ad ld

Pages

Showing posts with label aziz sattar meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label aziz sattar meninggal dunia. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Sakit Jantung

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.


“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.