ad ld

Pages

Wednesday, October 4, 2017

Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi.


Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

"Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah,"katanya. Difahamkan jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam. "Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor," katanya lagi.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang). Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.

-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Raja Puan Besar Perak Mangkat 
-- Atlit Sukan Sea KL 2017 Gagal Ujian Doping
-- Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

No comments: