ad ld

Pages

Friday, April 27, 2012

Aaron Aziz Dan Zizan Bersama GTR 35, EVO 10 (Gambar)

Lupakan seketika kontroversi kemenangan Aaron yang dipertikai oleh sesetengah pihak, aktor itu menjelaskan bahawa keterbukaan hatinya untuk menerima lamaran syarikat itu sebagai duta selama dua tahun bermula September tahun lepas bukanlah disebabkan wang ringgit semata-mata.


Sebaliknya kata Aaron, ia adalah kerana keterujaan terhadap deruman enjin kereta sports dan mewah yang menjadi faktornya menerima pelawaan daripada pemilik syarikat itu, Datuk Ahmad Kemin.
"Saya sememangnya menyukai aktiviti permotoran dan tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan sukan tersebut sama ada di dalam ataupun luar negara di samping menyertai program berkonvoi yang dianjurkan pelbagai pihak. "Ditambah pula, syarikat ini merupakan milik anak Melayu tempatan, ia menjadi daya penarik kepada saya untuk bekerjasama dengannya.

"Ini kerana latar belakang Datuk (Ahmad) sendiri yang bukanlah orang senang tetapi beliau berusaha keras untuk berada di tahap sekarang menyebabkan saya terpikat untuk berkerjasama," katanya. Ujar Aaron, semangat jitu pemilik syarikat itu memberinya inspirasi untuk terus melangkah dengan lebih yakin sebagai artis tersohor di negara ini.

Bergelar duta kepada syarikat tersebut, Aaron dihadiahkan dengan dua buah kereta kegilaan anak muda masa kini iaitu Lexus IS250 dan Nissan GTR 35 selain memiliki sebuah BMW 5 Series.

Justeru kata Aaron, dia akan mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanat yang diberikan itu selain membantu meningkatkan lagi kuantiti jualan syarikat tersebut. Bukan itu sahaja, Aaron turut bertindak selaku duta produk minuman Drive M7 yang merupakan keluaran anak syarikat kumpulan tersebut iaitu M7 Co. Ltd (M7). utusan

- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
- Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik
- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: