ad ld

Pages

Sunday, February 15, 2015

Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.


Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Wednesday, February 11, 2015

Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)

Hisyam Hamid telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan isterinya, Mel tampil berhijab. Menerusi komen-komen yang diberikan oleh peminat di akaun Instagram miliknya rata-rata memuji penampilan isterinya itu.


Isteri Hisyam mengesahkan tentang imej barunya itu. "Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.