ad ld

Pages

Saturday, February 12, 2011

Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut. "Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam. kosmo

-- Wanita Dakwa Kandungan Gugur Ditendang Suami
-- (Gambar) Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk 
-- (Gambar) Nabil Mengaku Nakal Tp Tak Mabuk 

1 comment:

Unknown said...

letak kat riba sndri pon kena rompak..

mmg x slamat la letak duit mana2 pon ya

seram nyer