ad ld

Pages

Wednesday, February 9, 2011

(Gambar) Banglo Khairul Fahmi Hadiah Kerajaan Kelantan Siap Jun Ini

Bertuah btul Apek nih.. Banglo dia dh nak siap beb. Harga RM100K lbh lg tu..Perhh.. Sape x happy dpt hadiah cmtu kan. Rumah plak bersebelahan dgn rumah Best Student SPM 2008 Nik Nur Madihah. Kiranya situ dh jd area insan hebat Made In Kelate lah kan..hehe..

KOTA BHARU, 9 Feb -- Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu Malaysia menjuarai kejohnanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 bakal menduduki rumah banglo setingkat bernilai lebih RM100,000 pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini meluluskan peruntukan dan pelan untuk pembinaan rumah berkenaan dan ianya dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

"Hari ini mesyuarat exco telah meluluskan bahawa kita akan membangunkan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, bersebelahan rumah yang dihadiahkan kerajaan negeri kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal," katanya kepada pemberita.

Rumah itu akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi sepanjang kejohanan itu. bernama

-- (Gambar) Zizie Ezette Msk Wad Suspek Demam Denggi
-- (Gambar) Budak 5 Thn Mati Jatuh Dri Tngkt 6, Ibu Jatuh Dri Tgkt 10 Di Pangsapuri Aman
-- Gambar Perkahwinan Aqasha Dan Noor Baizura Di Lake Fields 
-- Tidur Bertemankan Pisau, Penyembur Lada - Pelajar Malaysia Di Mesir 

1 comment:

mdfaizal said...

murah rezki apek neh..