ad ld

Pages

Thursday, November 28, 2013

Yasmin Hani Dan Shaarin Blackrose Bersama Bayi Noah Ismail Wong (Gambar)

Yasmin Hani bersalin bayi lelaki pada 12 November lalu melalui pembedahan. Selepas hampir 2 minggu baru lah Yasmin Hani dan Shaarin Blackrose sudi berkongsi gambar wajah dan nama bayi comel mereka itu di Instagram.


Noah Ismail Wong nama anak Yasmin Hani itu. Semoga kehidupan mereka lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Noah itu. Tahniah buat Yasmin Hani dan Shaarin.

--  Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
--  Paul Walker Pelakon Fast And Furious Mati Kemalangan Porshe Carrera GT Meletup (Gambar)
--  Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol

Lelaki Tetak Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Tergantung Di Kuarters (Gambar)

Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya. Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.


Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap. Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu. Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.

Sunday, November 10, 2013

Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)

Ketua Pegawai Eksekutif CEO TV Al Hijrah Datuk Bukhari Che Muda meninggal dunia akibat penyakit barah pada jam 6.08 pagi Ahad. Allahyarham berusia 57 tahun.


Beliau yang berasal dari Pasir Puteh Kelantan meninggalkan seorang isteri Datin Suriyati Daud dan tiga anak perempuan berusia 17, 16 dan 14 tahun serta seorang anak lelaki berumur 12 tahun. Jenazahnya akan dibawa ke kediamannya di No 6, Jalan Hablur Satu, Seksyen 7 Shah Alam. mstar

-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Mohd Raffli Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Tiga Das Depan Rumah (Gambar)

Wednesday, November 6, 2013

Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)

Rozita Che Wan bercuti di Paris pula selepas berada di London. Sakan Che Ta ronda ronda best tu. Gambar pun semestinya cantik2 dan dapat dikongsi bersama para peminat kan.


Ayu Raudhah pun ada join sekali tu, happy kan dapat jalan jalan dengan family camtu.

-- Pengasuh Pukul Kanak-Kanak Di Taska (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Marion Caunter Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)

Monday, November 4, 2013

Keputusan PRK Dun Sg Limau Kekal Milik PAS Mohd Azam (Gambar )

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi. Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi. Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.


Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin. Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Friday, November 1, 2013

Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)

Tahniah buat Cheryl Samad telah selamat bersalin anak perempuan 18 Oktober lalu. Cheryl berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar bayinya Stella melalui Instagram. Perkahwinan Cheryl Samad dan Ng Ping Ho pada 2011 pastinya bertambah ceria dengan kehadiran ahli keluarga baru itu kan.


Tahniah buat mereka.

-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)