ad ld

Pages

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan Slps 30 Thn Berkuasa

Akhirnya, Hosni Mubarak letak jawatan slps 30 tahun berkuasa sbg Presiden Mesir. Lama giler tu kan, dh berusia 82 thn pn dia tu. Tentu berita gembira juga utk rakyat Malaysia yg berkaitan di sana spt pelajar dan ibu bapa yg mengharapkan keadaan kembali pulih spt biasa kan.

-- Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera. Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

Sejurus sebelum pengumuman itu dibuat, Hosni yang kini berusia 82 tahun telah meninggalkan ibu negara untuk berada di Sharm el-Sheikh berhampiran Laut Merah iaitu tempat istirehat presiden untuk sekian lama. petikan mstar

No comments: