Akibat terkejut dengan 'prank' yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan
pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia
mengalami kecederaan di belakang kepalanya.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon
yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu 'prank' berkenaan
dirancang bagi sebuah program 'game show'.
"Ketika itu waktu maghrib dan saya baru pulang dari tempat kerja menuju
ke kereta. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelibat seperti hantu
keluar dari bonet kereta. "Saya terkejut dan terus berlari tapi nasib tak baik kerana terlanggar
kereta lalu terjatuh terlentang.
Saya bukannya takut hantu, tapi saya
terkejut sebab kejadian itu berlaku di kawasan sunyi mana tahu
kalau-kalau itu adalah orang gila. "Selepas jatuh saya rasa 'blur' sekejap dan dapati kepala saya berdarah
tapi tak serius," katanya semalam. Katanya lagi, selepas kejadian itu berlaku dia terus mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan KPJ Tawakkal.
"Walaupun berdarah, tapi doktor tak jahit luka itu. Dia cuma balut dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri. "Saya pun dah jalani pemeriksaan X-ray, dan doktor beritahu setakat ini
tiada apa-apa yang serius. Cuma kalau keadaan masih tidak berubah
(masih terus berdarah), doktor suruh saya datang semula ke hospital,"
katanya yang telah diberikan cuti rehat selama lima hari.
Kejadian ini adalah pertama kali berlaku kepada dirinya dan Shahira
berkata, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap
produksi tersebut. Bagaimanapun atas nasihat suaminya, Ijoy, dia tidak akan menyertai program seumpama itu. sinarharian
-- Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung
-- Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Saiz Payudara Tasha Shila Bualan Hangat Di Laman Sosial (Gambar)
No comments:
Post a Comment