Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Being Thian yang duduk di tempat penumpang hadapan dan Tan Tiang yang berada di tempat duduk belakang mati akibat tersepit dalam kenderaan itu manakala Azizul pula meninggal dunia akibat tercampak ke kiri lebuh raya.
Rakan Azizul, Irfandi Othman, 30, berkata, dia dan mangsa datang dari Puchong, Selangor ke lokasi kejadian untuk membaiki kenderaan membawa skylift milik Majlis Perbandaran Jasin yang rosak di lorong kecemasan.
“Selepas selesai dibaiki, kami bertiga termasuk pemandu kenderaan membawa skylift (Ishak Mohamad) memungut kon keselamatan yang diletakkan berhampiran lori.
“Apabila tiba dua kon terakhir, saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah Toyota Harrier melanggar belakang kenderaan membawa skylift,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Ekoran perlanggaran itu, Toyota Harrier yang dipandu isteri Being Thian, Lim Ching Yeo, 32, terbalik dua kali sebelum melanggar pembahagi jalan. kosmo
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Gambar Siti Saerah Bersalin Anak Kedua
1 comment:
laju sgt tuh....
Post a Comment