ad ld

Pages

Monday, April 30, 2012

Gambar Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai Di Hotel Crowne Plaza Mutiara

Aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, (Fasha) sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara.


Friday, April 27, 2012

Aaron Aziz Dan Zizan Bersama GTR 35, EVO 10 (Gambar)

Lupakan seketika kontroversi kemenangan Aaron yang dipertikai oleh sesetengah pihak, aktor itu menjelaskan bahawa keterbukaan hatinya untuk menerima lamaran syarikat itu sebagai duta selama dua tahun bermula September tahun lepas bukanlah disebabkan wang ringgit semata-mata.


Sebaliknya kata Aaron, ia adalah kerana keterujaan terhadap deruman enjin kereta sports dan mewah yang menjadi faktornya menerima pelawaan daripada pemilik syarikat itu, Datuk Ahmad Kemin.

Wednesday, April 25, 2012

Burger Gergasi YB Seksyen 7 Shah Alam

Tatkala melihat hidangan burger sebesar pemeluk, sudah pasti melahirkan perasaan teruja kepada sesiapa sahaja.

Apatah lagi, burger merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan penggemar makanan segera di negara ini.

Lazimnya, burger gergasi yang mencecah lebih tiga kilogram (kg) sebelum ini hanya dapat ditonton melalui kaca televisyen berdasarkan cerita dari luar negara ataupun Internet.

Tuesday, April 24, 2012

Twitter Zahida Rafik Panas Dgn Sindiran

Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Monday, April 23, 2012

Sudah Cukup Sudah Nirwana Band

Mmg meletopp betul lagu ni, boleh kata top 3 hampir kebanyakan carta hits di radio kan.


Jom layan lagu ni.

Lagu Anak Kampung Jimmy Palikat

Anak Kampung - Jimmy Palikat. Dh jadi makin hits skang ni kan.


Feat plak dgn One Nation Emcee, latest version.

Friday, April 20, 2012

Aktivis Mahasiswa Di Dataran Merdeka Diserang

Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi. Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Thursday, April 19, 2012

Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah

Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Wednesday, April 18, 2012

Lisa Surihani Dan Yusry Jadi Cikgu Sekolah

Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya, Isnin.

Tuesday, April 17, 2012

KFC Promosi, 50% Diskaun Dinner Plate A La Carte Wow Bestnya

KFC bukan Khairul Fahmi Che Mat muncul dgn promosi terbaru, Diskaun 50% utk set dinner plate kedua a la carte. Best tu beb berbaloi baloi kan.

Semlm dh test promo ni, saja nk confirm n ianya benar mmg menjimatkan dgn hanya RM20++ utk dua set dinner plate ni. Perhhh yummy.

Amacam, menarik tak uols? Cepat2 terjah KFC outlet terdekat anda coz promosi ni sehingga Mei je ok.

Opps, ambik perhatian promo ni mula kul 6-9pm ye, dgn belian set dinner plate je harap maklum.

-- Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

Friday, April 13, 2012

Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze

Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.


"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas. Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Thursday, April 12, 2012

Rita Rudaini Terima SMS Cerai Drp Aidil Zafuan

Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.


Rita dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. “Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan. mstar

-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi 8.9 Acheh, Dirasai Di Selangor, P Pinang, Melaka

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu. Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.

Tuesday, April 10, 2012

Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011).

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Friday, April 6, 2012

Bekas Dekan Dakwa Isteri Ketiganya Lelaki

Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.

Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.


Thursday, April 5, 2012

Proton Preve P3-21A Model Terbaru PROTON

Proton Holdings Bhd memilih "PREVE" sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

Wednesday, April 4, 2012

Tan Sri Annuar Digantung 30 Bulan Drpd Aktiviti Bola Sepak Negeri, Nasional

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Tuesday, April 3, 2012

Safee Sali Ceraikan Sabrina

Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.


Monday, April 2, 2012

Azza Elite Dan Azlan Pramugara AirAsia Sah Bergelar Suami Isteri

Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.

Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman pada Ahad selepas solat Asar.