
- Melaka - Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Feb 2011, pukul 5.20 petang.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan. Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.
Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram. Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. kosmo
No comments:
Post a Comment