ad ld

Pages

Monday, November 4, 2013

Keputusan PRK Dun Sg Limau Kekal Milik PAS Mohd Azam (Gambar )

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi. Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi. Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.


Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin. Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi. Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu. Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi. mstar

-- Pengasuh Pukul Kanak Kanak Di Taska (Video)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)

No comments: