ad ld

Pages

Monday, April 2, 2012

Azza Elite Dan Azlan Pramugara AirAsia Sah Bergelar Suami Isteri

Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.

Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman pada Ahad selepas solat Asar.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.

Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300.

Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan. Kedua-dua belah pengantin bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM10,000.

Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Azza yang mengenali Azlan, 25, sejak dua tahun lalu berharap perkahwinan tersebut adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. mstar

No comments: