ad ld

Pages

Showing posts with label mati bunuh diri. Show all posts
Showing posts with label mati bunuh diri. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)

Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam menyebabkan mangsa parah.


“Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,”katanya. Menurutnya, tiada rakaman CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa. Punca kejadian masih disiasat dan beliau  mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut.

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Thursday, November 28, 2013

Lelaki Tetak Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Tergantung Di Kuarters (Gambar)

Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya. Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.


Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap. Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu. Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.