ad ld

Pages

Showing posts with label muhammad safwan anang. Show all posts
Showing posts with label muhammad safwan anang. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Aktivis Mahasiswa Di Dataran Merdeka Diserang

Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi. Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.