ad ld

Pages

Wednesday, December 13, 2017

Harga Minyak Terkini Ron95 Dan Ron97

Harga minyak terkini mulai 12.01am 14 Disember 2017 mengikut makluman KPNKK adalah seperti berikut:

Ron95 turun 4sen. Ron97 turun 5sen dan Diesel turun 1sen.

#hargaminyak #hargapetrol #oil

Tuesday, December 5, 2017

Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Al Fatihah

Ibu kepada pelakon Zul Ariffin iaitu Robiah Nasir meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung. Berita sedih itu dimaklumkan oleh kelab peminat Zul iaitu Zul Ariffin FC di Instagram.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anak perempuannya di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor. Menerusi kapsyen itu, kelab peminat itu memberitahu akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai seorang yang sentiasa menyokong selain bertenaga dan sentiasa positif. "Sama-sama kita doakan semoga Allahyaraham berada di tempat yang baik," tulis pada kapsyen itu berserta foto Zul bersama ibu kesayangannya. mstar

Monday, November 20, 2017

Majlis Resepsi Izara Aishah Dan Adib Datuk K (Gambar)

Majlis resepsi perkahwinan Izara Aishah dan Muhammad Adib Dato Khalid berlangsung meriah turut dihadiri ramai artis-artis tempatan seperti Neelofa, Zarina Zainuddin, Kilafairy dan Farah Nabilah pula sebagai pengapit.


Friday, October 6, 2017

Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi (Gambar)

Mengambil keberkatan Jumaat, pelakon Elfira Loy melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi di kediaman Elfira, Alam Damai pada pukul 4 petang Jumaat.


Elfira, 23, berkata dia masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun majlis tersebut akan diadakan tahun hadapan pada bulan kelahirannya iaitu Mac.

Wednesday, October 4, 2017

Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi.


Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

Atlit Sukan Sea KL 2017 Gagal Ujian Doping

Seorang atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.

Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.

Tuesday, October 3, 2017

Solat Jumaat Masjid Jamek Kg Rawa Tidak Sah

Mufti Pulau Pinang memutuskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa yang dilakukan pada 11 Ogos lalu bersamaan 18 Zulkaedah 1438H, adalah tidak sah.


Menurut pekeliling yang dikeluarkan jawatankuasa masjid berkenaan kelmarin, umat Islam yang bersolat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan dikehendaki melakukan solat qada fardu Zohor.

Monday, October 2, 2017

Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa

Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.

Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam. “Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu. “Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Sunday, October 1, 2017

Dua Anggota TLDM Maut Disahkan Sihat Sebelum Ditahan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua anggotanya yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.





Friday, September 29, 2017

Jadual UPKK 2017 Diubah Akibat Kejadian Pecah Masuk Di JAIM

Pengumuman utk ibu bapa dan waris2 murid calon UPKK 2017 yg dijadual berlangsung pd 2-5 Okt 17 ini, ada sedikit perubahan dari segi subjek yg diduduki. Ini berlaku susulan kejadian pecah masuk di Jabatan Agama Islam Melaka. Baca ni selanjutnya:



Wednesday, September 27, 2017

Harga Petrol Terkini Turun, Diesel Naik

Harga petrol Ron95 dan Ron97 turun 3 sen manakala diesel naik 2 sen mulai 12.01 tengah malam 28 September hingga 4 Oktober ini.

Ron95 turun 3 sen kepada RM2.16 daripada RM2.19 sebelum ini. Ron97 juga turun 3 sen kepada RM2.46 dan diesel naik 2 sen kepada RM2.12 seliter.

-- Bayi 10 Bulan Tertelan Bateri Saiz AAA
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Arwah Faizal Pesan Kpd Anak Jgn Nakal, Jaga Mak - Siti Nordiana 

Tip Luka Bersalin Cepat Sembuh

Luka sering kali dialami oleh para ibu setiap kali selepas proses melahirkan cahaya mata. Lebih-lebih lagi jika kelahiran sulung. Biasanya luka berpunca daripada bukaan semulajadi saat melahirkan, kesan episiotomi (digunting oleh doktor) atau pembedahan caesarean, kesemua jenis luka ini perlu dirawat teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.



Tuesday, September 26, 2017

Tarik Kereta Apa Yang Mesti Anda Tahu

Kereta dah 4 bulan x bayar? Risau kena tarik? Terpaksa sorok/cabut nombor plat sementara tunggu dapat bayar semula ansuran bulanan kereta? Baca ni.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya: