Luka sering kali dialami oleh para ibu setiap kali selepas proses melahirkan cahaya mata. Lebih-lebih lagi jika kelahiran sulung. Biasanya luka berpunca daripada bukaan semulajadi saat melahirkan, kesan episiotomi (digunting oleh doktor) atau pembedahan caesarean, kesemua jenis luka ini perlu dirawat teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Namun, episiotomi dan caesarean lebih mustahak untuk ditekankan kerana selain lambat sembuh (bagi episiotomi selama 10 sehingga 14 hari, manakala caesarean pula selama 10 sehingga 42 hari), kecederaannya melibatkan otot tubuh dan tentunya lebih sakit. Sekiranya anda ingin kembali sihat dan selesa dalam kadar segera, ikuti tip mudah ini:
1. Perlahan Lahan
Bergerak lah secara perlahan-lahan dan awasi langkah anda agar jahitan tidak terbuka.
2. Gunakan Beg Ais
Tekap beg ais atau ice pack yang dibalut dengan tuala bersih pada kawasan luka selama 10minit. Rutin itu bukan sahaja mampu melegakan kesakitan tetapi mengurangkan bengkak.
3. Kering dan Anginkan
Setiap kali selepas mandi atau menukar pad pastikan bahagian luka dilap sehingga kering dengan kain bersih. Lebih elok, sekiranya anda anginkan bahagian tersebut buat seketika. Manakala untuk membersihkan luka dan mengurangkan bengkak, gunakan air suam bercampur garam atau asam keping.
5. Ambil Multivitamin
Pengambilan suplemen juga amat penting bagi membolehkan proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat. Antara suplemen yang dicadangkan ialah zinc complex dan vitamin C.
6. Senaman Kagel
Senaman kemutan dapat meningkatkan pengaliran darah ke kawasan perineum dan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Boleh mula dilaksanakan hari kelima atau seminggu selepas melahirkan.
-- Arwah Faizal Pesan Kpd Anak Jgn Nakal, Jaga Mak - Siti Nordiana
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Raja Puan Besar Perak Mangkat
No comments:
Post a Comment