ad ld

Pages

Monday, November 30, 2015

Siti Nordiana Bangkit Di Gegar Vaganza 2 (Gambar)

Jatuh naik sesebuah karier sudah menjadi asam garam buat mereka yang bergelar anak seni. Biarpun populariti berjaya diraih namun itu bukanlah satu jaminan buat mereka mempertahankan karier dalam industri hiburan ini.

Merasai perkara yang sama, penyanyi Siti Nurdiana, bagaimanapun masih percaya selain rezeki, kerja keras adalah kayu pengukur sesebuah kejayaan. Pernah menjadi perhatian sewaktu awal kemunculan dahulu, namun ia tidak bertahan lama malah selepas beberapa ketika kariernya seakan sepi. Demi minat dalam bidang nyanyian, penyanyi yang mesra di sapa Nana ini tidak pernah mengambil jalan mudah untuk berputus asa malah yakin pasti ada ruang untuknya kembali bersinar.

Keyakinannya terbukti apabila, pentas program realiti, Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi platform buatnya kembali diingati. Mungkin sebelum ini ramai yang hanya lihat saya menyanyi lagu-lagu seperti Paling Comel, Bola Bola Api. Sebenarnya saya boleh menyanyi lagu lain dan pentas GV2 ini telah beri ruang yang besar kepada saya. Sebelum ini saya akui tidak berpeluang untuk buktikan bakat saya dan bila berpeluang sertai GV2, saya memang mahu manfaatkan dengan baik supaya orang lihat kebolehan saya,” katanya.

Tidak hanya bercakap kosong, Nana telah buktikan kemampuannya dalam setiap persembahan konsert mingguan. Lebih membanggakan, selain mendapat pujian daripada para juri, persembahan Nana juga menjadi viral dalam sosial media kini. Alhamdulillah, ini adalah penangan Madah Berhelah yang saya persembahkan pada minggu kedua. Memang di luar jangkaan dan saya memang tidak pernah sangka respons orang seperti itu. Saya terkejut dan sangat bersyukur kerana masih ada yang menyokong saya,” ujarnya. mediahiburan

-- Yus Jambu Meninggal Dunia Sakit Jantung Di Usia 39 Tahun (Gambar)
-- Arwah Faizal Pesan Kpd Anak Jgn Nakal, Jaga Mak - Siti Nordiana
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar) 

No comments: