Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.
“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2
pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter
miliknya itu. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami
sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri
selepas itu.
Jelas Abu Ubaidah lagi, dia berada di hospital berkenaan ketika
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dan redha dengan pemergian
datuk kesayangannya itu. "Sebelum ini keadaannya stabil kerana doktor mengatakan ia hanya
serangan jantung biasa namun Allah lebih menyayanginya dan kami
sekeluarga redh dengan pemergiannya, katanya.
Dalam pada itu, Abu Ubaidah berkata, jenazah telah dibawa pulang ke
kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussien Onn dekat sini sebelum urusan
memandikan jenazah dilakukan pada pukul 11 pagi. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Cheras.
Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat
perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan
stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU). Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan
seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok. Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara yang
dianggotai oleh P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim
Masdor pada awal tahun 1950an.
Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993). Pada tahun 2007, Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN)
sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal
Abidin yang membawa gelaran Datuk.
Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera
Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan
selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada
tahun 1950-an. Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya
sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri
ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak. Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di
Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100. mstar
-- Ayu Raudhah Bersalin Anak Kedua 2.73Kg (Gambar)
-- 5 Reaksi Obama Makan Budu (Gambar)
-- Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment