuah hospital di sini akibat penyakit berkenaan.

Real Madrid 8-2 Deportivo La Coruna Ronaldo Hatrik Ke 27 (Gambar)

Cristiano Ronaldo berjaya menghasilkan hatrik ke-27 sepanjang kariernya ketika membantu Real Madrid membenam Deportivo La Coruna 8-2 dalam aksi La Liga. Selain Ronaldo yang kini disebut akan berhijrah ke Manchester United, Gareth Bale dan James Rodriguez turut menjaringkan gol.


Bale berjaya menghasil dua jaringan manakala bintang Colombia iaitu Rodriguez satu gol. Tidak terlepas untuk membuktikan ketajaman penyudahnya ialah bekas penyerang United, Javier Hernandez.

Penyerang Mexico itu menghasil dua gol pada minit terakhir bagi memastikan Real Madrid menamatkan perlawanan dengan keputusan cemerlang.Jumlah lapan gol itu merupakan jaringan terbanyak berjaya dihasilkan Real di tempat lawan dalam saingan La Liga. mstar

-- Wanita Bersalin Di KLIA Sebaik Pesawat Mendarat (Gambar)
-- Pelajar UiTM Fatin Farradia Maut Dirempuh Kereta Pensyarah Dalam Kampus Di Shah Alam (Gambar)
-- Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis

Monday, September 22, 2014

Wanita Bersalin Di KLIA Sebaik Pesawat Mendarat (Gambar)

Pegawai Imigresen sentiasa berhadapan dengan semua jenis ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi tiada seorang pun menjangka akan menerima bayi yang baharu lahir selepas seorang wanita warga Turki bersalin sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat.
Pegawai Imigresen, Nur Marlina Daraman, 35, sedang bertugas di pintu ketibaan di aras tiga lapangan terbang itu pada Jumaat apabila seorang wanita mengandung meluru masuk ke pejabatnya pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Tuesday, September 9, 2014

Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)

Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.


Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai. "Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Wednesday, August 20, 2014

Keputusan Terkini Piala Malaysia 2014 Kelantan 3 P Pinang 1, Pahang 2 Lions 1 (Gambar)

Naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C setelah membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru. Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10 selepas menerima hantaran kapten pasukan Mohd Badri Radzi.


Francis Forkey Doe meledakkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 selepas Ahmad Fakri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Fakhrul Radzi Yaacob.

Wednesday, August 13, 2014

Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor kini bergelar isteri. Jac memperkenalkan suaminya, Shawn Rivera, yang juga merupakan vokalis kumpulan R&B terkenal Amerika Syarikat, Az Yet.


Pasangan itu berkahwin di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat, pada 19 Julai lalu. Juara pertama Malaysian Idol itu menjelaskan, keputusan untuk merahsiakan perkahwinan itu datang daripada dirinya sendiri, kerana lebih gemar majlis perkahwinan yang tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga.

Jac, 36, dan Shawn, 43,  berkenalan ketika sama-sama terbabit merakamkan lagu runut bunyi filem Ribbit berjudul Magical Moments, awal tahun lalu. mlp

--  Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)
--  Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)
--  Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)

Friday, July 18, 2014

Kiki CDM25 Pengunci Stering Ditahan Polis (Gambar)

Polis menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin bagi membantu siasatan jenayah dan kerosakan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan.


Beliau tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai Kiki Kamaruddin akan ditahan. "Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu," katanya. Abdul Aziz berkata Siti Fairrah telah membuang pengunci stereng yang digunakan semasa kejadian di suatu tempat di Kuantan.

Siasatan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah setiap seksyen. Dalam kejadian itu,tindakan seorang wanita yang berang dan mengetuk kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng telah dirakam selepas lelaki tersebut secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot barunya. mstar

-- Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine 295 Penumpang Dan Kru Maut
-- Kiki CDM25 Peugeot 208 Kerja Kahwin Mohon Maaf
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

Monday, June 23, 2014

Keputusan Piala Dunia Portugal vs USA, Rusia vs Belgium dan Korea vs Algeria (Gambar)

Keputusan penuh perlawanan Piala Dunia 2014 Isnin Portugal vs Amerika Syarikat 2-2.


Belgium vs Rusia 1-0 dan Korea vs Algeria 2-4.

Friday, June 20, 2014

Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)

Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.


Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. "Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.

Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun

Colombia mengukuhkan kedudukan teratas bagi Kumpulan C selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast pada aksi Piala Dunia, Jumaat. Pada aksi pertama sebelum ini, pasukan kendalian Josa Pekerman ini turut menewaskan Greece 3-0.


Dengan kedudukan selesa ini, Colombia mencatat sejarah tersendiri apabila layak beraksi pada pusingan kedua buat kali pertama sejak tahun 1994. Colombia tidak beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum ini (2002,2006,2010) kerana gagal melepasi pusingan kelayakan.

Maria Farida Dan Bikini Jadi Isu Di Instagram (Gambar)

Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.


Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

Thursday, June 12, 2014

Arip Juara Kilauan Emas 4 Raih RM100Ribu Dan Toyota Camry

Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.


Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik. Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Wednesday, May 28, 2014

Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)

Akibat terkejut dengan 'prank' yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di belakang kepalanya.


Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu 'prank' berkenaan dirancang bagi sebuah program 'game show'.

Thursday, May 22, 2014

Suami Nafi Ceraikan Izreen Azminda

Suami kepada pelakon Izreen Azminda, 29, iaitu Muhamad Riza Baharuddin, terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.


Muhamad Riza, 31, yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

Wednesday, May 21, 2014

Izreen Azminda Dicerai Suami Di Set Penggambaran

Izreen Azminda mengesahkan hubungannya dengan Muhammad Riza sudah berakhir. Riza dilaporkan telah menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.


Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaru membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain. Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki Andrian Umar yang kini berusia 10 bulan. sinarharian.

--  Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir 3 Lelaki Di Bandung
--  Wanita Sembahyang Di Lebuhraya Dekat Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)

Tuesday, May 13, 2014

Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?

Persembahan mantap dan bertenaga oleh Brian McKnight, penyanyi dan komposer terkenal dari Amerika Syarikat, bergema di segenap Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada malam Jumaat lalu.


Brian yang popular dengan lagu Back At One itu telah diterbangkan oleh JAG Live Concert setelah kali terakhir dia berada di Malaysia adalah pada tahun 2000.Ternyata, walaupun kehadiran penonton tidak dapat dibandingkan dengan konsert artis antarabangsa lain, namun 'More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight dipenuhi dengan kehadiran para selebriti terkenal tempatan.

Monday, May 12, 2014

Datuk Ahmad Said Letak Jawatan Menteri Besar Terengganu Diganti Ahmad Razif (Gambar)

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini. Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.


Majlis angkat sumpah berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah. Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu. BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu. mstar

--  Datuk Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Adun Seberang Takir Ganti Ahmad Said (Gambar)
--  Krisis MAS Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan 
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, May 6, 2014

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Sakit Jantung

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.


“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.

Tuesday, April 29, 2014

Pontianak Jalan Sungai Ular Muncul Tengah Malam?

Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul. Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.


Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam. Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Bekas Pemandu Anak Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Ditahan Kes Curi Di Rumahnya

Polis menahan bekas pemandu anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi Ahad.

gambar hiasan
Katanya, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke rumah bekas majikannya, Nurul Hidayah menggunakan kunci rumah yang diberikan ketika masih berkhidmat. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lalus, lelaki itu dipercayai melarikan dua jam tangan serta wang tunai RM1,000. mstar

-- Instagram Antara Punca Fiza Dan Adam AF2 Bercerai
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

Adam AF2 Dan Fiza Elite Bercerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah

Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri. Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri  Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. "Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.