PUTRAJAYA: Berkuatkuasa pada Isnin pengguna tempat letak kereta  di kawasan terbuka sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di Park  & Ride, Presint 7, dikenakan bayaran untuk sekali masuk.
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya Zaharah  Salamat berkata caj RM2 yang dikenakan di Park & Ride yang  beroperasi 24 jam sehari itu untuk tempoh 6 pagi hingga 1 pagi, manakala  kenderaan yang diletak melebihi tempoh itu dikenakan caj tambahan RM5.
Tempoh maksimum kenderaan dibenarkan diletakkan di Park & Ride  ialah 14 hari dan pemilik diberi keistimewaan menaiki bas Nadi Putra  percuma untuk ke mana-mana destinasi mengikut tempoh penggunaan tempat  letak kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Caj RM1 setiap jam atau sebahagian daripadanya pula dikenakan kepada  pengguna yang meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dari 8 pagi  hingga 6 petang.
Bagaimanapun pemilik kenderaan ini tidak akan mendapat keistimewaan untuk menaiki bas percuma sebagaimana pengguna Park & Ride. mstar
-- (Gambar) Kepala Bayi Ditimpa Siling Di Wad Bersalin Hospital
-- Gambar Perkahwinan Aqasha Dan Noor Baizura Di Lake Fields 
-- Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Patah Tangan, Jalani Pembedahan, Kandungan Selamat
No comments:
Post a Comment