ad ld

Pages

Tuesday, October 3, 2017

Solat Jumaat Masjid Jamek Kg Rawa Tidak Sah

Mufti Pulau Pinang memutuskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa yang dilakukan pada 11 Ogos lalu bersamaan 18 Zulkaedah 1438H, adalah tidak sah.


Menurut pekeliling yang dikeluarkan jawatankuasa masjid berkenaan kelmarin, umat Islam yang bersolat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan dikehendaki melakukan solat qada fardu Zohor.

“Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa solat Jumaat pada 11hb Ogos 2017 adalah tidak sah mengikut hukum syarak berdasarkan alasan bahawa khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan iaitu saudara Zamri Vinod tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al Syafie.

“Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa seluruh para jemaah yang melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardhu Zohor. Solat qadha fardhu Zohor hendaklah dikerjakan dengan seberapa segera,” kata pekeliling itu. Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat berhubung keputusan itu pada 17 September lalu.

-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Raja Puan Besar Perak Mangkat
-- Persandingan Ummi Hafilda Dan Dr Zaman Khan Di PWTC (Gambar)

No comments: