ad ld

Pages

Thursday, October 16, 2014

Toyota Panggil Balik 1.75juta Kenderaan Termasuk Lexus Dan Crown Majesta Seluruh Dunia (Gambar)

Pembuat kereta terbesar dunia, Toyota pada Rabu mengeluarkan notis global memanggil balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh dunia berhubung komplikasi brek dan beberapa isu termasuk risiko kebakaran.


Ini termasuklah jenama mewahnya, Lexus dan Crown Majesta. Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012 untuk edaran di Jepun dan China.

"Ini bukan bermakna brek tidak efektif ketika digunakan tetapi prestasinya akan berkurangan selepas satu jangka masa tertentu," kata Toyota dalam emelnya kepada seluruh pelanggan yang terlibat.

Sementara itu dalam isu yang berasingan sejumlah 759,000 model lagi turut dipanggil balik termasuk model mewah Lexus dan Crown Majesta kerana masalah yang baru dikenalpasti di paip saluran minyak yang berpotensi mencetuskan kebakaran.

Model-model yang terlibat adalah keluaran antara Januari 2005 hingga September 2010. Separuh daripada jumlah yang dikenalpasti itu dijual di Amerika Syarikat manakala 109,000 lagi di Jepun. Untuk model yang diedarkan di Jepun ia adalah keluaran Oktober 2006 dan Oktober 2014.

"Walaupun risiko masalah ini baru dikenalpasti tetapi Toyota tidak menerima laporan sebarang kebakaran, kemalangan, kecederaan atau maut yang berpunca darinya," jelas Toyota. Empat bulan yang lalu, Toyota memanggil semula 2.27 juta modelnya di seluruh dunia kerana kecacatan pembuatan yang akan menyebabkan beg angin gagal berfungsi sekiranya berlaku kemalangan.

Dan sejak awal tahun ini, Toyota secara keseluruhannya memanggil balik 11 juta kenderaan di seluruh dunia atas masalah-masalah teknikal dan pembuatan yang baru dikenalpasti. Ini termasuklah memanggil balik 1.9 juta unit Toyota Prius hybrid Februari lalu. mstar

--  Adib Datuk K Dilantik CEO Tune Studios (Gambar)
--  Cerita Sebenar Kemalangan Ngeri Terowong Menora (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis

No comments: